Saturday, April 12, 2008

..:: Kekuasaan ALLAH dan jangan DERHAKA ::..

Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel. aku duduk sebelah ibu, Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku .ibu Bila merajuk. yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan. yang paling cepat marah..ibu Bila takut. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk. yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon. Ibu
Bila seronok. orang pertama aku nak beritahu.Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!
"Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. IbuYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok. aku cari pasanganku Bila sedih. aku cari Ibu
Bila berjaya. aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal. aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti. aku bawa pasanganku Bila sibuk. aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ... aku ingat pasanganku Selalu. Ibu ingat kat aku Bila..bila. aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. .aku nak talipon Ibu Selalu .aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
RENUNGKANLAH...
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wanguntuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan puncukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratussebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidakberkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidaksempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

No comments: