Monday, September 29, 2008

..:: SaHaBaT pErTaMa SaYa ::..

assalamualaikum...
hmm.. hari ni, saya jumpa seorang kawan lame dalam frendster... kawan yang dulu penah jadi seorang sahabat yang rapat dalam hidup saya.. itulah kali pertama saya menerima seorang sahabat bernama lelaki... macam pelik kan...?
bukan ape.. masa sekolah dulu saya kurang suka untuk mempunyai kawan lelaki.. kalau ada pun, kenal-kenal macam tu je... tak pernah serapat sahabat saya ni... saya kenal dia start tingkatan 4.. masa tu dia baru je berpindah dari perlis ke seremban... masa mula-mula kenal dulu memang kelakar...

masuk tingkatan 5, ada krisis antara kami.. entah macam mane, persahabatan tu terputus disebabkan cakap-cakap orang lain... entahlah.. waktu tu, saya memang tak ambil kisah sangat.. tapi sedih jugak bila persahabatan tu terputus macam tu je... memang banyak kenangan antara kami yang kami cipta sendiri... masa hari terbuka sekolah... balik sekolah same-same...

tak lame selepas persahabatan tu terputus, saya jumpa dia semula pada hari terbuka sekolah yang lain.. waktu tu, masing-masing dah habis sekolah dan menyambung pelajaran ditempat lain.. perkara pertama yang saya cakap dan tanya pada dia, kenapa kita gaduh dan persahabatan tu putus...??

dia cakap, dia pun dah tak ingat apa punca kami gaduh... so, dengan terbuka hati, saya memohon maaf dengan dia.. dia pun macam tu.. tapi lepas tu hubungan persahabatan tu tak seperti mula-mula kami kenal dulu... lepas perjumpaan tu, kami buat hal masing-masing...

saya ada aturkan 2 kali reunion untuk kawan-kawan class 5 fikri 1999.. masa tu jelah kami jumpa.. dan sekali, masa wedding seorang kawan class.. attually..... banyak kejadian yang meruntun hati saya bila saya kenangkan apa yang pernah berlaku... terutama, bila saya pernah menerima seseorang dalam hidup saya yang terdiri dari kawan sekelas saya dulu.... hmm.. kalau dingat semula, tak tertanggung rasanya kepedihan dan kesedihan yang terpaksa saya lalui seorang diri... tuhan sahaja yang tahu dan pada - Nya saja tempat saya mengadu... sejak kejadian itu belaku, saya menjadi seorang yang pendiam dan tidak lagi ingin tersenyum.. sehinggakan seorang insan yang saya panggil adik bertanya kepada saya.. "kenapa sekarang akak dah tak macam dulu..? kenapa akak dah tak mahu gelak-gelak dengan kite orang lagi..? " saat pertanyaan itu saya dengar, menitis air mata saya... rupa-rupanya masih lagi ada insan yang ingin lihat saya ketawa...

alhamdulillah... berbekalkan doa dan semangat yang ada dari keluarga saya, kawan-kawan, saya bangun semula menyinarkan kembali kehidupan saya yang semakin suram.... apa yang saya lakukan, saya memohon kepada Allah,supaya saya dapat melupakan dia sekiranya dia bukan insan yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup saya...

sesungguhnya saya bersyukur kerana saya masih mempunyai kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa ada disamping saya... subahanAllah.... Allah itu maha pengasih dan penyayang.. begitulah perjalanan hidup saya.. bila saya terpandang wajah sahabat saya itu, saya tersenyum.. rupa-rupanya dia masih seperti dulu... alhamdulillah.. kadang-kadang terfikir juga.. ingin benar rasanya berbual panjang dengan dia.. mengetahui cerita kehidupannya selepas zaman persekolahan dahulu... terlalu banyak cerita yang kami dah lame tak kongsi bersama.... mungkin ada hikmahnya... saya pun bakal mendirikan rumahtangga bersama putera pilihan hati saya.. hambaallah yang terlalu ikhlas menyayangi diri saya... dan sudi mencurahkan kasih sayangnya pada diri saya ini... " Ya allah.. Kau kurniakanlah kebahagiaan buat kami berdua nanti..."

walauapapun.. saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk sahabat saya itu..... semoga dia dilindungi Allah selalu...
lagu ini khas saya tujukan untuk dirinya yang pernah menjadi sahabat pertama..

Peter Pan - Semua Tentang Kita

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita



Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Friday, September 26, 2008

..:: KeLaHiRaN - OST aKuKaH tAnGgAnG ::..



An-Nur meniup
Seluruh alam Semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat Sukar Disembuh lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda...

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

Tuesday, September 23, 2008

..:: Thanks Friend ::..

Assalamualaikum.....
hmm.. thanks my friend.. bagi saya pendapat... sebenarnya sejak kebelakangan ni je tak tahu rasa macam tu.. rasa tak sabar-sabar nak tinggalkan Seri Malaysia ni... mybe dah terlalu bosan kot dengan tempat ni... mane taknya.. hari-hari mengadap perangai manusia yang macam hampeh...!!!

setiap hari bila balik, saya akan fikir... nak kate tension dengan keja, tak pulak...keja taklah susah mane.. setakat jaga failing deptors.. semak buku laporan setiap department hari-hari... cuti staff... billing... uruskan hal-hal temujanji big bos... taklah susah sangat.. yang membuatkan saya bosan dengan tempat ni sebab manusia yang tak tahu nak berterima kasih dengan apa yang kita dah tolong diaorang...

kalau nak dengar cerita saya memang panjang. adakan samapi salah seorang management kat tempat saya ni yang bekerja sebagai " pengurus kewangan" kelulusan ijazah... tapi tak tahu nak buat closing akaun..?????? kelakar tak..???

haiii.... entahlah... selama 8 tahun dia bekerja kat sini.. makan gaji buta je...
hmm... kalau nak comment, commentlah... ape yang patut kita buat orang macam ni..??

Friday, September 19, 2008

..:: bosan dengan tempat kerja sekarang ::..

assalamualaikm...
mesti ada yang terkejut kan..?? hmm... yang nyata, saya dah bosan dengan tempat kerja saya sekarang...!!!!!!!!! naik menyampah dengan management dan sesetengah pekerja kat tempat saya ni... sakit hati sangat.. bila buat kerja sunguh-sungguh pun tak berbaloi dengan apa yang saya dapat.. haiii... bilalah saya nak dapat kerja baru ni.. nak cepet-cepat tinggalkan tempat ni...
yang buat saya betul-betul sakit hati sangat bila orang yang kita tolong tak penah tahu nak berterima kasih.. bukan mintak dia balas ape yang kta buat untuk dia.. tapi cukuplah ucapan terima kasih dan tidak menyalahkan kita serta merta...
entahlah... saya berdoa sangat-sangat supaya dapat kerja lain dan tak jumpa lagi orang -orang dkt sini..

..:: CiNtA aNtArA KiTa ::..


sejak dari duluku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu



cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu


cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimuku
hanya menunggu mu menyata kau cintakuku
kan berjanji menyintamu syg….

sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu
mungkin ku harap jua kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
hanya menunggu mu menyata kau cintakuku kan berjanji menyintamu syg….


cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimuku
hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg

Friday, August 29, 2008

..:: my GM Wedding ::..

assalamualaikum....



nilah gambar GM seri malaysia nye wedding...ni sewaktu kami semua staff-staff seri malaysia
berkampung siapkan bunga telur...

















ni pulak sewaktu majlis persandingan... kami sempat jugak bergambar dulu kat pelamin..

dan ni.... gambar GM saya dengan suaminya... alhamdulillah... hajat tercapai jugak akhirnya..

Thursday, August 28, 2008

..:: Amalan-amalan di bulan Ramadhan ::..

Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua..

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan
datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

..:: pErSeDiAaN mEnGhAdApI bUlAn RAMADHAN ::..

Wahai orang-orang yang beriman..

Sejarah Ramadhan:
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan
berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan:
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Wednesday, August 20, 2008

..:: WaNiTa CaNtIk YaNg SuKa MeNaNgIs ::..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Kau tahu:
" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Friday, August 15, 2008

..:: MaNuSiA hAwA ::..

" Manusia hawa diciptakan daripada rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas...
tetapi...
dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.. dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai dan dikasihi..."

..:: lagi tentang cinta ::..

