Friday, November 07, 2008

..:: aPa MaKnA kaWaN sEbENaRnYa ::..


Assalamualaikum…

Mungkin pelik bunyinya tajuk saya kali ini.. sebelum tu, hayati lirik lagu hijjaz ini….

~ DUNIA YANG SEPI ~

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan dizaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya..

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan di canang melata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi duni ini.
Walaupun hidup ditengah laman
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah dijalanan

Memang betul apa yang dikatakan didalam lirik lagu hijjaz ini.. bila saya kenang kembali apa yang berlaku 2 hari lepas, hati saya betul-betul sedih… sedih mengenangkan apa yang telah menimpa nasib saya… selama ini, saya berkawan dan menerima sesiapa sahaja dengan hati yang tulus dan terbuka.. .. biarpun kelemahan itu jelas dimata saya.. namun, saya tetap menerima dengan hati yang ikhlas tanpa mendengar dan mengambil kira kata-kata orang…

Semuanya bermula apabila saya mula bosan dengan sikapnya yang suka mencari silap orang.. sedangkan kesilapan itu sendiri datang dari dirinya… satu hari, saya Cuma ingin menduga.. apa akan jadi seandainya kali ini saya tidak menolong dia dalam menjalankan tugasnya..? selama ini, bila dia sakit, ada hal keluarga atau anaknya tidak sihat, sayalah yang akan membuat kerja-kerjanya yang tertanguh… dia yang ku panggil kakak dan menghormati dirinya seperti kakak sendiri… bekerja didalam offis yang sama tempat saya bekerja… bezanya tugas kami.. saya menjalankan tugas sebagai Admin… manakala dia sebagai Sales & Marketing.. bagi kami didalam ofis tersebut, semua boleh melakukan sales… saya diantaranya yang sering melakukan kerja-kerja tersebut.. bila dia tak ada, saya yang akan cover kerja dia..

Satu hari, waktu selepas makan tengahhari.. saya duduk dimeja saya sendiri sambil mengadap laptop yang suami saya belikan… datang sorang staff saya yang bekerja di bahagian Front Office, mengatakan kepada saya bahawa ada seseorang datang ingin berjumpa dengan sales… waktu tu, sales saya baru nak keluar makan.. sebenarnya waktu makan yang ditentukan adalah pada pukul 12.00 tgh sehinga 1.00 ptg.. tetapi sales saya tadi baru nak kuar makan pukul 1.00ptg.. itu sudah cukup melanggar undang2 yang telah pihak pengurusan tetapkan… jadi, keinginan saya tadi untuk menduga apa akan jadi seandainya saya tidak menolong dia kali in..?? saya lakukan.. saya beri tahu staff saya yang bekerja di bahagian front office tadi, supaya meminta guest tu tunggu sekejap.. sebab sales saya pergi makan..

Tak sampai 5 minit, sales saya masuk dalam offis dan bising-bising depan saya.. memarahi saya dan bertanya.. “kenapa x attend guest tu sekejap? Susah sangat ke nak buat?” saya diam… itulah pertama kali saya tidak menolong dan mengambil alih tugasnya… dia sudah mengatakan saya macam-macam…. Sedikit pun saya tidak menjawab pertanyaannya itu… tak apalah.. itu dugaan yang saya cuba lakukan… dia terus bermasam muka dengan saya sejak hari itu…

Tak apalah.. tak kurang apa pun pada saya.. esok lusa saya jugak yang akan menolong dia.. saya tahu itu.. namun, 2 hari lepas supervisor saya memanggil saya untuk berjumpa dgn dia.. saya seperti dapat rasa apa yang ingin diperkatakan.. rupa-rupanya, sales saya tadi telah menikam saya dari belakang… macam-macam dia perkatakan tentang diri saya.. saya tidak attend guest tersebut sebab saya leka dengan laptop lah… asyik mengadap laptop saja… main frendster.. macam-macamlah tentang keburukan….

Saya betul-betul terkejut.. sampai begitu sekali kesannya apabila saya tidak menolong dia.. BARU PERTAMAKALI…!! Subahanallah….. bukan pun besar kesilapan saya terhadapnya.. tetapi dia sanggup buat saya macam tu.. lupa terus pertolongan yang saya lakukan selama ini untuk dirinya… selama ini, saya menolongnya dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan… bukannya saya mengadap laptop sehinggakan kerja saya tidak siap….. saya sentiasa memastikan kerja saya akan siap dahulu baru saya akan usik laptop saya…


Sungguh saya tidak sangka… begitu busuknya hati dia… Entahlah.. mungkin itu petunjuk yang Allah ingin berikan kepada saya supaya terus menjauhkan diri darinya. Untuk kebaikan diri saya juga… mungkin selama ini saya terlalu baik untuk menolong.. sehinggakan orang sudah tidak tahu menilai akan sebuah pertolongan…. Terus terang saya katakakna… saya menitiskan air mata bila saya dengar apa yang diperkatakan tentang diri saya.. terlalu sakit untuk diterima dan terlalu pahit untuk ditelan…

Masih ada lagi manusia seperti itu… hati ini, tuhan saja yang tahu… bila saya datang kerja, saya seperti tak ingin lagi menjejakkan kaki di tempat itu.. saya ingin pergi dari situ dan tak ingin kembali.. untuk apa saban hari saya melihat mukanya… berhadapan dengan nya… dia tidak layak dianggap sebagai kawan.. bertapa terlukanya hati saya bila mengenangkan hal itu… semoga lepas ini, saya mendapat rezki ditempat yang lain… semoga Allah murahkan rezki saya… saya akan tetap tingalkan tempat itu secepat yang mungkin… Syukur Ya Allah.. kerana telah menunjukkan saya kebenarannya.. rupa-rupayan selama ini saya menolong orang yang salah dan tidak tahu berterima kasih… Semoga saya lebih tabah selepas ini… Amin…

Saturday, November 01, 2008

..:: alhamdulillah.. syukur ::.


assalamualaikum...

alhamdulillah syukur.. setelah sekian lama kami menungu detik-detik hari bahagia kami.. akhirnya tiba jua... 10 oktober 2008 (Jumaat) bersamaan 10 syawal - 1429 zilkaedah kami telah selamat diijabkabulkan bertempat di Masjid Karyah Taman Paroi Seremban, Negeri Sembilan...

"Asnur Hisyam Bin Asura, aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Lailatul Akmal Binti Mohamad Saleh dengan maskawinnya RM 200.00 tunai....."

"Saya terima nikahnya Lailatul Akmal Binti Mohamad Saleh dengan mas kawin RM 200.00 tuni...."


Ayahanda tercinta telah menikahkan sendiri puteri bongsunya dengan mas kawin RM 200.00 tunai dan diiringi 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan dibalas 9 dulang dari pihak pengantin perempuan... setelah upacara pernikahan selesai, pengantin lelaki membacakan doa bagi memberkati majlis.. Syukur ke hadrat ilahi kerana semuanya berjalan lancar...

Majlis seterusnya, adalah majlis persandingan kedua mempelai di teratak keluarga pengantin perempuan yang berlangsung pada keesokan harinya 11 Oktober 2008 - Sabtu. Tema pilhan kedua mempelai untuk majlis persandingan di teratak keluarga pengantin perempuan adalah tema Cream Gold dan tema pilihan kedua mempelai untuk persandingan di teratak keluarga pengantin lelaki pada 12 Oktober 2008 adalah cream + hijau.. Harapan kami berdua, semoga kehidupan kami diiringi kebahagiaan yang berterusan sehingga ke akhir hayat.. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat handai.. saudara-mara... adik beradik dan semua yang sudi datang kemajlis kami... terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung... terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang sudi memberi hadiah kepada kami.. alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi... semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke akhir ayat.... insyaallah.... amin....