Friday, October 29, 2010

..:: mEngApA tErLaLu SiNgKaT fIkIrAn?? ::..

assalamualaikum...
cerita ni saya dengar pada hari isnin yang lalu.. seorang remaja berumur 16 tahun mengandung 7 bulan.. tanpa bernikah(SP)... bagi staf yg bekerja di klinik sakit puan, perkara itu adalah biasa pada mereka malah semakin ramai bilangannya...
tapi...
kali ini ceritanya lain sedikit.. sebabnya, salah sorang staf klinik kenal dengan keluarganya malah jiran sebelah rumah... tidak disangka kejadian itu berlaku...
alasan terlanjur..
ibu bapa tidak bersetuju untuk dia berkahwin dengan lelaki pilihannya...
16 tahun.. teman lelaki berumur 19 tahun.. tidak bekerja... gadis tadi masih lagi bersekolah... bukan nya pelajar yg kurag pintar.. malah keputusan PMR nya cemerlang..
tapi sayang.. fikiran tak panjang...
bila jadi mcm ni, macam mane ibu bapa nak menerimanya..? alasan terlanjur tidak kukuh... sudahlah masih sekolah.. yg lelaki tidak bekerja... kalau berkahwin pun nak bagi anak orang makan ape? bila dah ada anak, nak bagi anak tu makan ape? mahu ke berakahwin tanpa restu ibu bapa? sampai bila cinta tu akan bertahan..?
entahlah.. bila saya dengar cerita ni, saya rasa lebih simpati pada ibu dan bapanya... bapanya seorang guru.. ape orang akan kata nanti..? "bapa guru.. didik anak orang lainn supaya jadi pandai.. jadi baik.. tapi anak sendiri ape jadi?" subahanallah... itulah yang ibu dan bapa tidak sanggup hadapi sebenarnya...
bila berlaku benda-benda macam ni, orang tak akan sebut anak dulu.. tapi orang akan sebut ibu bapanya dulu... tak kesian ke aa ibu bapanya...? entahlah.. payah untuk diungkapkan dengan kata-kata... sampaikan si ibu kata, dia dah tiada air mata untuk menangis... menangislah keluar air mata darah sekalipun, anak tak akan jadi seperti dulu lagi...
yang anak pun.. masa buat benda-benda tu tak fikir ke ibu bapa..? tak terpandang ke wajah ibu bapa nya...? itulah... kata orang dulu-dulu... kalau tahu dah besar begini nak jadi macam ni, dari kecik dah dipicit biar bagi mati...
bila macam ni, saya terfikir... inilah puncanya bila kejadian buang bayi berlaku dengan banyaknya... entahlah.. kenapalah anak-anak remaja zaman sekarang tidak tahu nak berfikir panjang..? tak kan tak tahu apa akan berlaku bila dah buat benda-benda macam tu?
apa yang saya harapkan, semoga anak-anak saya nanti tidak lah jadi seperti itu... mudah-mudahan allah sentiasa melindunginya... amin..

Tuesday, May 25, 2010

..:: KuRsUs PkP Di PoRt dIcKsOn::..

alhamdulillah.. kini sudah hampir 2 bulan lebih saya bekerja di Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah.. dan semakin ramai yg saya jumpa dan kenal di Hospital ni.. juga semakin banyak pengalaman dan ragam manusia yang saya temui disini.. paling sedih bila ada diantara ibu bapa yang telah uzur kudratnya datang mendapatkan rawatan tanpa ditemani seorang anak pun.. kadang2, terfikir oleh saya.. " dimana hilangnya tanggungjawab kita sebagai anak untuk berbakti semula pada orang tua kita..?" sedih bila dikenangkan... takkah terfikir oleh kita.. sewaktu kita kecil2 dahulu.. bila kita sakit, siapa yg dahulu akan lebih risau dan akan bawa kita berjumpa dengan doktor..? entahlah.. apa yang saya buat sekarang, saya sentiasa mengingatkan diri saya supaya tidak manjadi anak seperti ini.. mengabaikan ibu bapa.. saya juga sering mengingatkan diri saya supaya mendidik anak2 saya nanti supaya tidak manjadi begini...


tapi hari ni, saya bukanlah nak bercerita tentang nasib2 ibu bapa yg telah uzur ni.. saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya sewaktu saya mengikuti kursus pegawai khidmat pelanggan yang saya ikuti di port dickson( Golden Strait Villa ) pada 23-24 Mei 2010 yang lalu....


hari pertama 23/05/2010:


saya dan rakan2 kursus bertolak dari seremban pada pukul 7.20 pagi ke Golden Strait Villa dan kami sampai di port dickson pada pukul 8.15 pagi.. selepas pendaftaran dibuat di kaunter hotel, kami diarah untuk naik ke tingkat 4 dimana terletaknya dewan kuliah kami... aturcara bermula dengan sesi taklimat bagi jadual kursus kami selama 2 hari.. seterusnya kami diberi taklimat dari Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, bahagian pengurusan berkenaan tentang Halatuju Perkhidmatan & Pegawai Khidmat Pelanggan.. pada pukul 10.30 pagi, kami berhenti untuk minum pagi dan taklimat disambung semula sehingga pukul 1.00 petang... selepas makan tengah hari, kami dibenarkan untuk checkin ke bilik masing2..



Pada pukul 2.30 petang taklimat disambug oleh Pn. Shoba dari Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan dengan Pengenalan Struktur Organisasi KKM.. dan pada pukul 3.30 petang taklimat diambil alih oleh Pn. Jam dari syarikat korporat.. beliau menerangkan berkenaan tentang Budaya Korporat.. banyak juga perkara2 yang bermanafaat yg kami belajar... terutamanya berkenaan tentang cara percakapan yang betul sewaktu behadapan dengan pelanggan...



taklimat diberhentikan pada pukul 4.30 petang untuk minum petang dan seterusnya kami dibenarkan masuk semua ke bilik penginapan untuk berehat sebentar sementara menunggu aktiviti riadah pada waktu petang...



haaa... ni yang best nak cerita ni... riadah petang dimulakan pada pukul 5.45 petang... asalnya nak dimulakan pada pukul 5.00 petang.. tapi waktu tidak berapa sesuai memandangkan cuaca ditepi pantai terlalu panas... so, dilambatkan sedikitlah... aktiviti petang x lah banyak sangat... tapi agak menarik untuk diceritakan... kalau tak pernah tetiba je menegur orang yang kita x kenal.. mesti kita rasa tersekat2 untuk bercakap... kelakar bila diingatkan...tapi itulah aktiviti riadah kami pada petang tu.. kami perlu cari seorang pelanggan yang ada ditepi pantai tu, dan memberi mereka sebiji belon.. kemudian minta mereka memberi comment berkenaan tentang cara kami menegur dan bercakap dengan mereka... seterusnya bergambar bersama mereka...


kalau kita x biasa.. tentu kita segan-segan kan..? tapi yang saya rasa peliknya.. tak ada satu pun peserta yang tidak dapat pelanggan.. dalam masa 10 minit.. semua dah dapat pelanggan masing-masing... termasuklah saya... memang buat muka x malu je bila dalam keadaan macam tu.. tapi bertempatlah... tu tgklah gambar kat sebelah tu.. ni bukan saya.. tapi kawan saya... saya nye gambar x sempat nak copy dari kamera jabatan... memang rasa agak kelakar ketika tu... sampai kan urusetia tu kata kami ni memang layaklah diberi jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan ni... tapi banyak bezanya dengan suasanalah.. kami semua bekerja di Hospital.. yang mana semua pelanggan kami adalah dikalangan pesakit2 dan ahli keluarga pesakit.. bukan nak kata apelah.. orang sakit ni kadang2 x banyak halnya.. tapi yang banyak hal adalah ahli keluarga... sejak saya bekerja di dalam bidang hospital ni.. banyak yang saya dapat tengok.. terutamanya tanggungjawab sebagai anak.... budibahasa... tapi yang menjadikan saya tertanya2 ni kadang.. orang bangsa asing macam india atau cina nilah yang lebih tinggi budi bahasa mereka.. orang melayu kita sendiri tahu nak marah je... tak reti nak bersabar...


