Thursday, June 25, 2009

..:: aPa MaKnA SaYaNg ::..

" ...JaNgAn TgAlKan OrAnG Yg KtA SaYaNg uTk oRaNg YaNg KtA sUKa..
KeRaNa ORaNg YaNg K!Te SuKa AkN tGaLkAn KtA uNtK oRaNg Yg MeReKA sAyAnG..
jAnGan CuBa DaPatKAn ApA Yg K!Ta SaYaNg..
Tp! sAyAnGlAh DgN aPa Yg K!Ta AdA sBlUm K!Ta KeHiLaNgAn ApA Yg K!Ta SaYaNg..
KeRanA oRaNg Yg SaYanGkAN k!Ta MuNgK!n OrAnG Yg SeBeNaRNyE k!Ta SaYaNG...
lEb!H bA!K uTk K!Ta BeRsAmA oRaNg Yg SyANgKan K!Ta Dr! oRaNg Yg K!Ta SaYaNG...
kErAnA oRaNg Yg K!Ta SaYaNg MuNgK!n HaNyA sUkAkAn K!Ta TaNpA rAsA sAyAng ......."

Tuesday, June 23, 2009

..:: DeBaRaN sEmAkIn TeRaSa ::..

assalamualaikum..

hmm... debaran yang saya rasakan sekarang taklah seteruk sewaktu saya ingin melangsungkan pernikahan dengan suami tercinta... debaran sekarang maha hebat... sekarang saya menghitung hari menunggu kelahiran sicomel yang dijangka lahir pada 8hbln Julai 2009 nanti....

semalam... saya checkup di klinik yang biasa saya pergi... doc cakap, minggu ini kandungan ku sudah cukup harinya.. bila-bila masa sahaja aku bakal melahirkan... alhamdulillah. setakat ini kandungan ku sihat dan aktif sentiasa... begitu seronok bila gerakan yang kurasakan semakin aktif walaupun adakalanya aku rasakan terlalu letih menahan gerakan yang aktif itu... suami ku pula.. tidak jemu-jemu memberi semangat dan sokongan kepada ku supaya aku bersabar sedikit masa saja lagi...

mana tidaknya.. aku sudah mula kurang selera makan.. tidur mula tidak berapa selesa.. kadang-kadang rasa ingin menangis.. tapi ku kuatkan semangat dan tabahkan hati bila mengenangkan sicomel yang berkongsi nadi dengan ku ini.... moga-moga dia lahir dengan sempurna dan sihat..

penyeri hidup aku dan suamiku...

..:: CaMeLiA ::..

..:: CaMeLiA ::..

Camelia maafkanlah aku
Karna ku tak bisa temani tidurmu
Camelia lupakanlah aku
Jangan pernah lagi kau temui aku

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku
Kau wanita yang tegar
Aku mohon lupakanlah aku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Mungkin di suatu saat nanti
Kau temui cinta yang sejati

Sudah cepat lupakanlah aku
Jangan pernah ungkit masa lalu
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia

Kau wanita terhebat
Yang pernah singgah di hatiku

Sudahlah jangan menangis lagi
Ku rasa cukup sampai di sini
Ku takut kekasihku pun tahu
Kau pernah menjadi simpananku

Camelia

Thursday, June 18, 2009

..:: Cantik nya WANITA...!! ::..

..:: Allah berfirman ::..

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah,wanita!
kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

Tuesday, June 16, 2009

..:: Perpisahan yang sudah dijangka ::..

Assalamualaikum...
sampai bertemu lagi hari ini... sebenarnya 2-3 hari lepas saya mendengar khabar yang kurang baik dan menyedihkan.. tentang orang yang saya kenal hati-budinya dan sikapnya.. teramat sedih bila dirinya yang selama ini setia, diperlakukan sebegitu rupa... kata pepatah.. "habis manis, sepah dibuang..." bila susah, dicari tapi bila senang segala kebaikan dan pengorbanan selama ini yang dilakukan demi sidia, dilupakan dan dicampak ketepi begitu saja....
dimana letaknya kata-kata sayang dan rindu yang sebelum ini dituturkan setiap masa..?? entahlah... kenapa insan yang bernama lelaki ini begitu mudah melupakan kesetiaan seorang wanita yang selama ini jujur dan sayang pada dirinya..?? sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah tidak adil sama sekali.... seorang wanita yang selama ini banyak berkorban demi dia.. mengikut segala kehendak dirinya dan sentiasa berada disisinya apabila dia memerlukan.. tetapi apabila semuanya dah tak indah, semuanya dilupakan begitu sahaja... terlalu mudah...
entahlah.. tuhan sahaja yang tahu.. moga-moga insan yang bernama wanita itu dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk melalui kehidupannya selepas ini... semoga dia akan temui kebahagiaan yang lebih selepas ini... semoga tiada lagi erti kesedihan didalam kehidupannya selepas ini... semoga yang terbaik datang untuk dirinya... bagi saya yang mengenali dirinya.. dia terlalu baik untuk disakiti dan dilukai.. terlalu baik... cuma insan itu saja yang tidak tahu bagaimana untuk menilai dirinya.. yelah.. orang bila dah tak suka.. segala kebaikan yang selama ini dicurahkan dipandang buruk dan ada saja yang tidak kenanya... ada saja kekurangannya... tuhan itu maha adil...
saya pernah terbaca satu petikan kata-kata..
" persahabatan datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan... kepada mereka yang masih ingin bersahabat,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya... dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan...
mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bersahabat dengan orang yang salah..
sebelum bertemu dengan orang yang tepat...
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu...
hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-NYA....."

Monday, June 15, 2009

..:: LaGi TeNtAnG kUcInG ::..




sampai bertemu lagi... lama betul saya x update blog ni.. sibuk satu hal.. x ada internet pun ye jugak... lagi sekali saya menyentuh tentang kucing... tak tahulah.. saya ni memang suka sangat pada kucing... semua orang tahu dan sedia maklum... kucing adalah seekor binatang yang manja dan comel... satu lagi, kadang2... kucing boleh jadi sahabat yg paling setia disisi kita terutama kita tengah bersedih.... kucing seakan2 faham dengan perasaan dan emosi yg tgh bermain di fikiran kita.. tak percaya..?? kalau tak percaya, cubalah bela seekor kucing dirumah... bagi yang bujang, bila balik dari kerja, cuba usap kucing tu perlahan-lahan... pasti kita akan rasa semua perkara yang buat kita tention di tempat kerja akan segera hilang.. nak lagi bila kita pandang wajahnya yang comel tu, dan lagaknya yang manja... gambar yang saya letakkan tu, saya ambil ketika saya di pejabat... comelkan..??? kalau x mengenangkan saya ni tengah mengandung, dah lama saya bawak balik anak2 kucing tu kerumah saya... he..he..he... oklah.. tu je rasanya untuk kali ni... akhir kata.. tak rugi kalau anda menyayangi binatang kesayangan nabi ini... sesungguhnya apabila kita membela dan menjaganya dengan baik.. ianya turut berzikir dan mendoakan kita sepanjang masa... " renungkan..."

..:: C.i.N.t. A ::..

C.I.N.T.A


Ada orang rela bunuh diri kerana dikhianati cinta,
Ada yang merelakan keperawanan demi cinta,
Ada yang balas dendam demi cinta,
Ada yang dihimpit tekanan kerana cinta ditolak,
Ada yang berani backstreet dan memberontak orang tua demi cinta,
Bahkan ada yang berani membunuh gara-gara cinta dipermainkan,
Ada yang marah ketika kasihnya tidak dibalas seperti diharapkan

Bagaimana kalau kita jajarkan dengan yang satu ini :

Kasih itu sabar,
Kasih itu murah hati,
Ia tidak cemburu,
Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong,
Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri,
Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain,
Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tapi kerana kebenaran,
Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu,
Sabar menanggung segala sesuatu

Ingatlah melepaskan seseorang pergi, bukan akhir dari dunia
Melainkan awal sesuatu kehidupan baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis..
Mereka yang disakiti
Mereka yang telah mencari
Dan mereka yang telah mencuba
Kerena merekalah yang boleh menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka..

Mahu mencari cinta yang murni dan jujur ?

Ia adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya
Ia adalah ketika dia tidak mempedulikan kita, kita masih menunggu dengan setia
Ia adalah ketika dia mula mencintai orang lain, kita masih mampu tersenyum dan selamba berkata :
saya turut berbahagia untukmu..

Apabila cinta tidak berhasil bebaskan diri kita
Biarlah hati kita melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas sekali lagi
Ingatlah kita boleh menemukan cinta dan kehilangannya
Tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya
Orang yang terkuat bukan mereka yang selalu menang
Melainkan mereka yang tetap teguh ketika mereka jatuh

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupanmu
Kamu belajar tentang dirimu sendiri
Dan menyedari
Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada
Hanya penghargaan abadi
Di atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat

Teman yang sejati mengerti ketika kita berkata ;

"aku terlupa"
Menunggu selamanya ketika kita berkata ;

"tunggu sebentar"
Tetap tinggal ketika kita berkata ;

"tinggalkan aku sendiri"
Membuka pintu walaupun kita belum mengetuknya
Dan berkata ;

"engkau boleh masuk"

Mencintai bukanlah sepertimana kita melupakan
Melainkan bagaimana kita memaafkan
Bukanlah bagaimana kita mendengarkan
Melainkan bagaimana kita mengerti
Bukanlah apa yang kita lihat
Melainkan apa yang kita rasa
Bukanlah bagaimana kita melepaskan
Melainkan bagaimana kita bertahan
Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati
Dibandingkan menangis tersedu-sedu
Air mata yang kelihatan dapat dihapuskan
Sementara air mata yang tersembunyi,
Mengoreskan luka yang tidak pernah hilang

Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang
Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang
Hanya kerana kita berbahagia
Dapat mencintai seseorang
Lebih dari kita mencintai diri sendiri
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,
Melainkan kerana kita menyedari
Bahawa orang itu akan lebih bahagia, apabila kita melepaskannya

Apabila kita benar-benar mencintai seseorang,
Jangan lepaskan dia
Jangan percaya bahawa melepaskan,
selalu bererti kita benar-benar mencintainya
Melainkan berjuanglah demi cinta itu

Itulah cinta yang sejati

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang yang tersedia
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada memaksa dengan yang ada disekeliling kita
Lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang,
Hanya dengan seseorang yang belum tentunya JODOH kita
Kadangkala orang yang paling kita cintai
Adalah orang yang paling menyakiti hati kita
Dan kadangkala, teman yang membawa kita kedalam pelukannya
Adalah hanya kerana oleh nafsunya sahaja, bukannya cinta!!!

Ambilah peluang seketika, berfikir untuk tentukan pilihan kita
Jangan hanya taksub kepada cinta, nanti hidup kita merana
Kehidupan ini pendek, gunakanlah sebaik-baiknya
Supaya kita tidak menyesal keakhir hayat
Cinta itu memang buta tapi janganlah kita buta bercinta...
Hidup mesti diteruskan...!!