Friday, December 21, 2012

..:: PeRinGaTaN uNtUk DiRi AkU ::..

Assalamualaikum....

Ape yang berlaku sejak dua tiga hari ni betul-betul membuatkan aku berfikir... sebelum kita berbuat baik dengan seseorang tu dan baik dengan dia, kite kena tengok dulu siapakah orangnya tu.. sape yang berada disekeliling orang yang kita nak baik tu...
 
Sebab..?
 
Bukan semua orang boleh terima bila kita nak berbaik dengan rakan-rakan dia... Macam mana baikpunlah kita dengan kawannya tu pasti ada je rasa ketidakpuasan hatinya terhadap kita.. Apa yang rakannya tu mahu adalah aku dan dia sentiasa bermusuhan.. itu yang sebenarnya... 
 
Ya, kadang-kadang aku rasa tak perlu nak mengalah dengan semua perkara ni.. tapi, untuk kebaikan brsama, lebih baik begitu.. tak perlu lagi bersikap 'baik sangat' dengannya.. cukup sekadar berurusan dengannya selepas ini atas urusan kerja semata-mata... dan akan bercakap pun hanya atas urusan kerja.. tak perlu lagi meminta-minta...
 
Aku rasa cukup menyampah bila kebaikan yang aku berikan disalah ertikan sebabnya... Terpulanglah... tak akan ada lagi rasa mesra tu semua walaupun sebagai rakan sekerja.. itu sebenarnya yang diharapkan oleh orang disekelilingnya... cukuplah setakat itu... aku punya pendirian... apapun yang aku dengar selepas ini akan aku anggap sebagai angin lalu yang menyapu telinga.. tidak akan seperti dulu...

Wednesday, December 19, 2012

..:: hAmPiR pEnGhUjUnG DiSemMbEr ::..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah,.. syukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih diberi ruang untuk bernafas dia atas muka buminya kini dan meneruskan hidup seperti biasa... tika ini dan hari ini 19hb Disember, 2012 gnaplah usia bondaku yang tercinta 65 tahun.. Selamat hari lagir Mak.. semoga Allah panjangkan usia Mak supaya Adik masih boleh merasai sentuhan kasih sayang Mak dan semoga Allah kurniakan kesiahatan yang baik buat Mak.. Amin...

Diam tak diam kita hampir meninggalkan tahun 2012 dan bakal melangkah ke 2013... banyak sangat cerita gembira, sedih dan duka sepanjang tahun 2012 ni... betul tak..? Jadi ape azam tahun depan..?? kalau azam tahun 2012 masih tak kesampaian, maka azam tersebut wajib dibawa ke tahun 2013 nanti...

Bagi saya, azam tahun 2012 telah berjaya.. Hehehehe.. ape ye? Hehehehe.. Azam saya tahun 2012 sebenarnya adalah untuk mengandung cahaya mata yang kedua... Alhamdulillah... tercapai azam saya tahun 2012 ni... Tahun depan, akan beraya berempat namaknya... hehehehe....

Saya dan suami tercinta juga telah mempunyai kewangan yang kukuh dan cukup untuk kami sekeluarga...  alhamdulillah... syukur kepada Allah kerana mengurniakan kami rezki yang baik...

Jadi, azam saya untuk tahun depan... saya berharap dapat menjadi seorang ibu yang lebih penyayang, seorang isteri yang lebih penyabar dan dapat mengubah sikap-sikap yang tidak baik kepada lebih baik.. Amin.. Semoga azam tu tercapai...

Saturday, November 03, 2012

..:: BeRiTa gEmBiRa BuAt DiRi Ku DaN yAnG LaiN ::..

Assalamualaikum....

Lama sungguh saya tak update cerita- cerita dalam blog ni... Alhamdulillah, sejak kebelakangan ni, banyak berita gembira buat diri ku dan juga buat orang disekeliling ku...

*pErTaMa*

Pada bulan syawal yang lalu, aku telah disahkan mengandung untuk cahaya mata yang ke-2.. Alhamdulillah.. syukur ku panjatkan kepada yang maha esa, kerana memakbulkan doa ku bersama suami ku untuk cahaya mata yang kedua ini.... Puteri sulung ku pun telah berumur 3 tahun dan sudah pandai bertanya bila dia akan menerima seorang adik...?? Waktu itu, puas juga aku menerangkan padanya... Setiap kali aku datang bulan, dia sendiri akan berkata pada ku.. " Tak apelah ibu, belum ada rezki lagi.."

