Monday, June 16, 2008

..:: Fahamilah hati seorang wanita ::..

assalamualaikum...
hmm.. kali ni, saya nak bercerita tentang seorang yang dinamakan wanita.. hmm.. sepanjang saya mengenali dia, saya dapati dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan, ada pendirian sendiri, murah hati... dan macam-macam lagi...
kita kat dunia ni tak ada manusia yang sempurna.. macam tu jugaklah wanita yang saya kenali ini... tapi.. cukup dengan saya katakan, hatinya tulus... bukan kerana saya bekerja dibawahnya.. menjadi orang kanan nya.. mengetahui semua kehendak dirinya bila dia dipejabat.. memang kadang-kala ada juga kesilapan yang dilakukan... itulah namanya manusia...
baru-baru ni, saya terkejut bila dengar dia menitiskan air mata... walaupun pada zahirnya dia kuat... tapi hatinya sunyi... sunyi dari kasih sayang yang bernama lelaki.. yang bernama suami...
setiap wanita didunia ini ingin disayangi... berkahwin... mempunyai keluarga sendiri... biarpun berkahwin dalam usia yang agak senja.. namun perkahwinan itu bukan hanya untuk mendapatkan zuriat.. tetapi lebih kepada kasih sayang dan belaian...
subahanallah.....
tak terkata banyaknya rasa simpai saya pada dirinya... mungkin inilah waktu-waktu yang dihitungnya untuk menerima kehadiran seorang teman hidup... walaupun dalam usia yang sudah lanjut... namun.... keinginan dihalang.. ditentang... akhirnya pergolakan berlaku didalam keluarga sendiri....
menitis sudah airmata wanita walaupun hatinya selama ini begitu kuat menahan segala dugaan...
entahlah... sebab itu, kadang-kadang kita perlu mendengar luahan dan keluhan hati insan seperti ini... dengar segala sebabnya mengapa insan itu menjadi pilihan hatinya...
dalam dunia ini tak ada manusia yang suka ditipu... tak ada manusia yang suka dikecewakan...
semua manusia berhak memperolehi kasih sayang...
hmm... moga-moga insan disekeliling nya cubalah memahami hati seorang wanita ini...
selamilah hatinya... dengarilah rintahan kesunyian nya... dia pun berhak memperolehi bahagia.. seorang suami... biarpun ikatan itu nanti tidak diserikan dengan zuriat...

No comments: