Monday, June 15, 2009

..:: C.i.N.t. A ::..

C.I.N.T.A


Ada orang rela bunuh diri kerana dikhianati cinta,
Ada yang merelakan keperawanan demi cinta,
Ada yang balas dendam demi cinta,
Ada yang dihimpit tekanan kerana cinta ditolak,
Ada yang berani backstreet dan memberontak orang tua demi cinta,
Bahkan ada yang berani membunuh gara-gara cinta dipermainkan,
Ada yang marah ketika kasihnya tidak dibalas seperti diharapkan

Bagaimana kalau kita jajarkan dengan yang satu ini :

Kasih itu sabar,
Kasih itu murah hati,
Ia tidak cemburu,
Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong,
Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri,
Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain,
Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tapi kerana kebenaran,
Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu,
Sabar menanggung segala sesuatu

Ingatlah melepaskan seseorang pergi, bukan akhir dari dunia
Melainkan awal sesuatu kehidupan baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis..
Mereka yang disakiti
Mereka yang telah mencari
Dan mereka yang telah mencuba
Kerena merekalah yang boleh menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka..

Mahu mencari cinta yang murni dan jujur ?

Ia adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya
Ia adalah ketika dia tidak mempedulikan kita, kita masih menunggu dengan setia
Ia adalah ketika dia mula mencintai orang lain, kita masih mampu tersenyum dan selamba berkata :
saya turut berbahagia untukmu..

Apabila cinta tidak berhasil bebaskan diri kita
Biarlah hati kita melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas sekali lagi
Ingatlah kita boleh menemukan cinta dan kehilangannya
Tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya
Orang yang terkuat bukan mereka yang selalu menang
Melainkan mereka yang tetap teguh ketika mereka jatuh

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupanmu
Kamu belajar tentang dirimu sendiri
Dan menyedari
Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada
Hanya penghargaan abadi
Di atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat

Teman yang sejati mengerti ketika kita berkata ;

"aku terlupa"
Menunggu selamanya ketika kita berkata ;

"tunggu sebentar"
Tetap tinggal ketika kita berkata ;

"tinggalkan aku sendiri"
Membuka pintu walaupun kita belum mengetuknya
Dan berkata ;

"engkau boleh masuk"

Mencintai bukanlah sepertimana kita melupakan
Melainkan bagaimana kita memaafkan
Bukanlah bagaimana kita mendengarkan
Melainkan bagaimana kita mengerti
Bukanlah apa yang kita lihat
Melainkan apa yang kita rasa
Bukanlah bagaimana kita melepaskan
Melainkan bagaimana kita bertahan
Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati
Dibandingkan menangis tersedu-sedu
Air mata yang kelihatan dapat dihapuskan
Sementara air mata yang tersembunyi,
Mengoreskan luka yang tidak pernah hilang

Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang
Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang
Hanya kerana kita berbahagia
Dapat mencintai seseorang
Lebih dari kita mencintai diri sendiri
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,
Melainkan kerana kita menyedari
Bahawa orang itu akan lebih bahagia, apabila kita melepaskannya

Apabila kita benar-benar mencintai seseorang,
Jangan lepaskan dia
Jangan percaya bahawa melepaskan,
selalu bererti kita benar-benar mencintainya
Melainkan berjuanglah demi cinta itu

Itulah cinta yang sejati

Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang yang tersedia
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada memaksa dengan yang ada disekeliling kita
Lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang,
Hanya dengan seseorang yang belum tentunya JODOH kita
Kadangkala orang yang paling kita cintai
Adalah orang yang paling menyakiti hati kita
Dan kadangkala, teman yang membawa kita kedalam pelukannya
Adalah hanya kerana oleh nafsunya sahaja, bukannya cinta!!!

Ambilah peluang seketika, berfikir untuk tentukan pilihan kita
Jangan hanya taksub kepada cinta, nanti hidup kita merana
Kehidupan ini pendek, gunakanlah sebaik-baiknya
Supaya kita tidak menyesal keakhir hayat
Cinta itu memang buta tapi janganlah kita buta bercinta...
Hidup mesti diteruskan...!!

1 comment:

Unknown said...

XSEMUA KEHIDUPAN SEMPURNA ..