Friday, November 07, 2008

..:: aPa MaKnA kaWaN sEbENaRnYa ::..


Assalamualaikum…

Mungkin pelik bunyinya tajuk saya kali ini.. sebelum tu, hayati lirik lagu hijjaz ini….

~ DUNIA YANG SEPI ~

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan dizaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
kerana dunia memautnya..

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan di canang melata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi duni ini.
Walaupun hidup ditengah laman
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah dijalanan

Memang betul apa yang dikatakan didalam lirik lagu hijjaz ini.. bila saya kenang kembali apa yang berlaku 2 hari lepas, hati saya betul-betul sedih… sedih mengenangkan apa yang telah menimpa nasib saya… selama ini, saya berkawan dan menerima sesiapa sahaja dengan hati yang tulus dan terbuka.. .. biarpun kelemahan itu jelas dimata saya.. namun, saya tetap menerima dengan hati yang ikhlas tanpa mendengar dan mengambil kira kata-kata orang…

Semuanya bermula apabila saya mula bosan dengan sikapnya yang suka mencari silap orang.. sedangkan kesilapan itu sendiri datang dari dirinya… satu hari, saya Cuma ingin menduga.. apa akan jadi seandainya kali ini saya tidak menolong dia dalam menjalankan tugasnya..? selama ini, bila dia sakit, ada hal keluarga atau anaknya tidak sihat, sayalah yang akan membuat kerja-kerjanya yang tertanguh… dia yang ku panggil kakak dan menghormati dirinya seperti kakak sendiri… bekerja didalam offis yang sama tempat saya bekerja… bezanya tugas kami.. saya menjalankan tugas sebagai Admin… manakala dia sebagai Sales & Marketing.. bagi kami didalam ofis tersebut, semua boleh melakukan sales… saya diantaranya yang sering melakukan kerja-kerja tersebut.. bila dia tak ada, saya yang akan cover kerja dia..

Satu hari, waktu selepas makan tengahhari.. saya duduk dimeja saya sendiri sambil mengadap laptop yang suami saya belikan… datang sorang staff saya yang bekerja di bahagian Front Office, mengatakan kepada saya bahawa ada seseorang datang ingin berjumpa dengan sales… waktu tu, sales saya baru nak keluar makan.. sebenarnya waktu makan yang ditentukan adalah pada pukul 12.00 tgh sehinga 1.00 ptg.. tetapi sales saya tadi baru nak kuar makan pukul 1.00ptg.. itu sudah cukup melanggar undang2 yang telah pihak pengurusan tetapkan… jadi, keinginan saya tadi untuk menduga apa akan jadi seandainya saya tidak menolong dia kali in..?? saya lakukan.. saya beri tahu staff saya yang bekerja di bahagian front office tadi, supaya meminta guest tu tunggu sekejap.. sebab sales saya pergi makan..

Tak sampai 5 minit, sales saya masuk dalam offis dan bising-bising depan saya.. memarahi saya dan bertanya.. “kenapa x attend guest tu sekejap? Susah sangat ke nak buat?” saya diam… itulah pertama kali saya tidak menolong dan mengambil alih tugasnya… dia sudah mengatakan saya macam-macam…. Sedikit pun saya tidak menjawab pertanyaannya itu… tak apalah.. itu dugaan yang saya cuba lakukan… dia terus bermasam muka dengan saya sejak hari itu…

Tak apalah.. tak kurang apa pun pada saya.. esok lusa saya jugak yang akan menolong dia.. saya tahu itu.. namun, 2 hari lepas supervisor saya memanggil saya untuk berjumpa dgn dia.. saya seperti dapat rasa apa yang ingin diperkatakan.. rupa-rupanya, sales saya tadi telah menikam saya dari belakang… macam-macam dia perkatakan tentang diri saya.. saya tidak attend guest tersebut sebab saya leka dengan laptop lah… asyik mengadap laptop saja… main frendster.. macam-macamlah tentang keburukan….

Saya betul-betul terkejut.. sampai begitu sekali kesannya apabila saya tidak menolong dia.. BARU PERTAMAKALI…!! Subahanallah….. bukan pun besar kesilapan saya terhadapnya.. tetapi dia sanggup buat saya macam tu.. lupa terus pertolongan yang saya lakukan selama ini untuk dirinya… selama ini, saya menolongnya dengan seikhlas mungkin tanpa mengharapkan balasan… bukannya saya mengadap laptop sehinggakan kerja saya tidak siap….. saya sentiasa memastikan kerja saya akan siap dahulu baru saya akan usik laptop saya…


Sungguh saya tidak sangka… begitu busuknya hati dia… Entahlah.. mungkin itu petunjuk yang Allah ingin berikan kepada saya supaya terus menjauhkan diri darinya. Untuk kebaikan diri saya juga… mungkin selama ini saya terlalu baik untuk menolong.. sehinggakan orang sudah tidak tahu menilai akan sebuah pertolongan…. Terus terang saya katakakna… saya menitiskan air mata bila saya dengar apa yang diperkatakan tentang diri saya.. terlalu sakit untuk diterima dan terlalu pahit untuk ditelan…

Masih ada lagi manusia seperti itu… hati ini, tuhan saja yang tahu… bila saya datang kerja, saya seperti tak ingin lagi menjejakkan kaki di tempat itu.. saya ingin pergi dari situ dan tak ingin kembali.. untuk apa saban hari saya melihat mukanya… berhadapan dengan nya… dia tidak layak dianggap sebagai kawan.. bertapa terlukanya hati saya bila mengenangkan hal itu… semoga lepas ini, saya mendapat rezki ditempat yang lain… semoga Allah murahkan rezki saya… saya akan tetap tingalkan tempat itu secepat yang mungkin… Syukur Ya Allah.. kerana telah menunjukkan saya kebenarannya.. rupa-rupayan selama ini saya menolong orang yang salah dan tidak tahu berterima kasih… Semoga saya lebih tabah selepas ini… Amin…

Saturday, November 01, 2008

..:: alhamdulillah.. syukur ::.


assalamualaikum...

alhamdulillah syukur.. setelah sekian lama kami menungu detik-detik hari bahagia kami.. akhirnya tiba jua... 10 oktober 2008 (Jumaat) bersamaan 10 syawal - 1429 zilkaedah kami telah selamat diijabkabulkan bertempat di Masjid Karyah Taman Paroi Seremban, Negeri Sembilan...

"Asnur Hisyam Bin Asura, aku nikahkan dikau dengan anak perempuan ku Lailatul Akmal Binti Mohamad Saleh dengan maskawinnya RM 200.00 tunai....."

"Saya terima nikahnya Lailatul Akmal Binti Mohamad Saleh dengan mas kawin RM 200.00 tuni...."


Ayahanda tercinta telah menikahkan sendiri puteri bongsunya dengan mas kawin RM 200.00 tunai dan diiringi 7 dulang hantaran dari pihak pengantin lelaki dan dibalas 9 dulang dari pihak pengantin perempuan... setelah upacara pernikahan selesai, pengantin lelaki membacakan doa bagi memberkati majlis.. Syukur ke hadrat ilahi kerana semuanya berjalan lancar...

Majlis seterusnya, adalah majlis persandingan kedua mempelai di teratak keluarga pengantin perempuan yang berlangsung pada keesokan harinya 11 Oktober 2008 - Sabtu. Tema pilhan kedua mempelai untuk majlis persandingan di teratak keluarga pengantin perempuan adalah tema Cream Gold dan tema pilihan kedua mempelai untuk persandingan di teratak keluarga pengantin lelaki pada 12 Oktober 2008 adalah cream + hijau.. Harapan kami berdua, semoga kehidupan kami diiringi kebahagiaan yang berterusan sehingga ke akhir hayat.. Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat handai.. saudara-mara... adik beradik dan semua yang sudi datang kemajlis kami... terima kasih juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung... terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan yang sudi memberi hadiah kepada kami.. alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi... semoga ikatan ini akan kekal sehingga ke akhir ayat.... insyaallah.... amin....

Wednesday, October 29, 2008

..:: mY wEdDiNg - bergambar dgn kawan2 ::..

inilah keluarga saya...
yang berbaju kurung hijau hitam tu, adik angkat saya..

yang ni pulak gambar bersama kawan-kawan rapat...


yang ni pulak, gamba bersama staff seri malaysia seremban..




