Friday, October 13, 2006

..:: lebaran akan menjelang ::..

assalamualaikum.....
hmm.. tak lama lagi hari raya akan menjelma untuk umat islam yang berpuasa selam sebulan ni... rasa seronok dan sedih pun ada... seronok sebab masa raya ni je lah keluarga akan berkumpul beramai-ramai... makan bersama-sama dan bermaaf-maafan... rasa sedih sebab kita semua akan meninggalkan bulan ramadhan.. bulan yang penuh dengan keberkatan dan penuh dengan keampunan... dalam bulan ramadhan lah kita semua boleh mengumpul pahala sebanyak mungkin...

alhamdulillah... perjuangan saya pun dah hampir selesai... sepanjang saya meluahkan segala-galanya dalam blog ni... saya dilawati oleh seorang teman yang saya masih belum tahu tentang dia... siapa dia sebenarnya... yang saya tahu.. nama nya cuma dikenali sebagai IS.. apa yang di komen didalam ni... memang memberi banyak pengertian pada saya... apapun... terima kasih IS.. apa yang awak katakan memang betul... saya sayangkan mereka semua sebenarnya... terima kasih kerana selalu mengikuti blog saya ni... disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua yang mengenali diri saya... khas nya untuk seorang teman blog saya IS.. sorry... saya tak tahu nama penuh awak... apapun... sekali lagi saya uapkan terima kasih....

1 comment:

naz said...

Terima Kasih & Selamat Hari Raya.. Siapa saya..hmm "Biarlah Rahsia" Saya mengikuti blog awak seperti membaca sebuah novel, pelbagai perasaan yang timbul seolah - olah ia merupakan sebuah cerita yang menarik untuk dibaca.. Walaupun jauh namun terasa seperti saya berada bersama awak melalui hari - hari kehidupan awak disamping yg tersayang....Jangan biarkan coretan awak berhenti ditengah jalan.. Sampaikan salam saya kepada mereka yg teristimewa itu.. Bertuahnya awak, ramai yg menyayangi awak.. "I will always watch over you, I will always be there for you, and I will always cherish the story you wrote..." Peace