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
~ Yahya Bin Muadz

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~ Niller

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. ~Hukamak

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga ~ Gorji Zaidan

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat ~ Buckingham

Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu ~ Daer Oberderf

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata ~ Kruger

..:: LAILA + NETBALL

assalamualaikum...
hmm... memang pelik bila saya main netball..... masa di kolej dulu bukan tak aktif.... selalu sangat.. panjat gunung... orentasi budak baru.. program sekolah... bezanya saya tak pernah melibatkan diri dalam permainan seperti ini... hmm.. ni lah gambar mas sebelum perlawanan netball....
bukan rezki kami... seri malaysia lawan glory beach resort.. kami kalah... 8-12.. permainan kalah mati... apa pun, hari perlawanan... kami all out betul-betul.... puas hati jugaklah.. berusaha untuk menjaringkan bola... sebab GS saya waktu tu kaki dah terlalu sakit... semua main dalam satu kumpulan dan berkerja keras...
apa pun, ni pengalaman dan kenangan yang tak mungkin dapat saya lupakan.. lepas ni, entahkan bila dapat bermain seperti ini lagi...
tengoklah gelagat-gelagat para pemain.. ada yang dah senget.. dan macam-macam... he..he..he.. ni masa sebelum main.. kakak ni GD kite orang... umur dah 40 lebih tau.. tapi kalau tengok dia main, tak macam orang umur 40...
kami jugak ada pemain vateran...



..:: tEnTaNg CiNtA ::..

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Saturday, August 09, 2008

..:: diri saya dan tempat kerja ::..

assalamualaikum...
hmm... ni cerita terbaru tentang diri saya dan kawan tempat kerja... alhamdulillah... tak lama lagi saya bakal bergelar isteri orang.. insyaallah... kalau tak ada aral, bulan oktober nanti saya bakal melangsungkan pernikahan saya dengan orang tersayang... hmmm. banyak jugak persiapan yang perlu dilakukan... apapun, alhamdulillah... setakat ni, barang2 dah pun siap dibeli...
hmmmm.... cerita tentang tempat kerja pulak... sekarang tengah sibuk dengan persediaan diri untuk perlawanan bola jaring antara hotel-totel... eeeeiiiiiiiiiiii......!!!!! takutnyeeeee....... dah lah tak pernah masuk ape-ape perlawanan untuk bole jaring ni.... hmmm.. dalam minggu ni, seminggu terus kami berlatih.... maklumlah.. pemainnya ramai mak-mak budak.... paling muda pun 21 tahun.... bayangkanlah macam mane nak berlawan nanti... tapi... kate orang semangat tu penting... walau apa keadaan sekalipun... team work penting... minggu ni hari tu.. kami berpeluang berlawan dengan team-team yang bagus2... pemain kebangsaan... pemain wakil sekolah... hmm.. lawan dengan orang yang biasa main.. mestilah kami kalah... tapi tak ape... dari permainan tu, kami belajar macam mane untuk meniru strategi diaorang...
penat... sakit-sakit badan pun ye jugak... maklumlah... saya pun dah setahun tinggalkan aktiviti lasak... badan dah manja... mane taknya.... kerja duk dalam aircond... makan sedap.... hai..... bertambah beratlah nak berlari...
apapun, seronok memang seronok... semua yangd atang berlawan dengan kami, mengajar kami beberapa strategi untuk berlawan dengan tenang... tengoklah.. khamis 14 ogos 2008 ni perlawanan yang sebanar... harap-harap kami menang.... doa-doakan ye.... amin......

Friday, June 27, 2008

..::yAnG PaLiNg CoMeL ::..

Assalamualaikum.....
hmm... nilah yang paling comel... anak sedara yang paling nakal, paling kuat mencubit dan paling kuat menggigit... ha...ha...ha... namanya... MOHD ADAM BIN ASRIN. Memang nakal... tak boleh cakap nakalnya....
tapi, bagi saya, nilah anak sedara lelaki yang paling comel.... jaga pun senang... bila bangun tidur tak pernah menangis...
sekarang adam dah mula belajar bercakap... hmm.. tapi jarang dapat jumpa dia... apapun... love adam sangat..





Tuesday, June 17, 2008

..:: SAtU tULaNg rUsUk SuAmi AdALaH uNtUk iStERiNyA ::..

Cerpen percuma untuk kita menilai maksud yang hendak disampaikan........

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.. lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.

Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responsnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayang ku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencari mu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kuku mu dan memandikan mu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajah mu."

"Tetapi sayang ku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air mata mu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayang ku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintai mu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayang ku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidup mu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
copy from e-mail..
on 17/06/2008

Monday, June 16, 2008

..:: Fahamilah hati seorang wanita ::..

assalamualaikum...
hmm.. kali ni, saya nak bercerita tentang seorang yang dinamakan wanita.. hmm.. sepanjang saya mengenali dia, saya dapati dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan, ada pendirian sendiri, murah hati... dan macam-macam lagi...
kita kat dunia ni tak ada manusia yang sempurna.. macam tu jugaklah wanita yang saya kenali ini... tapi.. cukup dengan saya katakan, hatinya tulus... bukan kerana saya bekerja dibawahnya.. menjadi orang kanan nya.. mengetahui semua kehendak dirinya bila dia dipejabat.. memang kadang-kala ada juga kesilapan yang dilakukan... itulah namanya manusia...
baru-baru ni, saya terkejut bila dengar dia menitiskan air mata... walaupun pada zahirnya dia kuat... tapi hatinya sunyi... sunyi dari kasih sayang yang bernama lelaki.. yang bernama suami...
setiap wanita didunia ini ingin disayangi... berkahwin... mempunyai keluarga sendiri... biarpun berkahwin dalam usia yang agak senja.. namun perkahwinan itu bukan hanya untuk mendapatkan zuriat.. tetapi lebih kepada kasih sayang dan belaian...
subahanallah.....
tak terkata banyaknya rasa simpai saya pada dirinya... mungkin inilah waktu-waktu yang dihitungnya untuk menerima kehadiran seorang teman hidup... walaupun dalam usia yang sudah lanjut... namun.... keinginan dihalang.. ditentang... akhirnya pergolakan berlaku didalam keluarga sendiri....
menitis sudah airmata wanita walaupun hatinya selama ini begitu kuat menahan segala dugaan...
entahlah... sebab itu, kadang-kadang kita perlu mendengar luahan dan keluhan hati insan seperti ini... dengar segala sebabnya mengapa insan itu menjadi pilihan hatinya...
dalam dunia ini tak ada manusia yang suka ditipu... tak ada manusia yang suka dikecewakan...
semua manusia berhak memperolehi kasih sayang...
hmm... moga-moga insan disekeliling nya cubalah memahami hati seorang wanita ini...
selamilah hatinya... dengarilah rintahan kesunyian nya... dia pun berhak memperolehi bahagia.. seorang suami... biarpun ikatan itu nanti tidak diserikan dengan zuriat...

Friday, April 25, 2008

..:: binatang kesayangan saya ::..



Assalamualaikum... hmm.. comel tak..??? comel kan..?? saya suka sangat kat kucing... bagi saya, kicing adalah binatang yang paing istimewa... comel... manja... mudah dengar kata... dan yang paling istimewa, dia jugak akan memahami mood kita bila kita bersama dia... saya ada terbaca beberapa artikel.. yang mengatakan, kadang2 kucing boleh jadi tempat kite meluahkan maalah atau bercerita pada dia tentang apa saja yang kita rasa... walaupun dia tidak dapat menyelesaikan masalah kita dan berkata-kata balik pada kita, namun percayalah.. sesungguhnya dia memahami apa yang kita rasa.....



