Tuesday, August 29, 2006

..:: first time nangis sebab projek ::..

hmm.. ari ni aku rasa sedih sangat...
bukan ape... kenapalah dengan partner projek aku ni..
selalu kalau dia tak datang dia infom aku awal2..
jadi senanglah aku nak cover dia... ni tak.. tetiba je senyap..
aku sms tak jawab... bila call tak dapat...
walau apapun, bagilah tau... aku ni bukannya tunggul....
aku jadi tertunggu-tunggu.... bencinya... macam ni....
so... terpaksalah aku present sensorang...
nasib baik tak banyak kena komen dengan penyelaras projek aku...
sabar....lagi...
hei... dalam minggu ni dan minggu lepas... ramai sangat yang
mencabar kesabaran aku ni...
mentang-mentanglah aku ni cepat lembut hati...
tapi... macam aku pernah kata dekat seseorang...
jangan cari kemarahan aku dan jangan cabar kesabaran aku..
setinggi mana pun aku sabar.. kalau dah nak meletup tu... meletup jugak...
jangan pulak masa tu nak menyesal...

1 comment:

naz said...

Ada yang pernah berkata sekiranya menangis mampu melegakan hati.. lakukanlah.Namun kita sering terlupa bahawa air mata adalah sesuatu yang berharga... Jangan terlalu mudah untuk mengalirkan air mata.. Hidup ini indah, pelbagai perkara mungkin mencabar kemarahan kita namun itulah yang membuat kita jauh lebih tabah daripada sebelumnya.... Setiap individu sebenarnya adalah insan teristimewa didalam hidup seseorang..