ni pengalaman saya sendiri... adalah satu haritu.. saya sedang uruskan pendaftaran untuk klinik pakar orthopedik(sakit tulang)... sampailah kegiliran sorang budak ni... muda lagi.. umur dalam lingkungan 20an... kalau ikutkan itu kali ke2 dia datang kat klinik pakar tu... bila saya panggil namanya.. dia datang.. dia bukanlah kakitangan kerajaan... than, saya cakaplah baik2.. yang dia perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00.. dia tanya saya kembali.. bukan RM1.00 ke? hari tu tak cakap pun kena buat bayaran...Saya tersenyum dan berkata.. kalau RM1.00.. itu pendaftaran di klinik kesihatan.. tapi disini klinik pakar.. memang semua yuran bagi warganegara adalah RM5.00.. dan kalau kes baru encik bawa surat temujanji kali pertama memang tidak dikenakan bayaran... tapi ni dah kali ke-2... kalau ikutkan.. setiap kali kes baru kami terima kami akan jelaskan bahawa untuk kali pertama percuma.. tetapi kali kedua akan dikenakan bayaran RM5.. untuk kali kedua dan seterusnya.. yg dikecualikan adalah kakitangan kerajaan, pesara, oku, jkm, murid sekolah...dia cuma menghulurkan pada saya RM4.00 sahaja... sambil membebel.. "haritu x cakap pun suruh bayar.."saya diamkan diri sahaja.. malas nak bertekak dengan dia.. than, saya cakap lagi sekali... duit ni x cukup RM5... tetiba dia mengubah nada suaranya...dan berkata...." kau percayakan den x? den nak balik umah den jauh.. boleh den hutang tak?" saya pun tersenyum dan berkata dengan baik... maaf encik... x boleh.. kalau x cukup.. cubalah mintak dengan sape2.. saya asingkan dulu kad dan nombor encik.. nanti bila dah cukup duit nanti, saya serahkan kad ni... ni prosedur kita.. saya cuma mengikut prosidur... than, dia carutkan saya... waktu tu... saya yang mula2.. ada sedikit belas kasihan.. terus hilang semua tu... kalaulah dia cakap baik2.. saya boleh lepaskan dia.. walaupun duit dia x cukup.... tapi yg menjadi masalahnya.. budi bahasa... cara dia bercakap.. kita berusaha bercakap baik2.. tapi dia nak tunjuk baran dia.... mintak maaflah dengan orang macam ni... memang geram waktu tu.. saya sabar jelah.. nak buat macam mane... kalau cakap lebih2 nanti.. akan jadi pertengkaran pulak.. kadang2 malas nak layan orang mcm ni...


ok.. berbalik semula cerita tentang kursus yang saya ikuti... pada sebelah malam pula taklimat disambung kembali oleh Pn.Jam, dari syarikat korporat.. taklimat pada malam itu bertajuk.. Perkhidmatan Cemerlang semasa genting... macam2 cara yg kami pelajar untuk menghadapi saat2 genting dan kritikal bersama pelanggan... setakat ni.. saya x pernahlah jumpa atau berhadapan dengan pelanggan yang mengamuk x tentu pasal... alhamdulillah.. setakat ni semua masih terkawal... selagi masih boleh saya berbicang dengan cara baik... saya buat.. kami ni x lah teruk sangat.. kalau agak2 x mampu nak buat bayaran, boleh buat rayuan.. kami lepaskan... tapi kadang2.. manusia ni, x reti nak cakap baik2... kita cakap baik2 karang.. dia nak tunjuk ego dia.. x faham betul... hmm... class malam tu tamat pada pukul 11.00 malam... kami dibenarkan untuk pulang kebilik masing2...



wahhhh... lega sungguh bila dengar... masuk bilik bolehlah berehat... sebab keesokkannya kami perlu bangun awal untuk mengikuti agenda seterusnya.. dan kami diminta untuk berkumpul di bawah pada pukul 7.00 pagi untuk minum pagi dan akan bertolak pada pukul 8.00 pagi ke Hospital Serdang...


haaaaa...!!! sebut pasal Hospital Serdang ni, ni yang nak cerita ni... wahhh...!! terkejut dan teruja sungguh bila kali pertama saya menjejakkan kaki di Hospital Serdang ni... kami disambut dengan baik dan mesranya oleh kakitangan bahagian pengurusan... kami dibawa ke bilik pengurusan dan diberi taklimat berkenaan Pegawai Khidmat Pelanggan di tempat mereka seterusnya dibawa melawat bilik-bilik pesakit dan bilik yang rata2 mereka yang bekerja sebagai operator mengelarkan bilik yang mana mereka ditempat kan sebagai "bilik kebal"... hahahahah..


