Saturday, December 17, 2011

..:: sAtU KiSaH mEnYeNtUh eMoSi kU ::..

assalamualaikum....

suka saya nak kongsi satu cerita yang saya dengar dari suami saya pada petang semalam.... suami saya bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah, sebagai Penolong Pegawai... petang semalam, katanya dia didatangi seorang lelaki bersama dua anaknya.. seorang berumur 5 tahun..(perempuan), yang seorang lagi beruur 7 tahun (lelaki)...

bapanya tadi datang untuk meminta bantuan tempat tinggal.. sebab.. katanya dia dihalau oleh saudaranya.. kerana dia hanya duduk menumpang sahaja disitu... sebab dia dihalau adalah kerana dia baru sahaja keluar dari penjara atas kesalahan menghisap dadah... itu, adalah hukuman untuk dia bau undang-undang.. kita sebagai manusia, angan pula menghukum dia...

seterusnya, suami ku bercerita, lelaki tadi mempunyai 2 orang anak... kedua-duanya masih kecil.. seorang perempuan, dan seorang lagi lelaki... suami ku kata, sungguh comel anaknya yang perempuan itu.. kerana matanya kelihatan bundar.. namun pun begitu, kata ayahnya lagi.. tiada siapa yang berani menyentuh anak-anaknya itu.. memandang anak-anaknya itu seperti selonggok sampah yang sangat jijik.... kenapa...? kerana anak itu dijangkiti HIV positif...

subahanallah.... aku betul-betul terkejut dan berasa sangat sayu... kasihan pada kanak-kanak itu.. dia tidak berdosa... dia tidak bersalah... dia telah dilahirkan begitu... bukan salah dia... kata ayahnya tadi, ibu mereka juga meninggalkan 2 beradik itu kerana menghidap HIV.. ibunya lari bersama anaknya yang sulong kerana hanya anak yang sulong sahaja tidak dijangkiti HIV...

kemana perginya belas kasihan dan kasih sayang seorang yang bergelar IBU...?? Ibu yang mengandungkan... ibu yang melahirkan... sampai masa di biarkan sahaja anak itu begitu sahaja... sungguh-sungguh saya rasa sayu.. bergenang juga air mata ini ketika mendengar cerita itu.... lagi yang meruntun perasaan ku, anak-anaknya masih belum makan.. hanya bersarapan meggi pagi itu... lantas, suami ku menasihati, supaya dia membawa anaknya pergi makan dahulu sebelum pulang... kemudian, meminta kebenaran saudaranya tadi untuk bermalam hannya semalah lagi... supaya keesokkan pagi-pagi barulah dia boleh ke kuala lumpur...

suamiku juga telah memberi dia sdikit bantuan dalam bentuk wang tunai... dan memberi alamat rumah kebajikan untuk penghidap HIV... pesanan terakhir suami ku padanya, supaya dia tidak mensia-siakan anaknya itu...

itulah lumrah manusia di dunia ini... apa yang aku dan suami ku dapat lakukan adalah, hanya berdoa semoha lelaki tadi terus berubah... mendidik anak-anaknya supaya dia akan senang dikemudian hari... amin...

Thursday, December 15, 2011

..aPe pUn, AkU ReDhA ::..

assalamualaikum....

sepanjang hujung minggu lepas dan sehinggalah minggu ini.. semuanya rasakan bagai tak ingin dikenang lagi.... akukah yang bersalah dalam semua perkara yang terjadi..? tiba-tiba dia datang untuk bertanyakan padaku adakah aku mempunyai perasaan tidak puas hati dengan dia?

akhirnya, terucaplah kesemua perasaan yang aku dan dia rasakan selama ini... katanya aku banyak berubah.. berubah kah aku...? akukah yangberubah...? entahlah... dimanakah silap semua ni...? aku tak mengetahuinya.. jujur aku katakan.. aku lelah... terguris dan terluka dengan semua kata-kata yang dilemparkan pada ku... akhirnya... semua kesalahan dilemparkan kepada ku walaupun mulutnya menuturkan bukan hendak menyalahkan semuanya pada ku...

ape yang aku nilai.. semuanya adalah disebabkan terlalu menyimpan perasaan yang tidak puas hati terhadap ku... lama kelamaan, inilah jadinya... bagi ku, yang sudah tu sudahlah.. aku tidak mahu memikirkannya lagi... tetapi dia tidak... dia bukan seperti aku... dan aku juga bukan seperti dirinya...

aku adalah aku... aku kenal diriku siapa dan bagaimana aku membawa diri ku ini... hanya orang-orang tertentu yang betul-betul mengenali diriku sahaja yang memahami siapa aku yang sebenarnya... entahlah... entahlah... itu sahaja yang dapat aku katakan... puas sudah aku mengingat kembali.. dimana silap ku... bila aku berubah..? penat.. tersangat penah menahan perasaan ini...

sehingga ke hari ini, aku masih dipersalahkan.. walaupun bukan aku yang mengutarakan perkara itu, nama ku tetap dibabitkan... aku jugak disalahkan... ya allah... hina sangatkah diri ku..? buruk sangat kah aku...? KAU saja yang mengetahui semuanya tuhanku... aku serahkan semuanya pada-Mu.... kau tunjukanlah kebenaranya.... walau ape pun.. aku redha...