Tuesday, October 28, 2008

..:: mY wEdDiNg - persandingan rumah lelaki ::..











..:: mY wEdDiNg ::..

persandingan di rumah perempuan...

posing tak tahan...
alhamdulillah.. syukur kepada allah...


pengantin lelaki menbacakan doa selepas dinikahkan..

ayahanda tersayang menikahkan sendiri putri tercinta..





































































Friday, October 03, 2008

..:: teringat cerita lama ::..

assalamualaikum...
hm.. Selamat Hari Raya... Maaf Zahir & Batin bagi pelawat-pelawat blog saya... alhamdulillah... semoga semua berbahagia di hari raya tahun ini.. saya pulak tengah menahan debaran didada yang semakin hari semakin kuat getarannya... maklumlah.. lagi 7 hari je lagi saya akan bergelar isteri orang...
2 hari bercuti raye, hari jumaat saya dah kerja.. boring jugak rasanya bila kerja time-time orang tengah sibuk beraya ni... saya pun layarilah blog saya ni... mengimbas cerita lama yang pernah saya coretkan dahulu... waktu itu, kat tempat ni sajelah saya luah dan ceritakan segala cerita dan apa yang saya lalui setiap hari...

saya ada terbaca satu coretan saya.. yang menceritakan tentang tergurisnya hati saya bila insan yang saya percayai, sayangi dan hormati tidak mahu mendoakan kebahagiaan untuk saya... waktu tu bila dia tahu yang saya berkawan dengan seorang lelaki yang dia juga kenalinya... lantas dia melayari blog saya dan memberi comment dan menggunakan nama samaran sebagai IS..

sedihnya bila terbaca kembali apa yang dicoretkan... 1 bulan lepas, dia ada datang kerumah saya... berbual-bual dengan keluarga saya juga... tapi saya tahu hatinya.. memang tidak mahu melihat akan kebahagiaan saya.. air mukanya saya perasan bilamana mak saya menyatakan kepadanya bahawa saya akan mempercepatkan majlis perkahwinan saya pada bulan 10 nanti... terus berubah airmukanya bila mendengar berita itu..
sedihnya hati saya bila terpandang wajah itu... kenapalah dia jadi begitu..??
subahanallah... dia juga pernah menyatakan bahawa lelaki pilihan saya itu bukanlah jodoh yang terbaik buat saya... bertapa tergurisnya hati dan perasaan saya keika mendengar bicara itu.. tuhan sahaja yang tahu..

apa yang saya tahu, itu semua bukanlah tugas kita untuk menentukannya... jodoh pertemuan, ajal dan maut tuhan yang tentukan.. andaikata satau hari ditakdirkan oleh allah, jodoh saya tidak lame.. saya akan redha.. kerana itu ketentuannya.. tapi, kita sebagai manusia dan hamba allah, perlu berdoa sentiasa dan berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga kita... bukan sentiasa beserah pada takdir yang tuhan tentukan... Allah itu maha pengasih dan penyayang...
tiada manusia didunia ini mahu kecewa dalam bercinta.. mahukan keruntuhan dalam keluarganya.. semua manusia ingin bahagian dan gembira...

satu perkara yang selalu saya ingatkan dalam diri saya dan teman-teman saya yang lain... " jika kita bersedia untuk bercinta, kita juga perlu bersedia untuk melalui kedukaan apabila cinta itu kecundang di tengah jalan.." macam saya katakan tadi.. tiada manusia didunia ini yang ingin kecewa kerana cinta..

bagi saya, bila kita menyayangi seseorang itu, biarlah seikhlas hati... baru kita tahu bagaimana rasanya... seperti mana kain putih, yang kita perolehi.. kita corakkan bersama-sama kain tersebut mengikut kemahuan kita sendiri...
saya akui.. memang ada timbul perbalahan didalam masa bercinta.. bergaduh...
tapi.. bagi saya itulah asam garam kehidupan dalam alam percintaan.. andai tiada semua itu, tidak lengkaplah sebuah kehidupan dan sebuah cerita... sedangkan lidah lagikan tergigit...

semua itu satu pengalaman dalam kehidupan saya.. percayalah.. dalam perhubungan perlu ada pertengkaran atau pergaduhan.. sebab dari situ kita akan tahu apa yang masing-masing tidak suka..

walauapapun... saya bersyukur.. berbekalkan doa dan kesabaran, kami sama-sama mencorakkan perhubungan ini.. dan insyaallah.. dengan izin-Nya, kami akan bernikah pada 10 oktober 2008 nanti... semoga kebahagiaan itu menjadi milik kami yang kekal hingga ke akhir hayat.. amin...

Monday, September 29, 2008

..:: SaHaBaT pErTaMa SaYa ::..

assalamualaikum...
hmm.. hari ni, saya jumpa seorang kawan lame dalam frendster... kawan yang dulu penah jadi seorang sahabat yang rapat dalam hidup saya.. itulah kali pertama saya menerima seorang sahabat bernama lelaki... macam pelik kan...?
bukan ape.. masa sekolah dulu saya kurang suka untuk mempunyai kawan lelaki.. kalau ada pun, kenal-kenal macam tu je... tak pernah serapat sahabat saya ni... saya kenal dia start tingkatan 4.. masa tu dia baru je berpindah dari perlis ke seremban... masa mula-mula kenal dulu memang kelakar...

masuk tingkatan 5, ada krisis antara kami.. entah macam mane, persahabatan tu terputus disebabkan cakap-cakap orang lain... entahlah.. waktu tu, saya memang tak ambil kisah sangat.. tapi sedih jugak bila persahabatan tu terputus macam tu je... memang banyak kenangan antara kami yang kami cipta sendiri... masa hari terbuka sekolah... balik sekolah same-same...

tak lame selepas persahabatan tu terputus, saya jumpa dia semula pada hari terbuka sekolah yang lain.. waktu tu, masing-masing dah habis sekolah dan menyambung pelajaran ditempat lain.. perkara pertama yang saya cakap dan tanya pada dia, kenapa kita gaduh dan persahabatan tu putus...??

dia cakap, dia pun dah tak ingat apa punca kami gaduh... so, dengan terbuka hati, saya memohon maaf dengan dia.. dia pun macam tu.. tapi lepas tu hubungan persahabatan tu tak seperti mula-mula kami kenal dulu... lepas perjumpaan tu, kami buat hal masing-masing...

saya ada aturkan 2 kali reunion untuk kawan-kawan class 5 fikri 1999.. masa tu jelah kami jumpa.. dan sekali, masa wedding seorang kawan class.. attually..... banyak kejadian yang meruntun hati saya bila saya kenangkan apa yang pernah berlaku... terutama, bila saya pernah menerima seseorang dalam hidup saya yang terdiri dari kawan sekelas saya dulu.... hmm.. kalau dingat semula, tak tertanggung rasanya kepedihan dan kesedihan yang terpaksa saya lalui seorang diri... tuhan sahaja yang tahu dan pada - Nya saja tempat saya mengadu... sejak kejadian itu belaku, saya menjadi seorang yang pendiam dan tidak lagi ingin tersenyum.. sehinggakan seorang insan yang saya panggil adik bertanya kepada saya.. "kenapa sekarang akak dah tak macam dulu..? kenapa akak dah tak mahu gelak-gelak dengan kite orang lagi..? " saat pertanyaan itu saya dengar, menitis air mata saya... rupa-rupanya masih lagi ada insan yang ingin lihat saya ketawa...

alhamdulillah... berbekalkan doa dan semangat yang ada dari keluarga saya, kawan-kawan, saya bangun semula menyinarkan kembali kehidupan saya yang semakin suram.... apa yang saya lakukan, saya memohon kepada Allah,supaya saya dapat melupakan dia sekiranya dia bukan insan yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup saya...

sesungguhnya saya bersyukur kerana saya masih mempunyai kawan-kawan dan keluarga yang sentiasa ada disamping saya... subahanAllah.... Allah itu maha pengasih dan penyayang.. begitulah perjalanan hidup saya.. bila saya terpandang wajah sahabat saya itu, saya tersenyum.. rupa-rupanya dia masih seperti dulu... alhamdulillah.. kadang-kadang terfikir juga.. ingin benar rasanya berbual panjang dengan dia.. mengetahui cerita kehidupannya selepas zaman persekolahan dahulu... terlalu banyak cerita yang kami dah lame tak kongsi bersama.... mungkin ada hikmahnya... saya pun bakal mendirikan rumahtangga bersama putera pilihan hati saya.. hambaallah yang terlalu ikhlas menyayangi diri saya... dan sudi mencurahkan kasih sayangnya pada diri saya ini... " Ya allah.. Kau kurniakanlah kebahagiaan buat kami berdua nanti..."

walauapapun.. saya akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan untuk sahabat saya itu..... semoga dia dilindungi Allah selalu...
lagu ini khas saya tujukan untuk dirinya yang pernah menjadi sahabat pertama..

Peter Pan - Semua Tentang Kita

Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita



Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Friday, September 26, 2008

..:: KeLaHiRaN - OST aKuKaH tAnGgAnG ::..



An-Nur meniup
Seluruh alam Semesta
Terangnya amat menyilaukan
pancaindera

Hanya Ibunda
Sentiasa memuja
Ikhlas dr lubuk hatiku
puspawarna

Bertahun dah berlalu
Tinggalkan rasa pilu
Amat Sukar Disembuh lagi
Jadikan ku sayu

Kelahiran
Bagiku Istimewa
Ku Bersyukur padamu
Bonda...

Kekusutan
Akan Ku Hadapi
Kerna Berjauhan darimu
Telah sekian lama

Tuesday, September 23, 2008

..:: Thanks Friend ::..

Assalamualaikum.....
hmm.. thanks my friend.. bagi saya pendapat... sebenarnya sejak kebelakangan ni je tak tahu rasa macam tu.. rasa tak sabar-sabar nak tinggalkan Seri Malaysia ni... mybe dah terlalu bosan kot dengan tempat ni... mane taknya.. hari-hari mengadap perangai manusia yang macam hampeh...!!!

setiap hari bila balik, saya akan fikir... nak kate tension dengan keja, tak pulak...keja taklah susah mane.. setakat jaga failing deptors.. semak buku laporan setiap department hari-hari... cuti staff... billing... uruskan hal-hal temujanji big bos... taklah susah sangat.. yang membuatkan saya bosan dengan tempat ni sebab manusia yang tak tahu nak berterima kasih dengan apa yang kita dah tolong diaorang...

kalau nak dengar cerita saya memang panjang. adakan samapi salah seorang management kat tempat saya ni yang bekerja sebagai " pengurus kewangan" kelulusan ijazah... tapi tak tahu nak buat closing akaun..?????? kelakar tak..???

haiii.... entahlah... selama 8 tahun dia bekerja kat sini.. makan gaji buta je...
hmm... kalau nak comment, commentlah... ape yang patut kita buat orang macam ni..??

Friday, September 19, 2008

..:: bosan dengan tempat kerja sekarang ::..

assalamualaikm...
mesti ada yang terkejut kan..?? hmm... yang nyata, saya dah bosan dengan tempat kerja saya sekarang...!!!!!!!!! naik menyampah dengan management dan sesetengah pekerja kat tempat saya ni... sakit hati sangat.. bila buat kerja sunguh-sungguh pun tak berbaloi dengan apa yang saya dapat.. haiii... bilalah saya nak dapat kerja baru ni.. nak cepet-cepat tinggalkan tempat ni...
yang buat saya betul-betul sakit hati sangat bila orang yang kita tolong tak penah tahu nak berterima kasih.. bukan mintak dia balas ape yang kta buat untuk dia.. tapi cukuplah ucapan terima kasih dan tidak menyalahkan kita serta merta...
entahlah... saya berdoa sangat-sangat supaya dapat kerja lain dan tak jumpa lagi orang -orang dkt sini..

