Thursday, February 05, 2009

..:: TaHuN BaRu 2009 ::..

Assalamualaikum..
alhamdulillah.. syukur kehadrat ilahi, kerana umurku masih dipanjangkan untuk melalui tahun 2009 ini.. walaupun baru permulaan... berita gembira untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang mengenali diri ini, pada 11 hbln november 2008 saya telah disahkan mengandung... alhamdulillah.. syukur... suami ku terlalu gembira bila mendengar berita itu... 2 bulan yang pertama memag teruk alahan yang aku lalui.. sehinggakan berat badanku turun sehinga menjadi 37.7 kg.. bayangkanlah sebelum saya berkahwin berat badan ku 45kg...
sekarang, kandungan ku telah memasuki 4 bulan... badan pun dah mula naik dan selera makan ku mula bertambah... tak sabar rasanya untuk menanti kelahiran sicomel ini... semalam, saya ke klinik untuk menjalani pemeriksaan bulanan.. bila doktor scan di bahagian perut ku, begitu teruja dan bersyukurnya saya rasa bila dapat melihat sendiri pembesaran yang telah berlaku terhadap kandungan ku.. alhamdulillah.. baby dalam kandungan ku disahkan sihat.. aku dijangka bersalin pada 8 hbln JULY 2009... tak sabar rasanya.....
hmm... mengimbas kembali tahun-tahun yang sebelum ini... saya akui, saya terlalu rindu dengan suasana semasa belajar dahulu... bergurau senda dengan kawan-kawan dan adik-adik seperjuangan dalam MPP... entah apalah yang mereka lakukan waktu ini... kemana mereka semua agaknya.. yang masih berhubung hanya segelintir sahaja.... semoga mereka semua berjaya dalam kehidupan....
sekarang.. saya dah menetap di Kuala Pilah bersama suami.. lama betul rasanya saya tinggal bandar seremban.. dan saya akui saya merindui seremban... sejak saya mengandung, saya dah jarang berjalan-jalan macam dulu... bukan ape.. terlalu cepat rasa penat...
oklah... semoga tahun ini akan lebih banyak lagi kenangan yang akan tercipta... semoga mereka yang sentiasa berada dekat dengan ku akan sentiasa gembira dan sihat selalu.... amin...