Kadang- kala terfikir ke tidak mengapa semua perkara yang terjadi itu terjadi..?? Tidak bukan..? sebab kita tak pernah nak cuba memuhasabah diri kita yang kecil ni.. sebab terlalu tinggi ego kita sebagai manusia biasa disisi Allah.. syukur alhamdulillah.. aku tidak tergolong dalam kumpulan seperti itu..
Persoalan yang selalu ada didalam fikiran aku semenjak dua tiga menjak ini.. mengapa aku rasa hilang hormat pada dia..? mengapa dia jadi seperti itu..? sebab apa..? kalau boleh, apa yang berlaku sebelum ini bukanlah itu yang aku inginkan.. bila berada ditempat kerja, tentu sekali kita menginginkan suasana tempat kerja yang aman dan tenteram.. gembira.. bukannya sering bertelagah dan bermasam muka.. ada perasaan dengki dan iri hati.. sentiasa mencari salah orang lain.. sedangkan salah diri sendiri tidak prnah terpandang oleh kita sendiri.. seumpama mendabik dada dialah seorang yang terlalu sempurna dan terlalu bagus dalam semua perkara.. tahu tentang semua perkara... subahanallah... jauhilah aku dari manusia seperti itu... namun, aku akui dia sentiasa ada disekeliling ku.. entah sampai bila...
Kerana dia, seorang insan itu hilang pekerjaan... tidak lagi dihormati.. mengapa..? kerana insan itu terlalu takut untuk melawan.. terlalu takut dengan hasutan dan terlalu mudah hanyut dengan hasutan demi hasutan yang diberikan... itulah punca sebenarnya..
Aku, maafkan semua kesalahan yang dia telah lakukan pada ku.. namun untuk percaya kali yang keduanya, tidak akan mungkin berlaku.. menunggu hari-hari terakhir untuk bersua muka dengannya.. semoga dia akan lebih berhati-hati selepas ini.. amin..
No comments:
Post a Comment