Saturday, October 07, 2006

..:: PTPL tinggal kenangan :;..

allhamdulillah....
aku bersyukur akhirnya tamat jugak aku belajar... macam tak percaya je... pejam-celik, pejam-celik dah 2 tahun setengah aku kat sini... banyak jugak kenangan yang tercipta... terutama masa kali pertama aku melibatkan diri dalam MPP2005.. macam tak percaya aku akan tinggalkan tempat yang penuh dengan cerita tentang manusia ni... macam-macam ragam... ni.. baru kat dalam kolej... belum keadaan aku masa kerja nanti... apapun.. aku harap aku akan sentiasa tabah untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan...
kat tempat aku belajar ni... aku kenal erti kasih sayang.. erti persahabatan dan kawan sebenar... erti pengorbanan... erti keikhlasan... erti khidupan manusia sebenar... erti kejujuran.. erti tanggungjawab... dan banyak lagi aku belajar di sini selain dari bidang yang aku tuntut... segala-galanya dari hati kita sebenarnya..
kat tempat ni jugak aku kenal dengan seorang insan yang tak pernah jemu untuk membuat aku ketawa disaat aku dilanda duka... seorang insan yang tak akan memikirkan tentang dirinya apabila anak-anak buah nya berada didalam kesusahan.. seorang insan yang akan berkorban apa saja untuk anak-anak buahnya supaya hati-hati mereka tidak disakiti... seorang insan yang tak pernah jemu untuk sama-sama menghidupkan apa saja program yang dirancang.. seorang insan yang percaya akan kemampuan diri ini untuk memegang jawatan sebagai YDP MPP 2006.. tak ternilai rasanya... segala yang dikorbankan untuk aku dan juga anak-anak buah ku...
walau apa pun... semuanya akan terpahat terus di kamus hidup aku ini... kenangan yang tak akan pernah luput...
kat tempat ni jugak aku mengenali seorang insan yang terlalu istimewa buat diri ku... juga tidak jemu-jemu untuk memberi aku sokongan untuk meneruskan perjuangan aku disini... memberi kasih sayang yang secukupnya buat diri ini... semoga hubungan kami akan berkekalan selamanya... dari nya aku kenal erti kasih sayang yang sebenar...
kat tempat ni jugak aku mengajar diri aku untuk membimbing anak-anak muda memotivasikan diri mereka... aku menimba pengalaman menjadi seorang fasilitator untuk apa saja program yang setiap sekolah undang kami untuk menjayakan program mereka... terlalu banyak rasanya kenangan yang tercipta disini..
harapan aku... semoga semuanya akan sentiasa bahagia...

1 comment:

naz said...

Saya menanti akan coretan awak seterusnya.. seperti mana yang pernah saya katakan awak dikelilingi oleh insan2 yang menyayangi awak.. Awak mempunyai seorang kawan yang sentiasa mengharapkan untuk menceriakan hari - hari yang awak lalui, sanggup berkorban tak kira masa, tempat atau dirinya semata - mata untuk menciptakan kenangan khas untuk awak.. walaupun kelakar sekiranya kenangan itu difikirkan.. Awak mempunyai teman istimewa yang menyayangi awak, dah harapan saya agar perasaan itu akan berterusan.. awak mempunyai anak - anak buah yang memberi awak pelbagai perasaan di hati kecil awak, akan tetapi merekalah yang sentiasa berdiri dibelakang awak seperti awak berada untuk mereka.. awak mempunyai seorang insan yang mempercayai kemampuan awak untuk memimpin mereka yang terpilih.. itulah insan - insan istimewa yang menghidupkan, mewarnai kehidupan awak di ptpl... Akan tetapi janganlah dibiarkan insan - insan tersebut menjadi hanya kenangan... kekalkan hubungan walaupun berjauhan.. "Never Say Good Bye..." - Peace