Friday, March 29, 2013

..:: MeNgApA RaSa HoRmAt itU sUdAh TiAdA ::..

Assalamualaikum....
 
Kadang- kala terfikir ke tidak mengapa semua perkara yang terjadi itu terjadi..?? Tidak bukan..? sebab kita tak pernah nak cuba memuhasabah diri kita yang kecil ni.. sebab terlalu tinggi ego kita sebagai manusia biasa disisi Allah.. syukur alhamdulillah.. aku tidak tergolong dalam kumpulan seperti itu..
 
Persoalan yang selalu ada didalam fikiran aku semenjak dua tiga menjak ini.. mengapa aku rasa hilang hormat pada dia..? mengapa dia jadi seperti itu..? sebab apa..? kalau boleh, apa yang berlaku sebelum ini bukanlah itu yang aku inginkan.. bila berada ditempat kerja, tentu sekali kita menginginkan suasana tempat kerja yang aman dan tenteram.. gembira.. bukannya sering bertelagah dan bermasam muka.. ada perasaan dengki dan iri hati.. sentiasa mencari salah orang lain.. sedangkan salah diri sendiri tidak prnah terpandang oleh kita sendiri.. seumpama mendabik dada dialah seorang yang terlalu sempurna dan terlalu bagus dalam semua perkara.. tahu tentang semua perkara... subahanallah... jauhilah aku dari manusia seperti itu... namun, aku akui dia sentiasa ada disekeliling ku.. entah sampai bila...
 
Kerana dia, seorang insan itu hilang pekerjaan... tidak lagi dihormati.. mengapa..? kerana insan itu terlalu takut untuk melawan.. terlalu takut dengan hasutan dan terlalu mudah hanyut dengan hasutan demi hasutan yang diberikan... itulah punca sebenarnya..
 
Aku, maafkan semua kesalahan yang dia telah lakukan pada ku.. namun untuk percaya kali yang keduanya, tidak akan mungkin berlaku.. menunggu hari-hari terakhir untuk bersua muka dengannya.. semoga dia akan lebih berhati-hati selepas ini.. amin..

Monday, March 25, 2013

..:: SeLaGi KiTa BeRnAmA MaNuSiA ::..

Assalamualaikum...
 
Sudah pun masuk minggu terakhir bulan Mac 2013.. Sekejap sungguh rasanya... Aku juga sedang membilang hari menanti saat-saat kelahiran cahaya mataku yang kedua... Insyaallah, 24 April 2013 tiba masanya... Semogga semuanya berjalan dengan lancar nanti..
 
Dalam bulan Mac terlalu banyak perkara yang berlaku saban hari bila di pejabat... Maklumlah.. selagi kita bekerja dan berurusan dengan manusia.. begitulah adatnya.. Bila kita menjalankan tugas kita, orang akan kata kita sengaja ingin dengki padanya.. Itulah lumrah sifat manusia.. Tapi kalau manusia ni jenis yang matang bdan berfikiran terbuka, semuanya tak akan jadi masalah... Yang penting, akui sahaja salah yang dilakukan.. Setiap manusia melakukan kesalahan.. Itu lumrah dalam kehidupan..
 
Tapi, bila orang persoalkan, tak mahu mengakui.. sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada orang lain.. menuding jari pada orang lain.. memberi macam-macam alasan... sedarlah satu jari yang kita tuding pada orang lain tu, ada 4 jari lagi menuding pada kita.. diberi peluang untuk berubah.. tapi tak pernah merebut peluang yang diberi.. sebaliknya terus mencari silap orang lain pula... berniat dalam hati untuk menjatuhkan orang lain pula.. menyiman dendam didalam hati.. subahanallah... Ya allah, ajuhi aku dari insan seperti ini.. lindungi diri ku dan keluarga ku... berilah insan itu petunjuk ke jalan yang benar dan diredhai.. amin...
 
Semoga perkara itu tidak berterusan dan memburukkan lagi keadaan...