Monday, April 21, 2008

..: mY BeSt FrIeNd wEdDiNg ::..

assalamuaikum.. hmm.. kalau dilihat gambar bawah ni.. senang hati saya.. saya turut merasa bahagia.. melihat sahabat baik saya meraikan hari bahagianya bersama insan tersayang.. dia bukan sahaja seorang sahabat pada saya.. malah saya sudah menganggap dia seperti saudara saya... bila dikenang kembali, 2 tahun yang lepas.. terlalu banyak air matanya tumpah gara-gara seorang lelaki.. subahanallah.. tak dapat saya bayangkan saat-saat dia menempuh kesedihan dan kekecewaan yang melanda diri nya... masih terniang-niang ditelinga saya bagaimana raungan hati dan perasaannya setelah mengetahui lelaki yang baru ditunanginya tak sampaipun satu minggu, ditangkap di disco dan disahkan 80% positif dadah.. nak lagi bekas tunang nya itu adalah seorang anggota polis...
entahlah.. nasib dan takdir masing-masaing yang telah ditentukan oleh Allah... alhamdulillah... sahabat saya ini jugak adalah seorang yang tabah.. bayangkan.. bertapa sayangnya dia pada bekas tunangnya itu.. dia tidak pernah percaya akan setiap cerita yang orang lain sampaikan pada dia.. tapi segala kepercayaan yang dberikan selama ini hancur berkecai... akhirnya setelah dia sendiri melihat dengan matanya, barulah dia percaya... saya masih ingat.. waktu saya bersama dengannya dalam saat-saat dia kecewa, memang sedih.. saya pun turut sama-sama menitiskan air mata melihat kesedihan yang ditanggungnya...
ttapi kini... alhamdulillah.. saya sendiri melihat kebahagiaan yang baru diperolehi.. disaat dia meraikan hari bahagianya.. saya juga turut berada disampingnya... sekarang.. dia berjawatan sebagai inspaktor polis.. segala kedukaan yang bertamu dalam dirinya kini telah berubah kepada saat yang bahagia.. dan tidak lama lagi dia akan menimang cahaya mata pula... doa saya untuknya, semoga dia akan kekal bersama insan yang disayanginya dan bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin...

No comments: