Saturday, November 04, 2006

..:: sebuah cerita cinta ::..

assalamualaikum....
bertemu kita sekali lagi.... kali ni ni saya nak berkongsi cerita... hmm... 2-3 minggu lepas saya seakan-akan leka dengan sebuah cerita yang ditayangkan semula di TV8.. cerita tu.. " WINTER SONATA"... tak tahu kenapa... saya memang suka sangat dengan cerita korea ni... bukan kerana pelakonnya... bagi saya cerita ni menarik... dari segi jalan ceritanya.. lagu... walaupun bahasanya tidak saya fahami... tapi saya faham cerita yang dipaparkan... mungkin kata orang lain.. bila dah banyak kali di tayangkan semula.. kita akan bosan... sebab kita dah tahu jalan ceritanya yang sebenar... tapi bagi saya tak... saya tetap meminati cerita tu...

cerita dimana seorang wanita yang terlalu sayang dan cintakan kekasih pertamanya yang dikenali sejak zaman sekolah... berkenalan di musim sejuk... banyak kenangan manis yang dicipta bersama dengan kekasih hati nya tu... satu hari... dah nak dekat hari krismes mereka berjanji akan berjumpa semula di bawah sebuah pokok di tengah-tengah bandar... sebab masa kali terakhir mereka bertemu sebelum menjelang hari yang dijanjikan... Yu Jin telah bagi sarung tangan nya yang berwarna pink pada Joon Sang.. dan Joon sang berjanji akan memulangkan semula bila bertemu pada hari yang dijanjikan...

bila tiba harinya yang dijanjikan.. Yu Jin pun datang pada tempat yang djanjikan... Tapi... masa Joon sang dalam perjalanan.. dia terlibat dengan kemalangan... disebabkan masa tu Joon Sang kemalangan sehinggakan hilang ingatan... mak Joon Sang bawak Joon Sang ke US... mak Joon Sang bawak Joon Sang ke US pun sebab nak Joon Sang lupakan terus tempat tu dan lupakan terus tentang apa yang Joon Sang ingin ketahui... sebab sebelum kemalangan tu berlaku... Joon sang pernah bertanya pada mak dia.. dia nak tahu siapa ayah dia yang sebenar... so.. bila perkara tu berlaku... mak Joon Sang mengambil kesempatan tu untuk membuat kan Joon Sang lupakan terus pencarian ayah nya... masa Yu Jin tahu berita tu... semua orang ingat Joon sang dah mati... mak Joon Sang kata Joon Sang mati lemas kat tasik... tapi sebenarnya tidak... Yu Jin sebenarnya tak percaya tentang berita kematian Joon sang tu... sebab dia tak nak terima hakikat... setelah beberapa tahun... yu Jin dah bekerja dan nak bertunang dengan Sang Hyuk... masa Yu Jin tergesa-gesa nak balik ke rumah tu.. sebab malam tu majlis pertunaggannya dengan Sang Hyuk.. dia terpandangkan wajah seakan-akan Joon Sang melintas depan dia.... masa tu dia terpaku... sebab dia ingat itulah Joon Sang...

sejak peristiwa itu lah bermula segala cerita yang membuatkan Yu Jin selalu menitiskan air mata... nak pulak syarikat Lee Min Hyung (Joon Sang) mengambil pekerja pelukis pelan di syarikat Yu Jin.. dan kebetulan Yu jin yang di pertanggungjawbkan...

apa yang saya lihat... dalam cerita ni Yu Jin memang terdera perasaannya... memang kesian dengan nasib yang menimpanya... sampai ke satu tahap.... banyak cabaran yang dilalui... sehinggakan Lee Min Hyung dapat tahu dialah Joon sang yang sebenar... dan berusaha untuk mengingati kenangan-kenangan yang dilalui bersama Yu Jin...

cerita ni memang menarik... bagi saya lah.. terpulang pada semua orang untuk menilainya.. oklah... setakat ni dulu buat kali ni... hmm... wish me luck.. coz isnin ni saya interview yang pertama... harap-harap dapat keja.... tak sabar nak kerja... bye...

1 comment:

naz said...

Percaya atau tidak bahawa kadang - kadang kita suka menonton akan sesuatu cerita cinta kerana kita mengimpikan akan cinta sebegitu.. Kita merasakan bahawa itulah kisah cinta itu akan menjadikan kehidupan kita jauh lebih menarik.. Akan tetapi kita harus ingat bahawa ia hanyalah sebuah cerita, yang direka dan diwujudkan oleh insan lain, kata - kata yang lahirnya daripada skrip yang ditulis, emosi dan perasaan yang diwujudkan atas arahan seorang pengarah... Kisah hidup yang kita lalui sekarang adalah cerita yang jauh lebih menarik, emosi dan perasaan yang wujud adalah yang sebenarnya, kata - kata yang keluar adalah kata2 yang tidak dirancang.. Peristiwa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga.. Inilah kehidupan sebenarnya.. Sejauh mana kebenaran kisah cinta yang dimainkan di Tv itu benar.. Hanya mereka yang menulis, mengarah serta melakonkan yang tahu....

All the best interview.. peace