Monday, October 02, 2006

.. :berkawan atas kepentingan ::..

hmm... betemu lagi... kali ni saya nak berbicara tentang erti kawan... dalam kehidupan ni memang banyak erti dengan kawan. Ada diantara nya kawan yang betul2 menolong kita dan berkawan dengan kita seikhlas yang mungkin.. ada jugak diantara manusia hari ini memesongkan makna seorang kawan... tapi lebih sakit kalau orang tu berkawan dengan kita atas sebab kepentingan yang ada dalam diri kita... maksud saya... kemudahan atau sesuatu yang dapat dielakkan berlaku sekiranya kita melakukan kesilapan... mungkin payah untuk ditafsirkan.. tapi itulah realitinya yang berlaku dalam kehidupan kita seharian... tanpa kita sedari... orang disekeliling kita banyak mempengaruhi kehidupan kita... kita tak sedar bila kita dijadikan sebagai batu loncatan untuk kepentingan diri dia... entahlah... saya terpanggil untuk berbicara tentang perkara ini... sebab benda ni berlaku didepan mata saya...
terlalu payah rasanya untuk saya membuat seseorang tu sedar akan dirinya dipergunakan... sayangnya.. dia tak menedari apa yang berlaku... bukan apa... bila saya berfikir untuk memberitahunya.. saya memandang dari banyak sudut.. apa yang akan berlaku sekiranya dia dapat tahu dirinya dipergunakan... entahlah...
bagi orang yang melakukan perkara ni pulak... apa agaknya perasaan dia..??? kita ni manusia... lambat laung perkara akan terbongkar... dan apa pulak perasaan orang yang dipermainkan... tentunya sediah memakan hati dan mungkin lepas ni terlalu payah untuk dia mempercayai orang lain... hmm.. kenapalah.. suka sangat bermain dengan api... apakah penghunung cerita ini nanti... saat ini.. saya masih terfikir2 untukmenceritakan perkara yang sebenarnya atau tidak... saya takut orang tu tak dapat menerima kenyataan bila saya menghamburkan segalanya nanti...
mungkin itu adalah nasib dia...

1 comment:

naz said...

Sekiranya kita sayang akan seseorang itu, dan kita rasakan yng kita mengetahui akan sesuatu perkara yang melibatkan dia.. kita akan berada didalam dilemma samaada untuk berterus terang atau menyembunyikan perkara yang sebenarnya kerana bagi kita dia mungkin tidak boleh menerima. Namun pernah tak kita terfikir bahawa dia mungkin boleh menerima kata - kata kita sekiranya di menilai dari sudut kebaikan dan berkemungkinan juga dia mengetahui akan perkara tersebut. Kenapa perlu takut untuk memberitahu? Takut dia tidak mampu menerima @ takut akan kehilangan dia ataupun takut apa yang hendak dicapaikan gagal. Sebenarnya tajuk yang menjadi pilihan awak menarik hati sebenarnya kerana sedar atau tidak didalam perjalanan hidup kita, kita pernah menggunakan seseorang samaada kita sedari atau tidak.. Pernah atau tidak tidak terlintas dihati kecil bahawa kita mempergunakan orang, mahukah kita mengaku... Orang yang dirinya dipergunakan akan mengetahui cuma yang terdetik dihatinya apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hati insan - insan yang mempergunakannya.. mungkin kerana terlalu sayang atau terlalu menghormati.. Jangan sekali - kali mengatakan bahawa adalah nasib dia untuk dipergunakan.. tidak salah sekiranya kita mengubah nasib seseorang individu... Dalam kes awak, berterus teranglah dengan dia, mungkin dia akan jauh menghargai awak sekira relitinya dia tidak menyedari bahawa dirinya dipergunakan.. namun lakukan dengan niat untuk membantu bukannya untuk memusnahkan sesuatu hubungan... Peace