Kini, sejak dia tahu aku mengandungkan adiknya, dia cukup gembira... malah setiap hari dia akan bertanya adakah adiknya sihat hari ini..?? dia akan datang dan cium perut ku yang dah mula membesar... amirah sangat-sangat teruja.. sehinggakan kadang kala dia menyuruh aku mengeluarkan adiknya itu pada ketika itu juga.. jadi, terpaksalah aku menerangkan bahawa adiknya belum cukup bulan lagi.. alhamdulillah, dia cuba memahami walaupun kadang kala dia seperti keliru.. kesian amirah teringin benar mempunyai kawan-kawan untuk bermain... apepun, insyaallah, dijangkakan bersalin pada bulan april 2013.. semoga semuanya baik-baik belaka dan aku selamat melahirkan baby yang cukup sifat dan sihat..
 
*kEdUa*
 
Berita gembira yang kedua aku terima ketika ini adalah... Syukur kepada Allah adik angkat ku Faridza Mastura bakal melangsungkan hari bahagianya pada bulan Januari pada tahun depan 2013... Syukur.. syukur teramat syukur.. deraian airmata yang ditumpahkan selama ini akhirnya berbaloi juga.. betul kata orang, "kalau dah jodoh, takkan kemana.." apa yang aku harapkan semoga dia bahagia sehingga keakhir hayatnya.. amin..

Friday, February 10, 2012

..:; kEnApA KoRaNg SuKe CaRi SaLaH AkU...? ::..

assalamualaikum....





selalunya.... bila aku rasa terteka, aku bercerita dengan teman baik ku Mastura... tapi kali ni, aku rasa ingin meluahkannya disini juga..





dua hari berturut-turut ada saja salah ku yang korang cari.. entahlah.. entah macam mane lagi yang korang nak aku sempurnakan tugasku disini... bukan aku tertekan.... tapi aku kadang-kadang rasa jelak.. meluat.. menyampah.. dan berbagai perasaan yang tidak enak wujud dalam minda juga hati ku bila terpaksa melalui dugaan ini...





hari rabu (08/02/12) kelmarin, ada group bola datang checkin di hotel tempat aku bekerja... danada satu tempahan untuk biik VVIP... macam kebiasaan, bila sebut bilik untuk VVIp, mesti terdapat satu kelainan untuk bilik tu.. contohnya, ada letak buah-buahan dalam bakul atau yg dah siap berpotong...memanglah bila kite sebut pasal bilik untuk vvip ni, semua dah tersedia didalam tu.. tapi, boleh jugak kite buat lain dari yang lain.. contohnya hantar fruite platter bila orang tu dah checkin.. entahlah... semuani sebenanya aku nak ckap pasal ada sorang makcik ni.. dah tua tu perangai tu patutnya semakin baik.. ini tidak... mulut bising tak tentu pasal.. suke sangat membuat kecoh.. nampak pelik sikit. pasti akan ada kekecohan yang akan berlaku... itulah suasana yang berlaku kat tempat keja aku...

dan ada jugak sorang umat manusia ni yang nak kata pandai sangat.. tak lah.. nak kata bodoh ada jugaklah.. hehehehe..maaflah ye.. kat sini je tempat aku nak kutuk kau... semalam, pegawai kewangan aku buat meting.. aku dah hantar memo pemberitahuan... dia boleh keluar pulak buat kerja lain.. sakitlak aiii.. hati.. dah lah dia supervisor.. assistant dia yang sepatutnya datang pun tak masuk... masing-masing boleh kata tak tahu... sangat-sangat menyakitkan hati macam ni... dah u ada pulak mulut longkang cakap.. dah tahu ada metting tadi.. kenapa tak halang dia keluar.. haaaa... tu semua ayat nak salahkan aku balik lah tu... pergi mampus lah korang semua... lepas ni, jangan salahkan aku kalau korang tak dapat apa-apa information... memang kena dengan aku balik nanti....

Wednesday, January 25, 2012

..:: aKu KeCiK aTi ::..

assalamualaikum....

sukar nak aku gambarkan perasaan aku ketika aku tulis blog ni... soalan yang pertama, kalau ade sape-sape boleh tolong jawabkan... " berdosakah aku andainya aku katakan aku terasa hati dan berasa kecik hati dengan bonda ku sendiri..?" sebabnya...

aku ngan suami ku plan... bawak mak na ayah aku pergi bercuti.. biarlah dekat pun.. tak apa.. alaskan aku dapat gembirakan mereka berdua... sepanjang umur hidup aku, yang aku lihat.. abang-abang aku tak pernah plan macam mane suami aku plan.. aku bukan nak puji suami aku sebab dia suami aku.. tapi, sebab sikap dan rasa tanggungjawab dia pada mak n ayah dia... bukan jugak aku nak cakap abang-abang aku tak tahu tanggungjawab terhadap kedua orang tua aku.. namun, kadang-kala itu berlaku.. sumpah aku tak tipu.. dan sungguh aku katakan... aku juga pernah kecik hati dengan perangai abang-abang ku itu...

so..
berbalik semula ke cerita plan nak bawak kedua orang tua ku pergi bercuti... bila dan bincang-bincang dengan suami aku kamipun dah pilih tarikh.. 4hbln Februari 2012(Sabtu)... aku terus hantar tempahan untukk bilik hotel... so... semalam, aku pun cakap ngan mak aku.. hari sabtu 4hbln nanti jangan buat ape-ape plan lain... sebab aku nak bawak dia pergi bercuti... cakap ngan abang-abang aku, tak yah balik.. kalau nak balik, balik hari ahad petang...

tapi... pagi tadi, dia baru cakap.. minggu tu tak boleh buat... sebab, hari ahad pagi dia dah tempah nak buat tahlil arwah nenek kat masjid... ok lah.. aku tak kisah pasal tu.. sampai office, aku tepon mak... tanya.. kalau kite pegi 6hbln boleh tak...? mak cakap, entah tak tahu.. izam balik.... hari jumaat dia dah balik... aku cakap, tak apelah kalau dia nak balik... tetiba mak cakap.. "dahlah.. tapayahlah pegi..." jujur aku katakan...bila aku dengar perkataan tu, aku sedih sangat... terasa sangat.... terguris hati aku ni... aku sedaya-upaya nak gembirakan dia... tapi kenapa mak cakap macam tu..? aku hanya mampu cakap balik dengan dia, " tak apelah..." pas tu aku tamatkan panggilan...

entahlah... aku tak tahu macam mane nak ceritakan perasaan aku sekarang.. aku cuma tanya.. tarikh selepas tu je... aku tak fahamlah... salah ke ape yang aku buat...? sedih sangat... nak nangis pun ada... rasa cam nak batalkan semuanya....

Thursday, January 19, 2012

..:: aKu pErLu BeRuBaH ::..

assalamualaikum....


sejak kebelakangan ni, terlalu banyak pertengkaran berlaku diantara aku dan dia... puncanya entahlah.. payah hendak aku jelaskan.. bak kata pepatah, diluah mati mak, ditelah mati bapak... kadang-kadang aku nilai diri ku sendiri.. dimana silapnya..? adakah aku yang bersalah.. adakah aku sahaja yang selalu buat silap...? entahlah... puas aku renungkan diriku sendiri..


adakah aku terlalu kasar..? atau terlalu mudah marah..? mungkin ada benarnya.... namun, kadang kala aku tidak dapat mengawal amarah ku ini... entah kenapa... seperti marah ku dicari-cari ketik itu... aku sayangkan dia.. sepenuh jiwa dan raga aku... tanpanya, dunia ku sepi... dia yang selalu buat aku ketawa.. tersenyum... mewarnai hari-hari ku... menceriakan hidupku... tiada gantinya dia dengan yang lain... AKU SAYANGKAN DIA..


entahlah..

mungkin ada betulnya ape yang dia katakan... aku perlu berubah... kadang-kadang aku terfikir... sejak bila aku jadi begini..? kemana hilangnya aku yang dulu..? apa puncanya..? siapa yang boleh memberikan jawapan kepada semua persoalanku ini...? namunpun begitu... tuhan itu maha mengasihi... ya allah... tenangkan jiwa ku ini... semoga aku tabah untuk melalui hari-hari yang mendatang... amin...

Wednesday, January 11, 2012

..:: YangLama Pergi, Yang baru Datang ::..

assalamualaikum....


lame jugak tak update blog ni... sibuk sangat-sangat.. sejak 14hbln, staff sales saya resigned.. saya kena ambil alih semua kerja sales... so, dalam satu masa, saya buat 2 kerja.. jaga 2 department.. admin & sales... mau tak pening... kelam-kabut hari-hari... tapi duduk kat sales, tak boleh tergopoh gapah.. nanti, buat banyak kesilapan....


bila yang lame pergi, lega rasanya... kenape? sebab, tak ada persefahaman... kurang perbincangan dan... entah. susah nak cakap... apepun, saya lega.. biar saya banyak kerja, janji pandangan tak rimas dan keadaan rasa amat selesa...


bila yang baru datang... alhamdulillah... walaupun, agak lambat sedikit pemahamannya... tapi aku bersyukur... sekurang-kurangnya, dia akan membuat rujukan dahulu kepada saya... supaya dia tidak banyak melakukan kesilapan... saya akan ajar dia dengan baik dan mahu dia buat yang terbaik... seoga suasana didalam office ni, lebih tenang dan tiada rahsia diantara kami...