assalamualaikum..
hmm.. mungkin agak pelik sikit dengan tajuk kali ini... bukan ape.. semalam, salah seorang kawan saya di ofis pengsan dengan tiba-tiba... minggu lepas sebelum tahun baru china, dia pengsan kat rumah... tetiba semalam dia pengsan kat ofis... sememangnya kami semua tahu cerita disebalik nya... bagi saya, ianya lebih kepada teklanan perasaan dan fikiran..
kawan saya ni seorang yang cukup lembut bila bercakap dengan orang... kadang-kadang hampir tak dengar suaranya bila dia bercakap... bila perempuan macam ni, memang banyaklah peminatnya.. namaun.. dia ni dah bertunang...
nak dijadikan cerita.. sebenarnya kawan saya ni tertekan dengan perangai tunang nya yang panas baran dan saya fikir budak lelaki ni boleh di kategorikan sebagai lelaki yang kurang matang... saya dengar cerita kawan saya ni pernah diugut... dimarahi tanpa sebab dan macam-macam lagi...
pernah sekali salah seorang kakak yang bekerja di ofis yang sama cuba untuk menolong kawan saya ni tadi... tetapi akhirnya tunang kawan saya ni tadi menugut jika kakak mencampuri urusan nya lagi, dia akan bakar Hotel tempat kami bekerja tu... bercakap macam orang tak berakal...
cutu tahun baru china ari tu, kawan saya ni balik kampung untuk berbincang dengan keluarganya tentang dirinya... apalah nasib sia ayah boleh mengatakan dia serba salah untuk membatalkan pertunangan itu kerana sudah pun memberitahu orang tentang perkahwinan anaknya pada bulan 5 nanti...
hai... lah ayah.. sanggupkah melihat anaknya menderita dan merana bila berkahwin jugak dengan lelaki yang tak betul macam tu..??? kawan saya ni berani untuk membuat keputusan macam tu sebab mak-mak sedara lelaki tu pun ada cakap dengan dia yang kawan saya ni tak payahlah teruskan perkahwinan tu... sebab mereka semua kenal dengan perangai lelaki tu.. yang nyata... dengan mak dia sendiri dia pernah berkurang hajar...
apapun... hanya doa yang dapat saya bantu... semoga tuhan menunjukkan dia jalan yang sebetulnya untuk membuat segala keputusan untuk hidupnya... amin...