Ape yang berlaku sejak dua tiga hari ni betul-betul membuatkan aku berfikir... sebelum kita berbuat baik dengan seseorang tu dan baik dengan dia, kite kena tengok dulu siapakah orangnya tu.. sape yang berada disekeliling orang yang kita nak baik tu...
Sebab..?
Bukan semua orang boleh terima bila kita nak berbaik dengan rakan-rakan dia... Macam mana baikpunlah kita dengan kawannya tu pasti ada je rasa ketidakpuasan hatinya terhadap kita.. Apa yang rakannya tu mahu adalah aku dan dia sentiasa bermusuhan.. itu yang sebenarnya...
Ya, kadang-kadang aku rasa tak perlu nak mengalah dengan semua perkara ni.. tapi, untuk kebaikan brsama, lebih baik begitu.. tak perlu lagi bersikap 'baik sangat' dengannya.. cukup sekadar berurusan dengannya selepas ini atas urusan kerja semata-mata... dan akan bercakap pun hanya atas urusan kerja.. tak perlu lagi meminta-minta...
Aku rasa cukup menyampah bila kebaikan yang aku berikan disalah ertikan sebabnya... Terpulanglah... tak akan ada lagi rasa mesra tu semua walaupun sebagai rakan sekerja.. itu sebenarnya yang diharapkan oleh orang disekelilingnya... cukuplah setakat itu... aku punya pendirian... apapun yang aku dengar selepas ini akan aku anggap sebagai angin lalu yang menyapu telinga.. tidak akan seperti dulu...
No comments:
Post a Comment