Monday, December 12, 2011

..:: LeBiH bAiK DiA pErGi ::..

assalamualaikum...

this is for december... hampir 2 minggu saya tak dapat nak update blog ni... ape nak buat.. note book terpaksa dipinjamkan kepada my lovely hubby... ksian die.. banyak urusan kerja yang perlu dia sattlekan...

hhmmm.....
akhirnya... dia akan tinggalkan tempat ni.... siapa..? adalah... 2 umat manusia yang berada didalam office aku yang sering membuatkan aku dengan sahabat ku seorang lagi setiasa berkecil hati dan macam -macam perasaan yang kami rasa... ape yang saya ingin katakan, tidak sabar rasanya untuk merasai pemergiannya.... zalim ke saya jika itu yang saya ucapkan..?

sebenarnya... tak dapat nak saya ceritakan perasaan saya ketika ini... terlalu pedih.. sedih dan.... entahlah... ape yang saya tahu, saya tak sabar menunggu hari perpisahan kami... kalau setengah orang, akan sedih dengan pemergian kawan satu pejabat... tetapi bagi aku kali ini.. tidak... perasaan ku tak sama seperti waktu perpisahan dengan seorang kakak yang dulunya dia bekerja disini.... waktu itu aku betul-betul terasa akan pemergiannya.. sedih... tetapi pemergian 2 umat manusia ini seperti aku harapkan.... kenapa...?

mungkin kerana sikap mereka... yang lepas, aku dah lupakan... namun kadang kala perasaan ku sering terusik dengan sikap-sikap mereka yang sering menyisihkan aku dengan seorang lagi sahabat ku... ape salah kami sebenarnya..? jika hendak diikutkan, mereka berdua yang lebih menyisihkan kami berdua.... entahlah.... perasaan ini semakin terasa sewaktu aku didalam perjalanan dari rumah paklong ku...

semalam..... aku dan suami ku membawa ibu dan bapa ku kerumah paklong ku kerana paklong ku membuat kenduri kawin anaknya... dan semalam juga adalah pertandingan congkak yang kami rencanakan untuk tahun ini... aku dilantik untuk menjadi juri serta pemerhati... seperti yang dinajnikan acara pertandingan akan bermula pada pukul 1 petang... sewaktu perjalanan, aku menerima massage dari salah seorang 2 umat manusia itu tadi.... dia meminta aku melewatkan waktu pertandingan dari pukul 1pm ke pukul 3pm... atas alasan, kereta dia ibunya bawa dan pekerja yang bekerja diwaktu pagi masih belum selesai tugasnya...

ape ni...? kenapa pada hari pertandingan baru nak cakap perkara seperti itu..? sedangkan 4 hari sebelum pertandingan aku telah bertanyakan perkara itu kepadanya.... dia sendiri yang berkata.. siapa yang ada dulu.. bertandinglah dulu.... aku berpegang pada kata-katanya... dan aku juga telah menyusun masa aku pada ketika itu.... pantang aku betul orang mengubah plan last minit.... itu yang aku telah belajar sewaktu didalam MPP dulu...

aku un membalas message dia... aku katakan yang pukul 3pm itu terlalu lewat.. aku akan mulakan pertandingan dala pukul 2pm... dua membalas... "oklah kalau mcm tu.. tengoklah sape yang ada nanti..." ape maksudnya berkata macam tu..?

aku membalas lag..." akak tunggu jelah sape2.. tapi kalau ta ada sape-sape, akak baliklah nanti.. kau uruskanlah nanti... akak ada hal petang ni.. mintak maaf sangat2...." aku juga mengatakan, barang pun ada pada nya ketika itu kerana waktu itu aku masih lagi belum sampai ke tampat kerja ku dan aku tidak tahu langsung yang barang-barang tersebut berada dialam almari tempat dia menyimpan barang... sewaktu aku sampai di office, aku pun mencari barang2 tu... setelah aku jumpa, aku pun menyiapkan tempat pertandingan tersebut....

namun... perkara itu bukan habis setakat itu sahaja... dia membalas.." pe masalah akak ni.. sape yang handel congkak buka saya yang handel, dalam meting kata macam mana ari tu? handel lah sampai habis.. pikir akak je ada hal.. saya tak aada hal?"

jujur aku katakan.. sewaktu aku mendapat message tu, kemarahan ku memang meluap-luap...
kalau nak ikut kate dalam metting, dia lebih bersalah didalam perkara ini.. sesuka hati dia nak tukar masa permainan... sesuka hati dia nak cakap aku mcam tu... dia ingat aku ni ape..? dia lebih pentingkan diri sendiri.... bukan aku.. sekurang-kurangnya, aku tetap menjalankan tugas ku.. aku datang untuk selesaikan tugasku... salah ke jika aku menyerahkan pada nya sedangkan itulah rancangan dia sebenarnya.... kalau ikutkan hai, memang aku maki dia depan-depan... dah lak tak reti berterim kasih.. ini cakap aku seperti itu...

lepas ni.... apepun nak berlaku kat kau, kau uruskan lah sendiri.... kau lupe.. selama ni kalau kau susah, siapa yang lebih membantu... aku dah cukup jelas menjalankan tugas aku sepenuhnya... bukan macam kau.. yang lebih melepaskan tangan apabila masalah timbul... tuhan tu maha adil dan maha mengetahui niat dihati masing-masing... lebih baik dia pergi... itu lebih baik...