tapi hari ni, saya bukanlah nak bercerita tentang nasib2 ibu bapa yg telah uzur ni.. saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pengalaman saya sewaktu saya mengikuti kursus pegawai khidmat pelanggan yang saya ikuti di port dickson( Golden Strait Villa ) pada 23-24 Mei 2010 yang lalu....
hari pertama 23/05/2010:
saya dan rakan2 kursus bertolak dari seremban pada pukul 7.20 pagi ke Golden Strait Villa dan kami sampai di port dickson pada pukul 8.15 pagi.. selepas pendaftaran dibuat di kaunter hotel, kami diarah untuk naik ke tingkat 4 dimana terletaknya dewan kuliah kami... aturcara bermula dengan sesi taklimat bagi jadual kursus kami selama 2 hari.. seterusnya kami diberi taklimat dari Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, bahagian pengurusan berkenaan tentang Halatuju Perkhidmatan & Pegawai Khidmat Pelanggan.. pada pukul 10.30 pagi, kami berhenti untuk minum pagi dan taklimat disambung semula sehingga pukul 1.00 petang... selepas makan tengah hari, kami dibenarkan untuk checkin ke bilik masing2..
Pada pukul 2.30 petang taklimat disambug oleh Pn. Shoba dari Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan dengan Pengenalan Struktur Organisasi KKM.. dan pada pukul 3.30 petang taklimat diambil alih oleh Pn. Jam dari syarikat korporat.. beliau menerangkan berkenaan tentang Budaya Korporat.. banyak juga perkara2 yang bermanafaat yg kami belajar... terutamanya berkenaan tentang cara percakapan yang betul sewaktu behadapan dengan pelanggan...
taklimat diberhentikan pada pukul 4.30 petang untuk minum petang dan seterusnya kami dibenarkan masuk semua ke bilik penginapan untuk berehat sebentar sementara menunggu aktiviti riadah pada waktu petang...
haaa... ni yang best nak cerita ni... riadah petang dimulakan pada pukul 5.45 petang... asalnya nak dimulakan pada pukul 5.00 petang.. tapi waktu tidak berapa sesuai memandangkan cuaca ditepi pantai terlalu panas... so, dilambatkan sedikitlah... aktiviti petang x lah banyak sangat... tapi agak menarik untuk diceritakan... kalau tak pernah tetiba je menegur orang yang kita x kenal.. mesti kita rasa tersekat2 untuk bercakap... kelakar bila diingatkan...tapi itulah aktiviti riadah kami pada petang tu.. kami perlu cari seorang pelanggan yang ada ditepi pantai tu, dan memberi mereka sebiji belon.. kemudian minta mereka memberi comment berkenaan tentang cara kami menegur dan bercakap dengan mereka... seterusnya bergambar bersama mereka...
kalau kita x biasa.. tentu kita segan-segan kan..? tapi yang saya rasa peliknya.. tak ada satu pun peserta yang tidak dapat pelanggan.. dalam masa 10 minit.. semua dah dapat pelanggan masing-masing... termasuklah saya... memang buat muka x malu je bila dalam
keadaan macam tu.. tapi bertempatlah... tu tgklah gambar kat sebelah tu.. ni bukan saya.. tapi kawan saya... saya nye gambar x sempat nak copy dari kamera jabatan... memang rasa agak kelakar ketik
a tu... sampai kan urusetia tu kata kami ni memang layaklah diberi jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan ni... tapi banyak bezanya dengan suasanalah.. kami semua bekerja di Hospital.. yang mana semua pelanggan kami adalah dikalangan pesakit2 dan ahli keluarga pesakit.. bukan nak kata apelah.. orang sakit ni kadang2 x banyak halnya.. tapi yang banyak hal adalah ahli keluarga... sejak saya bekerja di dalam bidang hospital ni.. banyak yang saya dapat tengok.. terutamanya tanggungjawab sebagai anak.... budibahasa... tapi yang menjadikan saya tertanya2 ni kadang.. orang bangsa asing macam india atau cina nilah yang lebih tinggi budi bahasa mereka.. orang melayu kita sendiri tahu nak marah je... tak reti nak bersabar...