bercakap tentang bilik.. kami dibawa melihat bilik untuk pesakit VVIP.. contohnya.. orang 2 ternamalah.. wahhh.. memang serba canggih biliknya... cukup selesa... sampai pihak pengurusan hospital ada cerita pernah seorang pesakit yang masuk wad.. kemudian dibenarkan pulang setelah sihat.. tapi pesakit tu x nak pulang... disebabkan keselesaan yang mereka perolehi di hospital tersebut... memanglah.. hospital serdang ni baru sahaja dibuka.. segala kemudahan dah moden... memang selesa.. dibawah ni saya letak beberapa keping gambar bilik yg dapat saya ambil...



selesai makan tengahari di Hospital Serdang, kami bertolak pula ke Prince Courts Medical Center.. dimana ianya adalah sebuah hospital swasta dan antarabangsa... rata2 pelanggannya adalah dari staff Petronas dan pelancong2 asing... yang ni lagi teruja saya... memang konsep dan suasananya seperti hotel 5 star... kagum sungguh saya lihat kecanggihan yang terdapat disana... ruang menunggu disediakan sangat selesa.. sofa dari buatan kulit... memang mewah.. suasana yang cantik dan bersih... kami dibawa melihat bilik2 rawatan dan wad2 vvip... memang sagat selesa ... kalau sakit bila masuk disitu memang akan cepat sehatlah.. itulah yang dapat saya gambarkan... dibawah ni ada beberapa keping gambar yang saya ambil...


so... diatas ni lah diantara gambar2 yg dapat saya ambil... yg atas ni adalah gambaran bilik wad pesakit dikalangan VVIP... siap ada sofa... sofa yg dapat dilihat tu... boleh diubah untuk menjadi tempat tidur bagi ahli keluarga yg menemani pesakit...

memang seronok dapat pergi ke Prince Courts Medical Ceter... satu pengalaman yg tidak dapat saya lupakanlah... dan yg terakhir.. kami pergi ke Jabatan Rehabiliti untuk rawatan hidroterapi... saya x dapat nak upload rakaman tu sebab terdapat masalah.. maaflah yer.. memang nak tunjukkan mcm mane rupe bilik tu...bilik ni panas sedikit.. sebab dalam kolam tu air panas sebenarnya.. oklah.. itu saja rasanya buat kali ini... sampai bertemu lagi di lain waktu..

Thursday, April 15, 2010

..:: KeRjA BaRu ::..

alhamdulillah...
akhirnya dapat jugak bekerja dalam sektor kerajaan.. mungkin memang dah rezki.. haiii... apelah... dah berangan-rangan x nak kerja lagi kat kuala pilah.. dapat jugak kerja kat pilah lagi... sekarang saya bekerja di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.. sepanjang kerja kat sini.. macam2 gelagat dan cerita yg saya dengar... macam2 benda yang saya belajar... hmm... menarik jugak kerja kat sini... kerja saya hanya di bahagian klinik-klinik pakar sahaja... kadang-kadang.. boring jugak kerja.. sebab sebelah petang je kite orang dah x ada kerja...
walauapapun.. lega sedikit hati ni.. dapat kerja baru..

Tuesday, March 02, 2010

..:: pErLu AdA pENdIrIAn::..

ni kisah kehidupan yg baru-baru ini saya lalui... kadang2 heran... macam2 masalah yg timbul... entahlah... x faham kekadang tu... kat tempat kerja saya adalah sorang minah ni... bila dia bengang dengan boss dia, dia akan bercerita dengan semua orang yang dia bengang dengan bos dia.. x kiralah.. bos atau sape pun... kadang2 dengan orang lain pun, kalau dia bengang, dia akan bercerita... masa dia masih bekerja dengan bos dia dulu, bila ada je perkara yg buat dia bengang dengan ex-bos dia ni, dia akan bercerita dengan kita orang semua.... entahlah.. kadang2 x faham langsung.. kadang2 siap maki hamun dan gelar org yg dia marah tu macam2....

sampailah satu hari, dia dapat kerja lain... bagi 24 jam notis... tapi x sampaikan notis berhenti tu dengan tangan sendiri.. guna orang tengah lak... bila kite bg tau dia kena bagi notis tu sendiri, macam2 alasan yg dia bagi... " x bersedia lah nak jumpa ex-bos dia tu.... marahlah kat ex-bos dia tu... menyampahlah kat ex-bos dia tu sebab nanti mesti ex-bos dia tu ungkit macam2 alasan lah...." bila kite cakap dia kena datang ofis utk sattlekan semua kerja2 dia yg tertunggak dan handover pada org yg sepatutnya, pun macam2 alasan yg dia bagi..." x nak lah.. nanti terjumpa pulak ex-bos dia tu..." siap datang kat ofis saya ni menyorok2.. macam artis melarikan diri dari wartawan.."

