Friday, October 06, 2006

..:: genap setahun ::..

hmm...
ramadhan tahun ni memberikan kelainan buat diri aku... tahun yang sudah, ramadhan bagi aku sesuatu yang kurang menggembirakan buat diri ini... berada dalam kesedihan.. kali ini aku terkenang kembali apa yang berlaku... ramadhan kali ini masuk satu tahun berlaku nya perpisahan antara aku dan si dia.. bila aku kenang sekali lagi.. aku terfikir... mungkin perpisahan yang berlaku itu adalah satu kebaikan buat diri aku ni... aku pernah terbaca satu kata-kata dari sebuah majalah yang sering ku langgan setiap bulan... " kadang-kala, tuhan itu memberi kita berkawan dengan orang yang salah sebelum kita berkawan dengan orang yang betul.."
hmm.. memang banyak kenangan yang kami cipta bersama.. tapi semuanya hancur dan lebur setelah dia membuat keputusan untuk berpisah... aku dihukum tanpa sebab... setiap hari aku kenangkan.. apalah salah diri ku pada nya... sehingga satu hari aku ditemukan dengan seorang kawan yang sering memberi aku semangat untuk meneruskan kehidupan aku... dialah teman hidup aku sejak itu.. sehingga sekarang aku tetap menghargai kehadirannya dalam hidup aku.. dia tidak jemu-jemu membuat aku ketawa..
aku masih ingat.. aktiviti2 yang kami lakukan bersama satu ketika dulu.. bila ada kelapangan.. aku dan dia kan ke putra jaya untuk merehatkan fikiran... pernah sekali.. kami singgah di serdang hanya untuk membeli sebiji burger.. dan kami makan di hentian haighway KL - Seremban... kami ke serdang semata-mata untuk membeli sebiji burger..
hmm...
memang itu satu kenangan yang paling kelakar bagi diri aku... banyak jugak kenangan antara aku dan dia yang tercipta sebenarnya... walaupun.. sekarang kami tak macam dulu... tapi aku tetap akan kenang segala kebaikan yang dia bagi pada aku... dia sentiasa berada disisi aku bila aku perlukan dia waktu itu...
bagi aku sekarang ini Ex.boy aku itu dah tak wujud lagi dalam kamus hidup aku ni.. khabar tentang dirinya hanya aku dengar dari kawan2 aku yang mengenali dirinya... dengar khabar.. dia telah bertunang... dan akan berkahwin pada hujung tahun ini... bagi diri ini.. aku tak berdendam pada nya... aku tak jugak mendoakan kebahagiaan untuk diri nya... biarlah semuanya tuhan tentukan... aku serahkan segalanya pada tuhan yang maha mengetahui...
buat insan yang pernah buat aku gembira selama aku didalam duka satu ketika dulu... jutaan terma kasih ku ucapkan... ketahuilah bahawa aku tetap menyayangi diri kalian semua....

1 comment:

naz said...

"Teman yang sejati adalah seorang sahabat yang sentiasa meletakkan kepentingan dan kebahagiaan sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.. Perkara yang mungkin telah mengubah sesuatu hubungan sekiranya tidak memusnahkan hubungan itu, akan membuat ia bertambah kukuh dan kuat.. Setiap insan diberi peluang kedua untuk menghidupkan kembali hubungan yang telah pudar... " peace