Thursday, June 25, 2009
..:: aPa MaKnA SaYaNg ::..
Tuesday, June 23, 2009
..:: DeBaRaN sEmAkIn TeRaSa ::..
hmm... debaran yang saya rasakan sekarang taklah seteruk sewaktu saya ingin melangsungkan pernikahan dengan suami tercinta... debaran sekarang maha hebat... sekarang saya menghitung hari menunggu kelahiran sicomel yang dijangka lahir pada 8hbln Julai 2009 nanti....
semalam... saya checkup di klinik yang biasa saya pergi... doc cakap, minggu ini kandungan ku sudah cukup harinya.. bila-bila masa sahaja aku bakal melahirkan... alhamdulillah. setakat ini kandungan ku sihat dan aktif sentiasa... begitu seronok bila gerakan yang kurasakan semakin aktif walaupun adakalanya aku rasakan terlalu letih menahan gerakan yang aktif itu... suami ku pula.. tidak jemu-jemu memberi semangat dan sokongan kepada ku supaya aku bersabar sedikit masa saja lagi...
mana tidaknya.. aku sudah mula kurang selera makan.. tidur mula tidak berapa selesa.. kadang-kadang rasa ingin menangis.. tapi ku kuatkan semangat dan tabahkan hati bila mengenangkan sicomel yang berkongsi nadi dengan ku ini.... moga-moga dia lahir dengan sempurna dan sihat..
penyeri hidup aku dan suamiku...
..:: CaMeLiA ::..
Camelia maafkanlah aku
Kau wanita terhebat
Sudahlah jangan menangis lagi
Sudah cepat lupakanlah aku
Camelia
Kau wanita terhebat
Sudahlah jangan menangis lagi
Camelia
Thursday, June 18, 2009
..:: Cantik nya WANITA...!! ::..
Tuesday, June 16, 2009
..:: Perpisahan yang sudah dijangka ::..
walaupun mereka telah dikecewakan... kepada mereka yang masih ingin bersahabat,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya... dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan...
mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bersahabat dengan orang yang salah..
sebelum bertemu dengan orang yang tepat...
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu...
hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-NYA....."
Monday, June 15, 2009
..:: LaGi TeNtAnG kUcInG ::..
..:: C.i.N.t. A ::..
Ada orang rela bunuh diri kerana dikhianati cinta,
Ada yang merelakan keperawanan demi cinta,
Ada yang balas dendam demi cinta,
Ada yang dihimpit tekanan kerana cinta ditolak,
Ada yang berani backstreet dan memberontak orang tua demi cinta,
Bahkan ada yang berani membunuh gara-gara cinta dipermainkan,
Ada yang marah ketika kasihnya tidak dibalas seperti diharapkan
Bagaimana kalau kita jajarkan dengan yang satu ini :
Kasih itu sabar,
Kasih itu murah hati,
Ia tidak cemburu,
Ia tidak memegahkan diri dan tidak sombong,
Ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri,
Ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain,
Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan, tapi kerana kebenaran,
Ia menutupi segala sesuatu, percaya segala sesuatu,
Sabar menanggung segala sesuatu
Ingatlah melepaskan seseorang pergi, bukan akhir dari dunia
Melainkan awal sesuatu kehidupan baru
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis..
Mereka yang disakiti
Mereka yang telah mencari
Dan mereka yang telah mencuba
Kerena merekalah yang boleh menghargai
Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka..
Mahu mencari cinta yang murni dan jujur ?
Ia adalah ketika kita menitiskan air mata dan masih peduli terhadapnya
Ia adalah ketika dia tidak mempedulikan kita, kita masih menunggu dengan setia
Ia adalah ketika dia mula mencintai orang lain, kita masih mampu tersenyum dan selamba berkata :
saya turut berbahagia untukmu..
Apabila cinta tidak berhasil bebaskan diri kita
Biarlah hati kita melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas sekali lagi
Ingatlah kita boleh menemukan cinta dan kehilangannya
Tapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu mati bersamanya
Orang yang terkuat bukan mereka yang selalu menang
Melainkan mereka yang tetap teguh ketika mereka jatuh
Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupanmu
Kamu belajar tentang dirimu sendiri
Dan menyedari
Bahawa penyesalan tidak seharusnya ada
Hanya penghargaan abadi
Di atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat
Teman yang sejati mengerti ketika kita berkata ;
"aku terlupa"
Menunggu selamanya ketika kita berkata ;
"tunggu sebentar"
Tetap tinggal ketika kita berkata ;
"tinggalkan aku sendiri"
Membuka pintu walaupun kita belum mengetuknya
Dan berkata ;
"engkau boleh masuk"
Mencintai bukanlah sepertimana kita melupakan
Melainkan bagaimana kita memaafkan
Bukanlah bagaimana kita mendengarkan
Melainkan bagaimana kita mengerti
Bukanlah apa yang kita lihat
Melainkan apa yang kita rasa
Bukanlah bagaimana kita melepaskan
Melainkan bagaimana kita bertahan
Lebih berbahaya mencucurkan airmata dalam hati
Dibandingkan menangis tersedu-sedu
Air mata yang kelihatan dapat dihapuskan
Sementara air mata yang tersembunyi,
Mengoreskan luka yang tidak pernah hilang
Dalam urusan cinta, kita sangat jarang menang
Tapi ketika cinta itu tulus, meskipun kalah, kita tetap menang
Hanya kerana kita berbahagia
Dapat mencintai seseorang
Lebih dari kita mencintai diri sendiri
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang
Bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita,
Melainkan kerana kita menyedari
Bahawa orang itu akan lebih bahagia, apabila kita melepaskannya
Apabila kita benar-benar mencintai seseorang,
Jangan lepaskan dia
Jangan percaya bahawa melepaskan,
selalu bererti kita benar-benar mencintainya
Melainkan berjuanglah demi cinta itu
Itulah cinta yang sejati
Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
Daripada berjalan bersama orang yang tersedia
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
Daripada memaksa dengan yang ada disekeliling kita
Lebih baik menunggu orang yang tepat
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang,
Hanya dengan seseorang yang belum tentunya JODOH kita
Kadangkala orang yang paling kita cintai
Adalah orang yang paling menyakiti hati kita
Dan kadangkala, teman yang membawa kita kedalam pelukannya
Adalah hanya kerana oleh nafsunya sahaja, bukannya cinta!!!
Ambilah peluang seketika, berfikir untuk tentukan pilihan kita
Jangan hanya taksub kepada cinta, nanti hidup kita merana
Kehidupan ini pendek, gunakanlah sebaik-baiknya
Supaya kita tidak menyesal keakhir hayat
Cinta itu memang buta tapi janganlah kita buta bercinta...
Hidup mesti diteruskan...!!