assalamualaikum....
suka saya nak kongsi satu cerita yang saya dengar dari suami saya pada petang semalam.... suami saya bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah, sebagai Penolong Pegawai... petang semalam, katanya dia didatangi seorang lelaki bersama dua anaknya.. seorang berumur 5 tahun..(perempuan), yang seorang lagi beruur 7 tahun (lelaki)...
bapanya tadi datang untuk meminta bantuan tempat tinggal.. sebab.. katanya dia dihalau oleh saudaranya.. kerana dia hanya duduk menumpang sahaja disitu... sebab dia dihalau adalah kerana dia baru sahaja keluar dari penjara atas kesalahan menghisap dadah... itu, adalah hukuman untuk dia bau undang-undang.. kita sebagai manusia, angan pula menghukum dia...
seterusnya, suami ku bercerita, lelaki tadi mempunyai 2 orang anak... kedua-duanya masih kecil.. seorang perempuan, dan seorang lagi lelaki... suami ku kata, sungguh comel anaknya yang perempuan itu.. kerana matanya kelihatan bundar.. namun pun begitu, kata ayahnya lagi.. tiada siapa yang berani menyentuh anak-anaknya itu.. memandang anak-anaknya itu seperti selonggok sampah yang sangat jijik.... kenapa...? kerana anak itu dijangkiti HIV positif...
subahanallah.... aku betul-betul terkejut dan berasa sangat sayu... kasihan pada kanak-kanak itu.. dia tidak berdosa... dia tidak bersalah... dia telah dilahirkan begitu... bukan salah dia... kata ayahnya tadi, ibu mereka juga meninggalkan 2 beradik itu kerana menghidap HIV.. ibunya lari bersama anaknya yang sulong kerana hanya anak yang sulong sahaja tidak dijangkiti HIV...
kemana perginya belas kasihan dan kasih sayang seorang yang bergelar IBU...?? Ibu yang mengandungkan... ibu yang melahirkan... sampai masa di biarkan sahaja anak itu begitu sahaja... sungguh-sungguh saya rasa sayu.. bergenang juga air mata ini ketika mendengar cerita itu.... lagi yang meruntun perasaan ku, anak-anaknya masih belum makan.. hanya bersarapan meggi pagi itu... lantas, suami ku menasihati, supaya dia membawa anaknya pergi makan dahulu sebelum pulang... kemudian, meminta kebenaran saudaranya tadi untuk bermalam hannya semalah lagi... supaya keesokkan pagi-pagi barulah dia boleh ke kuala lumpur...
suamiku juga telah memberi dia sdikit bantuan dalam bentuk wang tunai... dan memberi alamat rumah kebajikan untuk penghidap HIV... pesanan terakhir suami ku padanya, supaya dia tidak mensia-siakan anaknya itu...
itulah lumrah manusia di dunia ini... apa yang aku dan suami ku dapat lakukan adalah, hanya berdoa semoha lelaki tadi terus berubah... mendidik anak-anaknya supaya dia akan senang dikemudian hari... amin...
No comments:
Post a Comment