Saturday, November 03, 2012

..:: BeRiTa gEmBiRa BuAt DiRi Ku DaN yAnG LaiN ::..

Assalamualaikum....

Lama sungguh saya tak update cerita- cerita dalam blog ni... Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, banyak berita gembira buat diri ku dan juga buat orang disekeliling ku...

*pErTaMa*

Pada bulan syawal yang lalu, aku telah disahkan mengandung untuk cahaya mata yang ke-2.. Alhamdulillah.. syukur ku panjatkan kepada yang maha esa, kerana memakbulkan doa ku bersama suami ku untuk cahaya mata yang kedua ini.... Puteri sulung ku pun telah berumur 3 tahun dan sudah pandai bertanya bila dia akan menerima seorang adik...?? Waktu itu, puas juga aku menerangkan padanya... Setiap kali aku datang bulan, dia sendiri akan berkata pada ku.. " Tak apelah ibu, belum ada rezki lagi.."

Kini, sejak dia tahu aku mengandungkan adiknya, dia cukup gembira... malah setiap hari dia akan bertanya adakah adiknya sihat hari ini..?? dia akan datang dan cium perut ku yang dah mula membesar... amirah sangat-sangat teruja.. sehinggakan kadang kala dia menyuruh aku mengeluarkan adiknya itu pada ketika itu juga.. jadi, terpaksalah aku menerangkan bahawa adiknya belum cukup bulan lagi.. alhamdulillah, dia cuba memahami walaupun kadang kala dia seperti keliru.. kesian amirah teringin benar mempunyai kawan-kawan untuk bermain... apepun, insyaallah, dijangkakan bersalin pada bulan april 2013.. semoga semuanya baik-baik belaka dan aku selamat melahirkan baby yang cukup sifat dan sihat..
 
*kEdUa*
 
Berita gembira yang kedua aku terima ketika ini adalah... Syukur kepada Allah adik angkat ku Faridza Mastura bakal melangsungkan hari bahagianya pada bulan Januari pada tahun depan 2013... Syukur.. syukur teramat syukur.. deraian airmata yang ditumpahkan selama ini akhirnya berbaloi juga.. betul kata orang, "kalau dah jodoh, takkan kemana.." apa yang aku harapkan semoga dia bahagia sehingga keakhir hayatnya.. amin..

No comments: