02hb Jun, 2015 ( Selasa ) 2.00am,
Mak mengejutkan aku dibilik dan memberitahu ayah jatuh dari katil apabila cuba bangun untuk kebilik air.. aku dan suamiku bergegas melihat keadaan ayah yang sudah terduduk lemah ditepi katil.. suamiku, memeluk badan ayah dan mengangkat ayah supaya ayah kembali duduk diatas katil.. aku lihat dia seperti mencungap dan susah bernafas.. dan apabila aku bertanya kepadanya kenapa mencungap, dia memberitahu ku nafasnya terasa pendek.. aku terus memberitahu suamiku dan meminta suamiku membawa ayah ke hospital secepat mungkin.. mak pun menyiapkan ayah dan berkemas apa yang patut untuk dibawa ke hospital, sementara aku harus menunggu dirumah memandangkan anak-anakku masih dibuai lena..
Sedaya upaya suami ku memapah ayah turun kebawah memandangkan bilik ayah berada ditingkat atas.. sesampai dikereta keadaan ayah begitu lemah dan mencungap.. suamiku terus memandu laju ke hospital. Apabila sampai di bahagian kecemasan, ayah diletakkan di zon merah.. diberi bantuan pernafasan.. dan keadaan ayah begitu kritikal.. dengan kecekapan doktor yang bertugas pada awal pagi itu dan setelah diperiksa dengan teliti doktor mengesahkan paru-paru ayah dipenuhi air.. doktor terus mengambil langkah untuk mengeluarkan air yang berada didalam paru-paru ayah.. setelah keadaan ayah disahkan stabil, ayah ditempatkan didalam wad untuk pantauan.. setelah 4 hari ayah berada didalam hospital, ayah dibenarkan pulang kerumah.. walaupun keadaan ayah masih lemah... ayah masih boleh berjalan perlahan-lahan untuk kebilik air.. tetapi kadang-kala perlu juga dipapah tangannya supaya dia tidak jatuh..
Menjelangnya ramadhan, ayah turut berpuasa walaupun kadang-kala keadaan tidak mengizinkan.. sehinggalah satu hari keadaan ayah betul-betul tidak berdaya dan lemah.. mungkin kerana berpuasa dan ayah hilang selera makan.. setelah dipujuk oleh mak, ayah setuju untuk tidak berpuasa.. pada ketika itu hanya tinggal 14 hari ramadhan akan berakhir.. ayah juga tidak lagi tidur dibilik atas.. mak juga turut berpindah untuk tidur dibilik bawah yang seringkali kami jadikan bilik tersebut untuk tetamu.. mak meminta persetujuan ayah untuk ayah dipakaikan pampers supaya dia tidak lagi perlu bangun dan berjalan kebilik air.. ayah bersetuju dengan berat hati kerana ayah tahu, apabila ayah dipakaikan pampers, pergerakannya akan terus terbatas.. untuk menunaikan solat fardhu dia perlu dibersihkan terlebih dahulu.. dan sejak itu, ayah sering menunaikan solat fardhu dengan menjamak solat-solatnya..
Setiap hari menjadi rutin harianku apabila balik dari kerja, aku akan kebilik ayah untuk melihat keadaannya dan bertanya sudahkah dia makan hari itu..? apa yang dia rasa atau mahu makan pada hari itu..? setiap hari soalan yang sama akan ku tanya padanya supaya dia kembali berselera untuk makan.. namun, kadang-kala jawapannya amat menyedihkan ku kerana dia sendiri tidak tahu apa yang akan membuatkan dia kembali berselera untuk makan.. sejak ayah hilang selera makan, berat badan ayah turun mendadak.. ayah menjadi terlalu kurus dan terus tidak berdaya untuk bangun sendiri dan berjalan.. apabila ayah ingin kebilik air, mak akan memapah ayah untuk duduk diatas kerusi roda dann menolak ayah masuk kebilik air.. ayah akan membersihkan dirinya sendiri didalam bilik air dan apabila selesai, ayah akan memanggil mak untuk menolak dia kembali ke bilik untuk menunaikan solat diatas kerusi roda..
Sehingga pada satu hari, pulangnya aku dari kerja dan sesampainya aku dirumah, aku masuk kebilik ayah untuk bertanya pada dia tentang dirinya pada hari itu.. kemudian, ayah memegang tanganku dan meminta aku membawa dia ke hospital.. katanya dia ingin tahu kenapa semakin hari dia semakin tidak berdaya dan langsung tidak mampu untuk mengangkat kakinya sendiri.. sedih sungguh hatinya dengan keadaan dirinya ketika itu.. aku hanya mendiamkan diri dan tidak tahu untuk berkata apa ketika itu.. namun, ku sampaikan juga hasrat ayah pada mak dimana ayah ingin ke hospital.. namun riaksi mak berbeza.. mak begitu susah hati.. mak tak mahu membawa ayah ke hospital dengan alasan siapa yang akan dapat menjaga ayah nanti bila ayah dimasukkan ke wad.. tambah lagi ketika itu bulan puasa.. puas ku pujuk mak.. namun mak masih berkeras.. timbul sedikit pertengkaran kecil antara mak dan ayah ketika itu... sehingga aku memeluk mak dan meminta dia bersabar dan mengingati bahawa ketika itu dia bercakap dengan suaminya.. aku mengingatkan dia dalam tangis kecil ku supaya dia tidak terus berdosa dengan ayah.. dan mengingatkan mak bahawa ketika itu ayah sedang sakit.. tentu sekali dia merasakan dirinya membebani mak yang juga sudah berumur ketika itu..
Setelah ku pujuk, barulah mak menerangkan kenapa dia marahkan ayah.. rupanya ayah berdegil untuk tidak dipakaikan pampers kerana katanya dia merasa rimas.. ayah juga tidak mahu dipakaikan kain selepas ayah dimandikan.. hanya ingin dibiarkan bertuala.. tanda memprotes tidakan mak kerana marah padanya.. aku mendekati ayah dan memujuknya untuk dipakaikan kembali pampers.. kataku, supaya dia tidak terbaring dalam keadaan yang kotor jika dia terkencing diatas katil.. dia terus bersetuju.. kemudian aku turut memujuk dia untuk dipakaikan kain supaya dapat menutup sebahagian badannya.. dia juga turut bersetuju..
Setelah selesai mak menyarungkan kain pelikat ayah, aku kembali masuk kebilik ayah.. aku bertanya padanya.. kenapa dia marah begitu pada mak..? dengan mengalirkan airmatanya, dia berkata dia sedih dengan keadaan dirinya ketika itu.. menyusahkan semua orang terutama mak.. aku memberitahu dia bahawa aku sedikitpun tidak merasa dia menyusahkan aku ketika itu kerana aku tahu itu tanggungjawab ku sebagai anak untuk menjaga dan menguruskan dia.. aku juga turut mengalirkan air mata.. katanya lagi, bertahun dia hidup dengan mak ku.. tapi entah kenapa mak boleh berkata begitu dengannya.. ku pujuk ayah sambil menyapu air matanya.. aku katakan padanya bahawa aku tidak suka melihat dia menangis begitu.. aku sayangkan dia.. kemudian kataku, jika dia ingin berjumpa doktor, biar saja aku membawanya ke klinik.. kemudian katanya padaku, carikanlah dia orang yang boleh mengurut kakinya itu.. malam itu juga dengan bantuan anak kepada rakan sekerjaku yang selalu ku panggil dengan nama mak siti, meminta seorang tukang urut lelaki untuk datang mengurut kaki ayah.. alhamdulillah... kalau sebelum ini, kaki ayah kelihatan pucat dan sejuk.. setelah diurut, kaki ayah berasa panas kembali...
Keesokkan harinya rutin harianku, aku menjenguk ayah didalam bilik untuk bertanya keadaannya hari itu.. Sebaik mendengar suaraku, ayah terus memegang tangan ku dan meminta samada aku atau suamiku mencarikan dia peguam.. aku bertanya.. untuk apa peguam..? katanya dia ingin membuat wasiat.. dan pada ketika itu, dia menyatakan padaku bahawa rumah yang aku duduki sekarang bersamanya ingin diserahkan pada ku sepenuhnya.. tanah-tanah dia yang berada di kampung bemban, ingin diserahkan kepada 3 orang abang ku dan tanah-tanahnya yang berada di Pahang, ingin diletakkan diatas nama abang ku yang paling sulung tetapi berlainan ibu dengan ku..
( sebelum ayah berkahwin dengan mak, ayah pernah berkahwin dengan seorang wanita dan dikurniakan 3 orang anak lelaki.. 15 hari selepas isterinya melahirkan anak yang ketiga, isterinya pergi menghadap illahi.. 13 tahun ayah menduda, barulah ayah berkahwin dengan mak.. hasil perkahwinan ayah dengan mak, mereka dikurniakan 3 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan iaitu aku. Aku anak yang paling bongsu dan hanya aku sahaja anak perempuan ayah.)
Kata ayah lagi, semua duit-duit simpanan samada didalam Tabung Haji, ASB dan BSN hendaklah diserahkan semuanya kepada mak ku.. Begitu sedih hati ku mendengar kata-katanya ketika itu.. dan aku bersetuju untuk mencarikannya seorang peguam...
Syawal menjelang tiba.. kami menyambut syawal dengan keadaan yang sederhana memandangkan ayah tidak berapa sihat.. seperti biasa, selepas solat hari raya dan menjamu selera, aku dan suamiku akan pulang kerumah mertuaku di Pedas, Rembau. Tahun ini aku dan suami bercadang untuk bercuti lama menyambut hari raya.. tambah lagi keadaan ayah yang tidak menentu.. aku dan suami telah mula bercuti dari 16hb Julai sehingga 22hb Julai.. Pada mulanya ingin beraya lama dirumah mertua ku, namun keadaan tidak mengizinkan kerana abang ku yang ketiga perlu pulang ke Melaka pada hari raya kedua atas urusan kerja.. Manakala 2 lagi abang ku iaitu yang sulung dan yang nombor dua tahun ini beraya di rumah mertua mereka di Kelantan.. Setelah aku dan suami berbincang, hari ahad itu kami pulang kembali kerumah ayahku.. Tidak senang hati ini untuk membiarkan mak dan ayah berdua dirumah hendak lagi dengan keadaan ayah yang begitu..
Asalnya memang aku berjanji dengan mak bahawa aku dan suami akan pulang awal pada hari ahad tersebut, kerana mak akan pergi melawat ayahnya di Seremban2 dan ingin aku menemani ayah sementara ketiadaan mak.. mak juga ada memberitahukuu yang mana dia akan ke seremban2 pada pukul 10 pagi.. tetapi ketika dia memberitahuku pada malam hari sabtu itu, ibu mertuaku telah pun tidur.. jadi aku dan suami tidak dapat memberi tahu ibu mertuaku yang mana kami akan bergerak balik ke paroi awal pagi nanti...,namun perjalanan kami untuk pulang ke paroi terpaksa diubah apabila ibu mertua ku mengajak suamiku untuk pergi beraya kerumah bapa saudara ku di Chembong pada pagi ahad tersebut.. Serba salah pula suamiku untuk menolak dan untuk berkata tidak turut serta dengan ajakkan ibunya.. kerana tanggungjawab dia sebagai anak lelaki adalah lebihh kepada ibunya.. aku juga hanya menurut tanpa membantah ajakan ibu mertuaku kerana itulah tanggungjawab ku juga sebagai menantu dirumahnya.. Aku juga terus memberitahu ibuku bahawa aku akan lambat sampai ke rumah kerana ingin membawa sekejap ibu mertuaku pergi beraya..
Sesampainya aku dirumah, aku terus masuk kebilik ayah.. Tiba-tiba ayah seperti marah-marah kerana katanya aku lambat sampai kerumah.. aku menerangkan keadaan sebenar yang berlaku.. dan ayah kembali tenang.. satu pertanyaannya kepada ku ketika itu.. " tak boleh ke kalau tiap-tiap minggu tidak balik ke pedas..?" aku tersentak.. dengan berhati-hati aku menjawab pertanyaannya.. " ayah, Asnur (suamiku) anak lelaki.. tanggungjawab dia lebih kepada ibu dan ayahnya.. adik (aku) sebagai isteri perlu ikut suami.. jika Asnur bersetuju untuk tidak balik, tak perlulah kami balik.. tapi, kalau Asnur nak balik dan mahu aku mengikutnya, adik perlu ikut.. sepatutnya, ayah berhak meminta anak-anak lelaki ayah untuk balik setiap minggu kesini.. tidak apalah.. jika tiada siapa yang balik minggu seterusnya, nt adik akan mintalah pada Asnur untuk tidak balik ke Pedas.. Kami akan hanya balik apabila ada anak ayah yang lain balik ke sini.. Adik mintak maaf ye ayah... " mengalir air mata ayah mendengar jawapan ku.. dan dia berkata " tak apalah.. ayah cuma tanya.." jawabku, "tak apa, adik faham.. kalau mahukan apa-apa, panggillah adik atau Asnur.. Jangan susahkan sangat mak ye.. Kesian mak penat.." jawab ayah.. "ye.."
24hb Julai, 2015 jam 5.00pagi...
Dalam pisat-pisat suamiku mengejutkan aku dari tidurku yang lena.. katanya, dia terdengar suara mak menjeritt memanggil namaku dibawah.. Aku terus bangun dan berlari turun kebawah... Rupa-rupanya ayah jatuh terduduk didalam bilik air ketika ingin mengensotkan sedikit badannya diatas kerusi roda.. mujur tidak terhentak kuat... Ayah hilang terus daya berdiri ketika itu... Sekali lagi suami ku memeluk badan ayah dan mendudukkan ayah diatas kerusi roda... Terus saja suamiku memandikan ayah yang sudah didudukkan diatas kerusi roda.. membersihkan badan ayah dengan berhati-hati... selesai memandikan ayah, suamiku mengelap badan ayah dan memakaikan ayah tuala mandi.. kemudian suamiku membantu untuk ayah mengambil wuduk supaya ayah dapat solat isyak dan terus solat subuh.. Selesai solat subuh, ayah dibantu untuk berbaring kembali diatas katil.. setelah selesai, mak memasangkan ayah pempers dan menyarungkan kembali kain pelikatnya... Sejak hari itu, tugas memandi dan membersihkan ayah telah menjadi rutih harian suamiku.. sebelum subuh, ayah dibangunkan dan didudukkan diatas kerusi roda kemudian ditolak kebilik air.. dimandi dan diambilkan wuduk..
26hb Julai, 2015 jam 12.00 tengah hari...
Aku dan mak tengah sibuk didapur menyiapkan makanan tengah hari.. kami bercadang menyediakan Laksa tengah hari itu.. kebetulan kawan baik mak yang berdekatan dengan rumah kami meminta tolong untuk membuatkan Laksa kerana katanya ada orang yang akan datang beraya.. Kawan mak memang tidak berdaya untuk memasak memandangkan dia mempunyai sakit jantung... Tujuan kami juga masak memasak pada hari tersebut kerana kami mengjangkakan akan ada anak-anak angkat ayah yang akan datang beraya pada hari tersebut...
Sewaktu mak memasak didapur dan aku pula menyiapkan segala rencah-rencahnya, aku terdengar ayah memanggil namaku.. aku terus menyahut panggilannya dan bertanya apa yang ayah inginkan.. ayah bertanya padaku, " apa yang baunya sedap sangat ni.. boleh tak kalauu ayah nak mintak sikit untuk makan..?" "Ooohhh.. " kataku "boleh.. nanti adik bawakkan.." aku terus memberitahu mak keinginan ayah.. mak terus sendukkan sedikit laksa kedalam mangkuk dan bawa ke bilik ayah.. sejak ayah tidak berdaya, mak selalu menyuapkan ayah makan.. namun, hanya 2 sudu sahaja ayah makan.. katanya, simpanlah dulu.. nt kalau dia mahu, dia minta kembali... mak pun meletakkan kembali mangkuk berisi laksa tadi diatas meja yang berada disisi katil ayah... kemudian mak kembali kedapur untuk meneruskan kerja-kerja yang masih belum siap sepenuhnya..
Tidak lama selepas itu, aku terdengar ayah memanggil nama ku kembali.. aku pun terus kebilik ayah dan bertanya... ketika itu aku lihat ayah seperti gelisah.. memandang sekeliling bilik... aku bertanya, ayah.. kenapa..? dia menjawab.. entahlah.. rasa seperti serba tak kena.. perut ni sakit.. bila kencing rasa sakit.. aku bertanya lagi.. ayah mahu buang air ke..? katanya tidak.. berikan ayah sedikit minyak untuk disapu pada perut ini... akupun tanpa lengah terus meletakkan sedikit minyak angin diatas perutnya dan ayah meratakan minyak tadi keserata perutnya yang sakit... kemudian dia berkata lagi.. bau apelah yang busuk sangat ni..?? bau apa..? tanya ku kembali padanya.. entah.. dekat sangat bau busuk ni.. aku memandang mangkuk berisi laksa yang ayah makan tadi dia atas meja bersebelahan katilnya.. kataku padanya.. takkan bau laksa ni... kan ayahh baru makan tadi...? haa.. itulah yang busuk baunya.. kata ayah.. buanglah.. busuk.. kata ayah lagi.. aku pun terus mengalihkan mangkuk laksa tadi dari bilik ayah... kemudian aku lihat ayah memejamkan mata.. tidur agaknya.. kata ku didalam hati..
Setelah mak dan aku siap memasak, sekali lagi ayah memanggil.. kali ini dia memanggil mak ku.. mak terus kebilik ayah dann bertanya...? kenapa..? ayah menjawab.. "akuu nak bangun.. boleh tak dudukkan aku atas kerusi roda tu..?" kemudian tanpa lengah, mak memanggil suami ku untuk meminta bangunkan ayah dan dudukkan ayah diatas kerusi roda.. setelah ayah duduk dikerusi roda, ayah berkata kepada suami ku.. " tolak ayah keluar.. " suamiku pun menolak ayah keruang makan.. kemudian ayah meminta air daripada mak... selepas ayah minum air, mak meminta izin dari ayah untuk naik kebilik atas untuk membersihkan dirinya.. ayah hanya menggangguk... ketika itu, aku, suamiku dan anak-anak berada diruang tamu rumah berehat sambil menonton tv.. aku lihat ayah memejamkan matanya.. ayah memang selalu begitu semenjak mata sebelah kanannya tidak lagi dapat melihat disebabkan penyakit kencing manis yang teruk..
Lebih kurang dlm pukul 12.15 tengah hari, sesudah mak mandi mak pun kembali turun kebawah.. kemudian mak memanggil ayah yang ketika itu kepalanya terlentok dengan mata terpejam.. mak bertanya.. " mengantuk ke..? nak baring balik kebilik..? tidurlah diatas katil..." ayah hanya diam.. kebiasaanya, bila mak bertanya, ayah pasti membuka mata... mak menggoyangkan sedikit badan ayah dan menolak sedikit tangan ayah.. terkulai tangan ayah jatuh... aku memandang mak dari bawah.. kemudian naik ke ruang makan dimana ayah berada tadi.. aku memeluk ayah dari belakang.. menegakkan sedikit kepalanya yang terlentok.. menepuk-nepuk pipinya sambil memanggil.. ayah.. ayah.. ayah dengar tak.. ? aku mengangkat tangan ayah dan riaksi yang sama tangan ayah terkulai.. puas aku dan mak memanggil ayah.. kemudian aku berkata kepada mak.. ayah tidak sedar.. ku tolak kerusi roda ayah untuk kebilik.. kemudian suamiku juga cuba memanggil ayah.. namun tiada jawapan... mak terus membuat keputusan untuk membawa ayah ke hospital.. aku terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan ambulan.. sementara suami ku cuba mengangkat ayah untuk berbaring diatas katil semula.. dalam waktu suamiku mengangkat ayah ke atas katil, ayah tersedar.. "ada ape ni...?" tiba-tiba dia bersuara... mak memberitahu kepada ayah dari tadi kami panggil.. ayah tak menyahut.. ayah tak sedar.. "kite ke hospital ye....?" atah menjawab.. "yelah.."
Lebih kurang dalam 10 minit, ambulan sampai dihadapan rumah.. pegawai perubatan naik kerumah dan terus ku bawa kedalam bilik dimana ayah dibaringkan.. pegawai perubatan memeriksa ayah dengan cermat.. kemudian memanggil ayah.."pak cik.. dengar tak.. ?" " dengar.." jawab ayah.. " nama pak cik siapa..?" " mohamad saleh salimin.." jawab ayah lagi.. dalam pada pegawai perubatan tersebut bercakap-cakap dengan ayah, tangannya terus melakukan prosidur yang sepatutnya.. kemudian 2 orang lagi pembantunya datang dengan membawa sehelai kain cadar berwarna putih.. pegawai perubatan mengerengkan ayah kemudian meletakkan kain putih tadi dibawah badan ayah.. setelah kedudukan dipastikan betul, ayah diangkat menggunakan kain putih tadi dan dibawa turun kebawah untuk dimasukkan didalam kereta ambulan.. suami ku terus turut serta ke hospital untuk menemani mak... Ayah terus dimasukkan ke wad keemasan zon merah.. setelah di periksa, doktor mengesahkan darah ayah terlalu kurang.. ayah terus dimasukkan didalam wad untuk dipantau serta dimasukkan darah...
27hb Julai, 2015 (Isnin ) - Hari kedua di Hospital .
Ayah ditempatkan didalam wad 3B.. menurut kata abang ku yang menjaga ayah malam semalam, ayah disuruh puasa kerana ayah akan dibawa kebilik X-ray untuk scan.. menurut doktor, dibahagian kanan perut ayah ada seperti benda keras dan doktor ingin mengenal pasti berkenaan dengan perkara tersebut... petang itu, ketika aku, suami dan anak-anak datang melawat ayah dihospital, suami ku sempat bertanya kepada seorang doktor perempuan yang datang memeriksa ayah ketika itu.. doktor memaklumkan dan mengsyaki ayah mungkin mengidap ketumbuhan didalam usus atau kenser.. kata doktor, usus ayah membengkak dan membesar luar biasa.. kemudian, bedat badan ayah turun mendadak serta ayah hilang selera makan.. kata doktor lagi, usus ayah kelihatan seperti luka-luka... simptom tersebut lebih kepada kenser.. tetapi doktor masih belum dapat untuk pastikan kesahihannya...
30hb Julai, 2015 ( Khamis ) - Hari ke empat di Hospital..
Seperti biasa, selepas kerja aku dan suami bersama anak perempuanku Amirah dan anak lelakiku Amirul datang melawat ayah.. Mak kata, semalam doktor memasukkan satu tiub ke jantung ayah untuk melihat berapa banyak jumlah air didalam badan ayah dan hari ini, doktor menebuk sedikit perut ayah untuk diambil tisu dibahagian dalam perut dan akan menghantar sampel tisu tersebut ke HUKM untuk dibuat pengesahan yang sebetulnya apakah sakit yang dihidapi oleh ayah.. jika betul ayah menghidap ketumbuhan, ayah akan dibedah.. atau jika betul ayah mengidap kenser, doktor akan membuat kepastian tahap keberapa kenser ayah..jika masih rendah, ayah hanya perlu menjalani rawatan kemoterapi sahaja.. sewaktu aku menggosok-gosok kaki ayah, ayah bertanyakan tentang anak lelaki ku Amirul.. " mana amirul..?" " ada ni.." jawab ku.. " dekatkan dia dengan ayah.." suami ku mengangkat amirul dan meletakkan amirul disebelah ayah.. amirul terus mencium atok dan ayah juga begitu.. sambil bertanya kepada amirul.." wangi tak atok..?" " wangi.." jawab amirul sambil tersengeh.. ayah dengan amirul memang rapat.. dari kecil amirah dan amirul mak dan ayah yang jaga apabila aku keluar bekerja.. kebiasaannya, apabila mak hendak memasak, dan amirul ditidurkan didalam buaian sambil dibuai oleh ayah..
31hb Julai , 2015 (Jumaat) - Hari Kelima di Hospital..
Pada malam itu, abang ku yang sulung menjaga ayah.. Along membersihkan muka ayah kerana jambang ayah mula tumbuh... Seperti biasa apabila waktu siang, mak yang akan menemani ayah di hospital.. Pagi itu, sesampainya mak disebelah ayah, ayah bertanya.. " ada nampak tak perubahan muka aku ni..?" mak jawab "ada.." " hendsome tak aku ni lagi..?" gurau ayah.. " dalam senyum, mak menjawab.. " hendsome..." ayah tersenyum.. Ayah bertanya pada mak.. " hari ini hari apa..?" " hari Jumaat.." jawab mak.. kenapa..?" " boleh x dudukkan aku...?" tanya ayah pada mak... makpun menegakkan separuh katil ayah.. tetapi ayah mahu betul-betul duduk ketika itu.. bukan bersandar pada katil yang ditegakkan.. mak pun menegakkan betul-betul badan ayah sambil memegang bahu ayah... lebih kurang dalam 15 minit ayah berada didalam posisi duduk ketika itu.. " dah.. baringkanlah aku semula.." kata ayah.. mak pun dengan perlahan-lahan membaringkan ayah semula... " aku nak balik ni..." kata ayah kepada mak.. " awak nak balik macam mana..? tunggulah sihat dan kuat sikit.. nanti bolehlah balik.. jawab mak.." ayah hanya diam.. aku tidak dapat melawat ayah pada hari itu, kerana suami ku pula bekerja.. sejak ayah dimasukkan ke hospital, kami berdua berganti-ganti untuk bercuti kerana, tiada siapa yang boleh menjaga Amirul dirumah apabila mak pergi menemani ayah di hospital..
01hb Ogos, 2015 (Sabtu ) - Hari Keenam di Hospital..
Seperti biasa, selepas mak bersarapan pagi, aku akan menghantar mak ke hospital untuk menjaga ayah pada sebelah siang.. Suami ku pula sudah keluar membantu kawannya memasang PA Sistem disebuah majlis perkahwinan.. dan malam itu, giliran suamiku pula menjaga ayah di hospital pada sebelah malam apabila mak pulang kerumah pada sebelah petang.. Pada malam itu jam 3.00 pagi, ayah ada memberitahu suami ku.. katanya ada seorang anak kecil berbaju merah duduk menangis ditepi dinding.. sudah tiga hari dia nampak anak kecil itu.. " ayah nak balik.. esok ayah nak balik jugak..." kata ayah tiba-tiba.. " tunggulah ayah sihat.. nanti saya bawa ayah balik.." suami ku hanya melayan sahaja ayah berbicara ketika itu.. tetapi jelas.. ayah sangat kurang hendak berborak malam itu.. kebiasaannya ada sahaja perkara yang ingin dikatakan pada suamiku.. Ayah juga ada meminta untuk suamiku meletakkan ubat matanya pada pagi itu.. dan membuka stokin yang dipakaikan dikakinya.. suamiku hanya menurut kehendak ayah.. apabila menjelang subuh, jururawat datang untuk membersihkan ayah dan mahu menggantikan pampers ayah.. sewaktu suamiku membantu jururawat untuk membersihkan ayah, ayah mengaduh sakit.." aduhhh.. sakit... perlahan-lahanlah.." kata ayah.. " sabarlah ayah... " pujuk suamiku.. selesai ayah dibersihkan, suami ku bertanya pada ayah, adakah ingin dia dipakaikan semula stokin yang telah dibuka semalam..? Ayah hanya menggelengkan kepala..
02hb Ogos, 2015 ( Ahad )
Dalam pukul 9.00pagi, aku menghantar mak seperti biasa ke hospital untuk menggantikan suamiku yang menjaga ayah malam tadi... Seperti biasa apabila mak sudah berada disisi ayah, mak akan sering bertanya adakah ayah mahu jika mak letakkan ubat matanya..? adakah ayah mahu makan atau minum..? namun ayah hanya menggelengkan kepala.. tidak lagi mahu bercakap.. matanya dilelapkan sentiasa...
5.00petang
Aku menerima panggilan dari mak.. " Pukul berapa nak datang hari ni..?" tanya mak pada ku.. " Lambat sikit rasanya.. Asnur (suamiku) sakit kepala, sebab tak cukup rehat.. kenapa mak..?" jawab ku.. " Kau pergi ambik Pak ngah dan bawak pak ngah datang sini.. ayah kau ni senyap je dari pagi tadi.. langsung tidak mahu bercakap.. tak mahu makan dan minum.. lelap je matanya.. panggil pun tak mahu menyahut.." kata mak kepada ku.. kemudian aku memberitahu suamiku tentang apa yang mak sampaikan padaku sebentar tadi.. suamiku menyuruh aku untuk menghantar Arissa anak perempuan ku yang kecil kerumah Mak Itam (mak sedaraku di dusun nyior) dan terus pergi mengambil pakngah ku untuk dibawa ke hospital.. Sebelum aku pergi, aku telah memaklumkan kepada pakngah ku untuk dia bersiap kerana sebentar lagi akau akan datang mengambilnya untuk dibawa kehospital...
Sesampainya aku dirumah pakngah, tanpa lengah makngan dan pakngah terus masuk kedalam keretaku dan aku terus memandu ke hospital.. sampai sahaja di hospital, aku menurunkan pak ngan dan mak ngah ku di tempat menurunkan penumpang dan aku terus berlalu utuk mencari parking.. setelah mendapat parking, aku bergegas naik ke wad dimana ayah berada.. sesampainya aku disisi ayah, aku lihat ayah hanya melelapkan matanya.. aku memberi salam padanya seperti biasa namun, salam ku tidak dijawab.. aku memegang mukanya.. menggosok tangannya.. serta memanggilnya.. tiga kali panggilanku barulah dia menyahut.. namun, matanya masih tidak dibuka... " ayah.. adik datang ni... bukaklah mata.. pandang adik ni... ayah.. oo yahhh.." "emmm....." itu sahaja bunyi yang kedengaran.. air mataku mula menitis... " ayah.. ayah... ooo ayah..." sekali lagi aku memanggilnya sambil menggosok pipi ayah... selesai pak ngah tawakan air, aku memujuk ayah untuk minum... aku menegakkan sedikit kepala ayah dan mak menyudukan air tersebut.. selepas itu, ayah masih senyap dan tidak mahu membuka mata... jam menunjukkan pukul 7.oo petang.. aku masih belum berputus asa dan sentiasa memanggil ayah dan menyuruh ayah membuka mata.. namun aku masih gagal... pak ngah memaklumkan pada mak yang dia mahu pulang memandangkan tidak lama lagi waktu maghrib akan masuk.. jika begitu, aku juga harus turut sama tinggalkan ayah dalam keadaan begitu walaupun hatiku berat untuk meninggalkannya.. aku memaklumkan pada mak bahawa suamiku akan datang menggantikannya jam 10.00 malam nanti.. kerana dia harus tidur dahulu.. memandangkan suami ku mempunyai penyakit darah tinggi, dia tidak boleh jika tidak cukup rehat.. mak hanya menurut..
Sebelum aku bergerak meninggalkan ayah, aku pergi kesisinya.. mendekatkan muka ku dimuka ayah.. membisikkan ditelinganya bahawa aku mahu pulang dan menghantar mak ngan serta pak ngah pulang.. kataku lagi untuk kali terakhir sebelum aku berlalu.. " ayah.. bukalah mata.. pandang adik ni..ayah.. adik sayang ayah.. kalau ayah nak balik, ayah kena sihat dahulu.. adik akan bawak ayah balik nanti.. ayah.. dengar tak..? ayah jawablah..." namun, ayah hanya diam.. aku pergi pula pada mak.. memeluk mak.. mak juga turut menangis.. " mak.. kita berdoalah sama-sama ye.. mak kena tabah tau.. adik ada dengan mak.." kataku sewaktu aku memeluk mak sebelum aku pulang.. berat sungguh hati ingin meninggalkan mak dengan ayah ketika itu...
Sesampainya aku dirumah, aku memberitahu suami ku tentang keadaan ayah.. suamiku juga meminta aku bersabar dan berdoa untuk ayah.. suamiku meminta izin untuk tidur sekejap dan meminta aku mengejutkannya pukul 9.00 malam nanti.. aku hanya menurut kerana aku memahami keadaanya yang tidak cukup tidur... namun, tidak sampai pukul 9.oo malam, suami ku sudah pun bersiap untuk ke hospital... dia mencadangkan supaya dia hanya menunggang motornya sahaja untuk ke hospital manakala aku harus juga ke hospital untuk membawa mak pulang...
Jam 8.00 malam, sekali lagi aku menerima panggilan dari mak.. mak bertanya pukul berapa suami ku akan datang untuk menggantikannya kerana dia masih belum menunaikan solat maghrib.. aku memberitahunya aku akan keluar rumah sekejap sahaja lagi dan meminta dia menunggu sehingga aku sampai... sesampainya aku di hospital, aku menghubungi telefon bimbit mak.. mak memaklumkan bahawa katil ayah telah dipindahkan ke bahagian kritikal.. keadaan ayah ketika itu sungguh kritikal.. aku terus memberitahu suami ku supaya segera naik ke wad untuk melihat keadaan ayah memandangkan anak-anakku semua berada didalam kereta bersamaku.. lebih kurang 20 minit, mak pun turun dibahagian pintu hadapan hospital.. aku terus membawanya pulang kerumah... mak kelihatan sangat risau dan teramat penat....
Sampai sahaja dirumah, mak menghubungi kesemua abang-abang ku dan menyuruh semua abang-abang ku pulang dengan segera memandangkan keadaan ayah yang ketika ini sangat kritikal... kemudian aku memujuk supaya mak makan dahulu sebelum naik kebilik untuk membersihkan diri dan solat../ selesai sahaja aku dan mak makan malam, telefon ku berbunyi.. suami ku bertanya adakah mak telah makan, mandi dan solat..? " mak baru je sudah makan.. tapi belum solat..." jawab ku.. kemudian aku bertanya.." kenapa abang..?" "ayah..." jawab suamiku... " kenapa dengan ayah..? " sungguh berat untuk suamiku sampaikan padaku ketika itu...namun setelah 2 kali aku paksa, barulah dia menjawab.." suruh mak mandi dan solat.. kemudian ibu hantar mak semula ke hospital.. ayah sangat kritikal sekarang.. doktor sudah memberi dia pernafasan secara manual.." aku sangat terkejut dan terus menyuruh mak segera menguruskan dirinya... jam 10.15 malam, aku kembali memandu untuk menghantar mak ke hospital... anak ku yang paling kecil telah lena ditempat duduknya.. sementara amirah dan amirul masih berjaga...
Sampai sahaja ditempat menurunkan penumpang, aku menghubungi suami ku.. kemudian suami ku turun dan menyuruh aku naik ke wad untuk melihat ayah... aku memegang tangan anak sulung ku kerana kata amirah dia ingin melihat atok.. namun sampai di pintu pengawal, mereka tidak membenarkan amirah masuk.. terpaksalah aku memujuknya untuk tidak turut serta naik bersama ku... aku menghubungi semula suami ku supaya mengambil amirah... dengan pantas, aku berlari menaiki tangga ke tingkat 3... sampai sahaja dibahagian ayah ditempatkan aku lihat ayah terbaring dengan satu tiub dimasukkan kemulutnya dan doktor sedang mengepam oksigen dengan menggunakan tangan.. dibadan ayah berselirat dengan wayar... mengalir air mataku melihat keadaan ayah ketika itu... lemah sungguh kaki ku ketika itu.. melutut aku disebelah mak sambil memeluknya... aku berjalan keluar untuk membuat beberapa panggilan.. kemudian aku terserempak dengan abang ku yang kedua..... walaupun berat hati ku ketika itu, aku harus pulang semula kerumah memandangkan anak-anakku sudah kepenatan dan harus tidur... aku merapati mak sambil memeluknya dan berkata.." mak, adik kena balik.. anak-anak dalam kereta.." " yelah.. suruh asnur naik semula.." kata mak... lama aku memandang wajah ayah.. ku sentuh tangan ayah... mengalir laju air mataku turun kepipi... dengan berat hati ku hayun juga langkah untuk turun kebawah..
Aku terus memandu untuk pulang kerumah... dalam perjalanan, aku lihat anak kedua ku amirul, sudah melentok disisi kakaknya.. " kakak, baringkan adik kat pangku kakak.." " baik ibu.." jawab amirah... sampaii sahaja dirumah, aku mengangkat arissa dan amirul kebilik.. menyuruh amirah juga untuk tidur... walaupun mengantuk, tetapi mataku masihh belum mahu lena.... air mata masih mengalir dipipi kerana mengenangkan keadaan ayah di hospital...
03hb Ogos, 2015 ( Isnin , jam 1.00 pagi... )18 Syawal 1436H
Suami ku menghubungi aku dan menyuruh aku mengemas apa yang patut.. aku bertanya kenapa..? " ayah dah 2 kali diberi bantuan CPR.. doktor tidak boleh membuat untuk kali ke 3 kerana berkemungkinan tulang rusuk ayah boleh patah memandangkan ayah sudah berusia... jadi, atas persetujuan mak, jika pada malam itu ditakdirkan ayah pergi meninggalkan kami semua, mak redha.. tak perlulah sakiti badan ayah lagi.. jadi, doktor telah meminta mak menurunkan tandatanga diatas satu borang... kita redhalah ye ibu..." kata suami ku.. " aku menangis semahu mahunya selepas talian diputuskan... kemudian aku turun keruang tamu.. mengalihkan dan mengemas apa yang patut.. kemudian, aku naik semula kebilik dimana anak-anak sedang dulit lena.. tidak sedar bila aku terlelap.. mungkin kerana terlalu penat..
03hb Ogos, 2015 ( Isnin, jam 3.10 pagi... )
Aku terjaga dari lena apabila telefon ku berbunyi... " Hello.. " kataku sebaik sahaja butang berwarna hijau ku tekan " Hello.." Jawab suami ku.. kemudian suami ku senyap seketika.. " Ibu... ayah dah tak ada.. " kata suamiku lagi... tak dapatku bayangkan apabila itu yang aku dengari... " ibu redha ye.. " kata suamiku lagi.. " ye. ". kataku dalam nada sebak.. " bila jenazah akan dibawa balik..? " tanya ku.. " awal pagi ini jugak.. along akan uruskan.. kejap lagi abang balik.. " " ok.." jawab ku.. Aku menangis semahu-mahunya selepas talian diputuskan.. Perginya seorang yang amat ku hormati, sayangi dan sanjungi seumur hidupku.. insan yang membawaku ke dunia.. membesarkan dan mendidik aku dari kecil.. dan wali yang menikahkan aku pada 10 Oct, 2008.. Ayah.. semoga ayah tenang dan damai disana... (Al-Fatihah..)
5.05 pagi..
Jenazah ayah sampai dirumah.. suamiku, along, naim (cucu ayah ), dan elly (cucu ayah ) mengangkat sama-sama jenazah ayah dan membawa masuk kedalam rumah.. pulang juga ayah... kataku dalam hati.. jenazah ayah diletakkan diatas tilam yang telah aku sediakan diruang tamu... ku pandang wajah suamiku.. kelihatan dia begitu penat.. " abang pergilan naik kebilik.. baring dan berehat sekejap.." kataku.. suamiku pun berlalu untuk naik kebilik... tidak lama selepas itu, kedengaran suaran azan subuh.. mak memesan kepadaku supaya jangan tinggalkan jenazah ayah seorang.. aku hanya menurut.. kemudian mak naik kebilik untuk membersihkan diri dan solat subuh.. sementara aku, menunaikan solat subuh berdekatan dengan jenazah ayah.. tidak lama selepas itu, kakak ipar ku turun.. aku memesan padanya pula supaya tidak meninggalkan jenazah ayah berseorangan... kemudian aku naik kebilik untuk mandi.. aku harus menghantar anak bongsuku Arissa ke rumah mak itam, kerana tentunya hari itu adalah ahri yang sibuk buatku...
Selepas menghantar Arissa, aku terus pulang ke rumah.. sebaik sahaja sampai dan meletakkan kereta yang ku pandu di tepi jalan berdekatan dengan rumahku, suami ku masuk kedalam kereta.. tiba-tiba aku lihat dia menangis... sedih benar rasa hatinya ketika itu.. sejak suamiku menjadi menantu tunggal lelaki dirumah ayah, suamiku agak rapat dengan ayah.. sejak ayah sakit dan langsung tidak berdaya, suamiku jugalah yang menguruskan ayah.. " hilang sudah kawan bergaduh kakak dan hakim.. hilang sudah kawan dan teman berborak hakim..." kata suamiku... aku juga turut menangis ketika itu..
Melangkah masuk kerumah, aku lihat orang sudah mula ramai melawat jenazah ayah.. aku terus duduk disebelah mak yang sedang membaca yassin... jenazah ayah akan dibawa ke masjid dalam pukul 10.00 pagi... sayu sungguh hati ini bila semua yang hadir mengucapkan takziah kepad mak.. memeluk mak... begitu juga aku.. tepat masanya, ayah di bawa ke masjid untuk dimandi dan di kafankan..
Peringkat terakhir memandikan jenazah, ada seorang pembantu untuk menguruskan jenazah ayah memanggil aku dan mak.. aku dan mak disuruh masuk kedalam bilik memandikan jenazah.. ketua yang menguruskan jenazah ayah menyuruh mak dan aku memandikan ayah untuk kali terakhir... begitu hibanya ku rasakan ketika menyiram jenazah ayah.. selesai memandikan, abang-abangku dan suamiku menguruskan pula untuk dikafankan.. Selesaii jenazah ayah dikafankan, suamiku meminta aku membawa anak-anakku untuk mencium ayah untukk kali yang terakhir... sekali lagi air mataku mengalir.. aku katakan pada anak sulung ku.." kakak, ciumlah atok untuk kali yang terakhir.. lepas ni akak dah tak boleh jumpa atok.." bergenang airmata amirah apabila dengar aku cakap begitu... ya allah, aku redha.. ayah, pergilah.. semoga ayah tenang disana...
No comments:
Post a Comment