saya selalu membelai kucing saya yang dirumah bila saya rasa kesunyia... sedih... marah... ada jugak fakta mengatakan bahawa kucing juga sangat sesuai diusap oleh orang yang mengidap darah tinggi...sebab bila kita usap kucing, dia akan rasa lebih manja dan bertambahlah mengada-ngada.... walaupun, saya memang sayang sangat kat kucing.. hm.. sepajang hidup saya, dah banyak kucing yang saya bela... diruma, bukan saya seorang saja yang ska dan sayangkan pada kucing... malah ma.. ayah.. dan abang-abang saya... pernah ada seekor kucing yang saya bagi namanya nani.. nak kata dia jantan bkan.. nak kata dia betina pun bukan. yang nyata, dia memang tak suka pada kucing jantan... tapi dia jugak tak pernah beranak... manja.. memang manja... satu hari dia demam. sejak tu dia selalu tidor dalam bilik air... macam2 cara kai buat untuk tgk dia sihat.. tapi tak dapat jugak.. satu malam tu, dia tidor dalam bilik air lagi... dah pagi tu, bila ayah saya bangun untuk solat subuh kami tengok dia dah tak bernyawa... dia mati dalam keadaan menyarap... sedih sangat bila tengk dia macam tu.... satu lagi cerita tentang kucing yang pernah saya bela... saya bagi namanya binggo.. ada dua.. dan dia lahir satu ibu .sekor lagi saya bagi nama cikey.. binggo.. selalu gaduh dengan kucing lain... satu hari dia cedera teruk kat bahagian pipi..... saya sapu ubat dan bawak dia ke klinik... tapi doc kata dia dah kena barah sebab luka dia dah sampai ke dalam daging... sebab dia selalu garu... entah macam mana, satu hari dia hilang.. tak balik2... kami sekeluarga tahulah dia dah mati... sebab orang tua2 kata, kicing yang tahu kita sayangkan dia... dia tak akan nak tunjuk dia mati depan kita.. hmm. itulah serba sedikit cerita saya tentang kucing.. saya masih ingat.. masa saya last semesta di kolej... matapelajaran public speaking.. saya buat tentang kucing... best sangat... masa tu, saya nak tutup speach saya... saya buat cerita tentang kucing yang penah saya bela.. seronok sangat.. bila ada yang tahu kucing yang saya bela tu mati.. semua muka macam sedih... hmm. apapun, saya happy sangat.. sekarang, saya dah bela lagi seekor kucing... lepas yatim hilang.. saya bela lagi seekor kucing.. yang saya bagi nama atan... setiap hari, saya mesti belai dia.... bila saya kat ofis, saya akan selalu ingat atan.. kadang-kadang rasa tak sabar nak balik umah dan bermain dengan dia... tengok gambar tu... comel kan...??? sape yang tengok mesti rasa geram sangat....

Monday, April 21, 2008

..: mY BeSt FrIeNd wEdDiNg ::..

assalamuaikum.. hmm.. kalau dilihat gambar bawah ni.. senang hati saya.. saya turut merasa bahagia.. melihat sahabat baik saya meraikan hari bahagianya bersama insan tersayang.. dia bukan sahaja seorang sahabat pada saya.. malah saya sudah menganggap dia seperti saudara saya... bila dikenang kembali, 2 tahun yang lepas.. terlalu banyak air matanya tumpah gara-gara seorang lelaki.. subahanallah.. tak dapat saya bayangkan saat-saat dia menempuh kesedihan dan kekecewaan yang melanda diri nya... masih terniang-niang ditelinga saya bagaimana raungan hati dan perasaannya setelah mengetahui lelaki yang baru ditunanginya tak sampaipun satu minggu, ditangkap di disco dan disahkan 80% positif dadah.. nak lagi bekas tunang nya itu adalah seorang anggota polis...
entahlah.. nasib dan takdir masing-masaing yang telah ditentukan oleh Allah... alhamdulillah... sahabat saya ini jugak adalah seorang yang tabah.. bayangkan.. bertapa sayangnya dia pada bekas tunangnya itu.. dia tidak pernah percaya akan setiap cerita yang orang lain sampaikan pada dia.. tapi segala kepercayaan yang dberikan selama ini hancur berkecai... akhirnya setelah dia sendiri melihat dengan matanya, barulah dia percaya... saya masih ingat.. waktu saya bersama dengannya dalam saat-saat dia kecewa, memang sedih.. saya pun turut sama-sama menitiskan air mata melihat kesedihan yang ditanggungnya...
ttapi kini... alhamdulillah.. saya sendiri melihat kebahagiaan yang baru diperolehi.. disaat dia meraikan hari bahagianya.. saya juga turut berada disampingnya... sekarang.. dia berjawatan sebagai inspaktor polis.. segala kedukaan yang bertamu dalam dirinya kini telah berubah kepada saat yang bahagia.. dan tidak lama lagi dia akan menimang cahaya mata pula... doa saya untuknya, semoga dia akan kekal bersama insan yang disayanginya dan bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin...

Saturday, April 12, 2008

..:: Kekuasaan ALLAH dan jangan DERHAKA ::..

Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel. aku duduk sebelah ibu, Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku .ibu Bila merajuk. yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan. yang paling cepat marah..ibu Bila takut. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk. yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon. Ibu
Bila seronok. orang pertama aku nak beritahu.Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!
"Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. IbuYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok. aku cari pasanganku Bila sedih. aku cari Ibu
Bila berjaya. aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal. aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti. aku bawa pasanganku Bila sibuk. aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ... aku ingat pasanganku Selalu. Ibu ingat kat aku Bila..bila. aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. .aku nak talipon Ibu Selalu .aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
RENUNGKANLAH...
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wanguntuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan puncukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratussebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidakberkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidaksempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.