alhamdulillah syukur.. setelah sekian lama kami menungu detik-detik hari bahagia kami.. akhirnya tiba jua... 10 oktober 2008 (Jumaat) bersamaan 10 syawal - 1429 zilkaedah kami telah selamat diijabkabulkan bertempat di Masjid Karyah Taman Paroi Seremban, Negeri Sembilan...
"Asnur Hisyam Bin Asura, aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Lailatul Akmal Binti Mohamad Saleh dengan maskawinnya RM 200.00 tunai....."
"Saya terima nikahnya Lailatul Akmal Binti Mohamad Saleh dengan mas kawin RM 200.00 tuni...."
Ayahanda tercinta telah menikahkan sendiri puteri bongsunya dengan mas kawin RM 200.00 tunai dan diiringi 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan dibalas 9 dulang dari pihak pengantin perempuan... setelah upacara pernikahan selesai, pengantin lelaki membacakan doa bagi memberkati majlis.. Syukur ke hadrat ilahi kerana semuanya berjalan lancar...
Majlis seterusnya, adalah majlis persandingan kedua mempelai di teratak keluarga pengantin perempuan yang berlangsung pada keesokan harinya 11 Oktober 2008 - Sabtu. Tema pilhan kedua mempelai untuk majlis persandingan di teratak keluarga pengantin perempuan adalah tema Cream Gold dan tema pilihan kedua mempelai untuk persandingan di teratak keluarga pengantin lelaki pada 12 Oktober 2008 adalah cream + hijau.. Harapan kami berdua, semoga kehidupan kami diiringi kebahagiaan yang berterusan sehingga ke akhir hayat.. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat handai.. saudara-mara... adik beradik dan semua yang sudi datang kemajlis kami... terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung... terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang sudi memberi hadiah kepada kami.. alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi... semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke akhir ayat.... insyaallah.... amin....
No comments:
Post a Comment