Friday, December 21, 2012

..:: PeRinGaTaN uNtUk DiRi AkU ::..

Assalamualaikum....

Ape yang berlaku sejak dua tiga hari ni betul-betul membuatkan aku berfikir... sebelum kita berbuat baik dengan seseorang tu dan baik dengan dia, kite kena tengok dulu siapakah orangnya tu.. sape yang berada disekeliling orang yang kita nak baik tu...
 
Sebab..?
 
Bukan semua orang boleh terima bila kita nak berbaik dengan rakan-rakan dia... Macam mana baikpunlah kita dengan kawannya tu pasti ada je rasa ketidakpuasan hatinya terhadap kita.. Apa yang rakannya tu mahu adalah aku dan dia sentiasa bermusuhan.. itu yang sebenarnya... 
 
Ya, kadang-kadang aku rasa tak perlu nak mengalah dengan semua perkara ni.. tapi, untuk kebaikan brsama, lebih baik begitu.. tak perlu lagi bersikap 'baik sangat' dengannya.. cukup sekadar berurusan dengannya selepas ini atas urusan kerja semata-mata... dan akan bercakap pun hanya atas urusan kerja.. tak perlu lagi meminta-minta...
 
Aku rasa cukup menyampah bila kebaikan yang aku berikan disalah ertikan sebabnya... Terpulanglah... tak akan ada lagi rasa mesra tu semua walaupun sebagai rakan sekerja.. itu sebenarnya yang diharapkan oleh orang disekelilingnya... cukuplah setakat itu... aku punya pendirian... apapun yang aku dengar selepas ini akan aku anggap sebagai angin lalu yang menyapu telinga.. tidak akan seperti dulu...

Wednesday, December 19, 2012

..:: hAmPiR pEnGhUjUnG DiSemMbEr ::..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,.. syukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih diberi ruang untuk bernafas dia atas muka buminya kini dan meneruskan hidup seperti biasa... tika ini dan hari ini 19hb Disember, 2012 gnaplah usia bondaku yang tercinta 65 tahun.. Selamat hari lagir Mak.. semoga Allah panjangkan usia Mak supaya Adik masih boleh merasai sentuhan kasih sayang Mak dan semoga Allah kurniakan kesiahatan yang baik buat Mak.. Amin...

Diam tak diam kita hampir meninggalkan tahun 2012 dan bakal melangkah ke 2013... banyak sangat cerita gembira, sedih dan duka sepanjang tahun 2012 ni... betul tak..? Jadi ape azam tahun depan..?? kalau azam tahun 2012 masih tak kesampaian, maka azam tersebut wajib dibawa ke tahun 2013 nanti...

Bagi saya, azam tahun 2012 telah berjaya.. Hehehehe.. ape ye? Hehehehe.. Azam saya tahun 2012 sebenarnya adalah untuk mengandung cahaya mata yang kedua... Alhamdulillah... tercapai azam saya tahun 2012 ni... Tahun depan, akan beraya berempat namaknya... hehehehe....

Saya dan suami tercinta juga telah mempunyai kewangan yang kukuh dan cukup untuk kami sekeluarga...  alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana mengurniakan kami rezki yang baik...

Jadi, azam saya untuk tahun depan... saya berharap dapat menjadi seorang ibu yang lebih penyayang, seorang isteri yang lebih penyabar dan dapat mengubah sikap-sikap yang tidak baik kepada lebih baik.. Amin.. Semoga azam tu tercapai...