ni pengalaman saya sendiri... adalah satu haritu.. saya sedang uruskan pendaftaran untuk klinik pakar orthopedik(sakit tulang)... sampailah kegiliran sorang budak ni... muda lagi.. umur dalam lingkungan 20an... kalau ikutkan itu kali ke2 dia datang kat klinik pakar tu... bila saya panggil namanya.. dia datang.. dia bukanlah kakitangan kerajaan... than, saya cakaplah baik2.. yang dia perlu bayar yuran pendaftaran sebanyak RM5.00.. dia tanya saya kembali.. bukan RM1.00 ke? hari tu tak cakap pun kena buat bayaran...Saya tersenyum dan berkata.. kalau RM1.00.. itu pendaftaran di klinik kesihatan.. tapi disini klinik pakar.. memang semua yuran bagi warganegara adalah RM5.00.. dan kalau kes baru encik bawa surat temujanji kali pertama memang tidak dikenakan bayaran... tapi ni dah kali ke-2... kalau ikutkan.. setiap kali kes baru kami terima kami akan jelaskan bahawa untuk kali pertama percuma.. tetapi kali kedua akan dikenakan bayaran RM5.. untuk kali kedua dan seterusnya.. yg dikecualikan adalah kakitangan kerajaan, pesara, oku, jkm, murid sekolah...dia cuma menghulurkan pada saya RM4.00 sahaja... sambil membebel.. "haritu x cakap pun suruh bayar.."saya diamkan diri sahaja.. malas nak bertekak dengan dia.. than, saya cakap lagi sekali... duit ni x cukup RM5... tetiba dia mengubah nada suaranya...dan berkata...." kau percayakan den x? den nak balik umah den jauh.. boleh den hutang tak?" saya pun tersenyum dan berkata dengan baik... maaf encik... x boleh.. kalau x cukup.. cubalah mintak dengan sape2.. saya asingkan dulu kad dan nombor encik.. nanti bila dah cukup duit nanti, saya serahkan kad ni... ni prosedur kita.. saya cuma mengikut prosidur... than, dia carutkan saya... waktu tu... saya yang mula2.. ada sedikit belas kasihan.. terus hilang semua tu... kalaulah dia cakap baik2.. saya boleh lepaskan dia.. walaupun duit dia x cukup.... tapi yg menjadi masalahnya.. budi bahasa... cara dia bercakap.. kita berusaha bercakap baik2.. tapi dia nak tunjuk baran dia.... mintak maaflah dengan orang macam ni... memang geram waktu tu.. saya sabar jelah.. nak buat macam mane... kalau cakap lebih2 nanti.. akan jadi pertengkaran pulak.. kadang2 malas nak layan orang mcm ni...
ok.. berbalik semula cerita tentang kursus yang saya ikuti... pada sebelah malam pula taklimat disambung kembali oleh Pn.Jam, dari syarikat korporat.. taklimat pada malam itu bertajuk.. Perkhidmatan Cemerlang semasa genting... macam2 cara yg kami pelajar untuk menghadapi saat2 genting dan kritikal bersama pelanggan... setakat ni.. saya x pernahlah jumpa atau berhadapan dengan pelanggan yang mengamuk x tentu pasal... alhamdulillah.. setakat ni semua masih terkawal... selagi masih boleh saya berbicang dengan cara baik... saya buat.. kami ni x lah teruk sangat.. kalau agak2 x mampu nak buat bayaran, boleh buat rayuan.. kami lepaskan... tapi kadang2.. manusia ni, x reti nak cakap baik2... kita cakap baik2 karang.. dia nak tunjuk ego dia.. x faham betul... hmm... class malam tu tamat pada pukul 11.00 malam... kami dibenarkan untuk pulang kebilik masing2...
wahhhh... lega sungguh bila dengar... masuk bilik bolehlah berehat... se
bab keesokkannya kami perlu bangun awal untuk mengikuti agenda seterusnya.. dan kami diminta untuk berkumpul di bawah pada pukul 7.00 pagi untuk minum pagi dan akan bertolak pada pukul 8.00 pagi ke Hospital Serdang...
haaaaa...!!! sebut pasal Hospital Serdang ni, ni yang nak cerita ni... wahhh...!! terkejut dan teruja sungguh bila kali pertama saya menjejakkan kaki di Hospital Serdang ni... kami disambut dengan baik dan mesranya oleh kakitangan bahagian pengurusan... kami dibawa ke bilik pengurusan dan diberi taklimat berkenaan Pegawai Khidmat Pelanggan di tempat mereka seterusnya dibawa melawat bilik-bilik pesakit dan bilik yang rata2 mereka yang bekerja sebagai operator mengelarkan bilik yang mana mereka ditempat kan sebagai "bilik kebal"... hahahahah..
bercakap tentang bilik.. kami dibawa melihat bilik untuk pesakit VVIP.. contohnya.. orang 2 ternamalah..
wahhh.. memang serba canggih biliknya... cukup selesa... sampai pihak pengurusan hospital ada cerita pernah seorang pesakit yang masuk wad.. kemudian dibenarkan pulang setelah sihat.. tapi pesakit tu x nak pulang... disebabkan keselesaan yang mereka perolehi di hospital tersebut... memanglah.. hospital serdang ni baru sahaja dibuka.. segala kemudahan dah moden... memang selesa.. dibawah ni saya letak beberapa keping gambar bilik yg dapat saya ambil...
selesai makan tengahari di Hospital Serdang, kami bertolak pula ke Prince Courts Medical Center.. dimana ianya adalah sebuah hospital swasta dan antarabangsa... rata2 pelanggannya adalah dari staff Petronas dan pelancong2 asing... yang ni lagi teruja saya... memang konsep dan suasananya seperti hotel 5 star... kagum sungguh saya lihat kecanggihan yang terdapat disana... ruang menunggu disediakan sangat selesa.. sofa dari buatan kulit... memang mewah.. suasana yang cantik dan bersih... kami dibawa melihat bilik2 rawatan dan wad2 vvip... memang sagat selesa ... kalau sakit bila masuk disitu memang akan cepat sehatlah.. itulah yang dapat saya gambarkan... dibawah ni ada beberapa keping gambar yang saya ambil...
No comments:
Post a Comment