Tuesday, June 16, 2009

..:: Perpisahan yang sudah dijangka ::..

Assalamualaikum...
sampai bertemu lagi hari ini... sebenarnya 2-3 hari lepas saya mendengar khabar yang kurang baik dan menyedihkan.. tentang orang yang saya kenal hati-budinya dan sikapnya.. teramat sedih bila dirinya yang selama ini setia, diperlakukan sebegitu rupa... kata pepatah.. "habis manis, sepah dibuang..." bila susah, dicari tapi bila senang segala kebaikan dan pengorbanan selama ini yang dilakukan demi sidia, dilupakan dan dicampak ketepi begitu saja....
dimana letaknya kata-kata sayang dan rindu yang sebelum ini dituturkan setiap masa..?? entahlah... kenapa insan yang bernama lelaki ini begitu mudah melupakan kesetiaan seorang wanita yang selama ini jujur dan sayang pada dirinya..?? sesungguhnya apa yang terjadi ini adalah tidak adil sama sekali.... seorang wanita yang selama ini banyak berkorban demi dia.. mengikut segala kehendak dirinya dan sentiasa berada disisinya apabila dia memerlukan.. tetapi apabila semuanya dah tak indah, semuanya dilupakan begitu sahaja... terlalu mudah...
entahlah.. tuhan sahaja yang tahu.. moga-moga insan yang bernama wanita itu dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi untuk melalui kehidupannya selepas ini... semoga dia akan temui kebahagiaan yang lebih selepas ini... semoga tiada lagi erti kesedihan didalam kehidupannya selepas ini... semoga yang terbaik datang untuk dirinya... bagi saya yang mengenali dirinya.. dia terlalu baik untuk disakiti dan dilukai.. terlalu baik... cuma insan itu saja yang tidak tahu bagaimana untuk menilai dirinya.. yelah.. orang bila dah tak suka.. segala kebaikan yang selama ini dicurahkan dipandang buruk dan ada saja yang tidak kenanya... ada saja kekurangannya... tuhan itu maha adil...
saya pernah terbaca satu petikan kata-kata..
" persahabatan datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan... kepada mereka yang masih ingin bersahabat,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya... dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan...
mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bersahabat dengan orang yang salah..
sebelum bertemu dengan orang yang tepat...
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu...
hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-NYA....."

No comments: