Thursday, February 15, 2007

..:: pelangi petang ::..

***********
ku meniti awan yang kelabu
ku tempuhi lorong yang berliku
mencari sinaran menerangi kegelapan ku..
ku percaya pasti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
membawa harapan yang menggunung
bersamanya...
engkau tiba bagaikan pelangi
tak bercahya namun kau berseri
tapi cukup
menghiburkan hati ini
seharian waktu bersama mu
tak terasa saat yang berlalu
bagai pelangi kau kan pasti
pergi jua...
**********

2 comments:

naz said...

Sudah mendalam makna lagu tersebut.. Maafkan kalau saya bertanya, ada sebarang ertikah lagu tu didalam kehidupan awak... "Pelangi adalah satu ciptaan yang memberi keizinan kepada manusia untuk menikmati akan kecantikannya walaupun sekejap sahaja, namun kecantikannya akan tetap diperkatakan walaupun ia pudar atau hilang sekelip mata...." Samalah seperti kehidupan dan persahabatan, walaupun sesuatu persahabatan itu pudar ataupun berlakunya kehilangan didalam kehidupan kita, jangan ditangisi akan kehilangan tersebut kerana kenangan akan sentiasa ada untuk mengingatkan kita akan keindahanya.. Tetapi sekiranya kepudaran itu dapat diceriakan warnanya lakukanlah ia, kerana akan menjanjikan kenangan baru yang indah ataupun menceriakan satu kehidupan yang dahulunya suram....." peace

naz said...

awak marah saya ke?