assalamualaikum...
hmm.. entah kenapa kali ni saya ingin berbicara tentang perkara ni... mungkin kerana 3 hari lepas, saya berbual dengan salah seorang kakak di ofis saya tentang perkara ini... " dihukum tanpa sebab.." bercerita tentang kisah silam yang amat menyakitkan... kata kakak tu, bila dia dengar cerita saya, kata nya, jauh disudut hati saya masih lagi ada rasa sayang buat insan yang telah pergi meninggalkan saya begitu saja.. saya tanya kenapa akak kata begitu...?? katanya... dari cara kau bercerita, dan masih terkesan dihati tentang kesedihan... hmm... memang betul... sebabnya.. saya dihukum tanpa sebab.. saya tak tahu dimana salah saya dan kenapa dia membuat keputusan untuk berpisah... dan memberi keputusan dengan menggunakan SMS je.. adilkah begitu..?? kenapa masa mahu boleh datang dan berdepan dengan saya..?? tetapi bila dan tak nak, itu cara yang digunakan..?? saya masih tertanya-tanya sehingga sekarang... dan baru-baru ni saya dengar dia telah melansungkan perkahwinan nya..
2 comments:
Saya mengikuti kehidupan awak, walaupun hanya melalui blog, dan didalam coretan - coretan awak saya membuat andaian bahawa awak telah menerusan kehidupan awak bersama orang baru yang awak cintai, teman teristimewa awak.. Mengapa perlu untuk merenung kembali perkara yang telah menjadi sejarah didalam kehidupan awak, mungkin kerana awak benar - benar menyintai insan yang pernah berada didalam kehidupan awak.. Doakan sahaja kebahagian insan tersebut dan teruskan kehidupan awak tanpa perlu menoleh.... Banyak perkara yang saya ingin kongsikan bersama awak, kerana saya rasakan seolah - olah awak boleh memberi pandangan mengenai kisah kehidupan saya... Anyway.. "Cerita gembira mahupun sedih merupakan asam garam kehidupan kita sepanjang seorang insan.. Itulah yang mencorak identiti kita sendiri.. Peace
Saya juga mempunyai seseorang yang menghukum saya tanpa memberi peluang kepada saya. Sungguhpun saya telah berubah ia terlambat kerana terlalu besar jurangnya antara kami. Bayangkan bagaimana sesuatu hubungan boleh pudar hanya kerana hilangnya kepercayaan terhadap diri seseorang itu. Namun kini saya membina benteng untuk melindungi hati daripada dilukai maupun disakiti oleh mereka yang tidak menghargai akan sesuatu kehadiran......peace
Post a Comment