tetiba.. baru2 ni saya tengok dia dh baik balik ngan ex-bos dia... entah kenapa saya pun x tahulah... tapi yg x best nye.. dengan saya dia dah x bertegur dah.. entah angin mane yg tersampuk dekat dia.. habis semua musuh2 yg dia benc dulu dia baik dah macam adik beradik... itu saya x kisah lah .. kau nak baik dengan sapepun.. lantak kau lah... aku x nak campur... lantak kau lah nak baik dengan sapepun... tapi yg x sedapnya.. kita pulak yg selama ni dia cari bila dia susah... bercerita masalah dengan kita bila dia ada masalah... kita pulak dijadikan musuh utamanya... ini dah x betul.... sakit tul hati... sedih pun ada...

kite x lah mintak budi kita selama ni di balas... tapi cukuplah sekadar dikenang... ini tidak.. kita pulak dijadikan musuh.... entahlah.. kadang2 x paham dengan orang yg macam ni.... menyampah pun ade bila nampak dia.... ni lah orang yg tak ada pendirian.... depan kita cakap lain, belakang kita cakap lain.. kalau capak je x apelah.. ni siap tikam kite dari belakang... adoooiiii...!!!! sakitnya....!!!!

Wednesday, February 24, 2010

12 Mac 2010 last day keja kat pilah..

mmmmm... tiada kata secantik bahasa... (lirik lagu p.rmli dalam cerita anakku sazali..)
so.. mgu depan adalah minggu terakhir aku bekerja di kuala pilah ni.. " nak berhenti dah..??"
"hmm.. NAK BERHENTI..!!" " kenapa...?" " sukar untuk dijelaskan.."
kadang-kadang, ada jugak rasa sedih utk tinggalkan kawan2 yg baik hai kat sini... tapi bila fikir 2x balik, rasanya lebih baik tinggalkan je tempat yg mcm ni... tak kena pada jiwa saya dengan orang disekeliling saya disini...

puas sudah menahan sakitnya hati ni selama setahun saya bekerja disini... macam2 cerita dan benda yang berlaku... bila kita buat baik, balasan yang kita dapat ditikam dari belakang.... ini lagilah sakit... entahlah.. apelah nasib saya... bukannya saya minta budi saya dibalas.. tapi cukuplah sekadar dikenang dan dihargai...

tak pernah terlintas difikiran saya selama saya bekerja, saya akan melawan dan bergaduh dengan second boss lah kononnya... tapi, kat sini saya mencita sejarah dalam kamus hidup saya sendiri... " bergaduh dengan second boss"... itu semualah punca2 saya berhenti dan akan meninggalkan tempat ni... tuhan saja yang tahu bertapa tertekannya jiwa saya ketika ini... walau apapun, syukur... saya bersyukur kerana tuhan beri saya peluang untuk menjauhkan diri dari orang2 yang tidak sepatutnya hadir dalam hidup saya... alhamdulillah....
saya percaya... rezki ada dimana2 saja untuk umatnya...

Friday, February 19, 2010

..:: tAhUn BaRu 2010 ::..

dah pun masuk tahun 2010... nilah masa yg dapat saya update blog ni.. banyak benda yang berlaku sebelum2 ni... cuma sekarang saya perlu pandai mengawal emosi.... sebabnya saya dah ada baby... so, tak boleh bawak emosi tention balik kerumah... sejak dua-tiga minggu ni saya tension betul dengan org2 yg berada disekeliling saya... tention pasal kerja memang biasa bagi saya.. tapi kali ni tention pasal orang yg buat saya rasa tak tahan betul... teringat masa dulu2 zaman2 belajar.. bila tention saya akan pergi main bowlling dengan member2.. relist tention... tak pun borak2.. gelak2... dengan member2... rindu sangat rasa hati ni nak jumpa kawan2 lame... hemmmmm.. entahlah... apapun, saya masih happy dengan keluarga saya sendiri sekarag.. mungkin tempat saya kerja sekarang ni tak bersesuaian dengan jiwa saya... bosan... orang2 kat sini suka menyibuk hal orang... suka berlagak tak tentu pasal... entahlah... cepat2 lah hendaknya saya tinggalkan tempat ni...

..:: ;( ::..