..:: CiNtA aNtArA KiTa ::..


sejak dari duluku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yg telah membuat ku menyintai mu
sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu mungkin ku harap jua kau merindu ku sebagaimanaku rinduimu



cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu sayang
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu


cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimuku
hanya menunggu mu menyata kau cintakuku
kan berjanji menyintamu syg….

sudah berapa lama diriku ini tak bertemu mu
mungkin ku harap jua kau merindu ku
sebagaimanaku rindumu
cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyinta dirimu
hanya menunggu mu menyata kau cintakuku kan berjanji menyintamu syg….


cinta antara kita tiada penghalangnya
walau akhir usiaku menyintai dirimuku
hanya menunggu mu menyata kau cintaku
ku kan berjanji menyintamu syg

Friday, August 29, 2008

..:: my GM Wedding ::..

assalamualaikum....



nilah gambar GM seri malaysia nye wedding...ni sewaktu kami semua staff-staff seri malaysia
berkampung siapkan bunga telur...

















ni pulak sewaktu majlis persandingan... kami sempat jugak bergambar dulu kat pelamin..

dan ni.... gambar GM saya dengan suaminya... alhamdulillah... hajat tercapai jugak akhirnya..

Thursday, August 28, 2008

..:: Amalan-amalan di bulan Ramadhan ::..

Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua..

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan
datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah

..:: pErSeDiAaN mEnGhAdApI bUlAn RAMADHAN ::..

Wahai orang-orang yang beriman..

Sejarah Ramadhan:
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan
berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)
Kelebihan Bulan Ramadhan:
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Wednesday, August 20, 2008

..:: WaNiTa CaNtIk YaNg SuKa MeNaNgIs ::..

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu" "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
Kau tahu:
" Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."

Friday, August 15, 2008

..:: MaNuSiA hAwA ::..

" Manusia hawa diciptakan daripada rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas...
tetapi...
dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya.. dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk dicintai dan dikasihi..."

..:: lagi tentang cinta ::..

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan
~ Yahya Bin Muadz

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~ Niller

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. ~Hukamak

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga ~ Gorji Zaidan

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat ~ Buckingham

Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu ~ Daer Oberderf

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata ~ Kruger

..:: LAILA + NETBALL

assalamualaikum...
hmm... memang pelik bila saya main netball..... masa di kolej dulu bukan tak aktif.... selalu sangat.. panjat gunung... orentasi budak baru.. program sekolah... bezanya saya tak pernah melibatkan diri dalam permainan seperti ini... hmm.. ni lah gambar mas sebelum perlawanan netball....
bukan rezki kami... seri malaysia lawan glory beach resort.. kami kalah... 8-12.. permainan kalah mati... apa pun, hari perlawanan... kami all out betul-betul.... puas hati jugaklah.. berusaha untuk menjaringkan bola... sebab GS saya waktu tu kaki dah terlalu sakit... semua main dalam satu kumpulan dan berkerja keras...
apa pun, ni pengalaman dan kenangan yang tak mungkin dapat saya lupakan.. lepas ni, entahkan bila dapat bermain seperti ini lagi...
tengoklah gelagat-gelagat para pemain.. ada yang dah senget.. dan macam-macam... he..he..he.. ni masa sebelum main.. kakak ni GD kite orang... umur dah 40 lebih tau.. tapi kalau tengok dia main, tak macam orang umur 40...
kami jugak ada pemain vateran...



..:: tEnTaNg CiNtA ::..

Jika ada sepuluh orang yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah pasti salah seorang daripada mereka adalah aku. Jika hanya seorang saja yang mengambil berat terhadapmu, maka sudah tentulah orang itu adalah aku. Dan jika tiada sesiapa lagi yang mahu mengambil berat terhadapmu lagi, maka itu bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.
Cinta adalah api. Namun kita tidak akan pernah tahu sama ada api itu akan menghangat atau menghangus hati kita.Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah hingga cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.Melafazkan cinta dan janji setia itu mudah. Mengotakan cinta dan janji setia itu susah. Cinta dan janji setia yang hancur buat insan parah.
Masa depan yang cerah selalu bergantung pada masa lalu yang dilupakan. Kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang. Tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.Yang pertama belum tentu yang terbaik, yang terbaik biasanya yang terakhir. Tetapi yang sukar dilupakan adalah yang pertama, sedangkan yang terakhir masih menjadi tanda-tanya.
Mencintai juga bukanlah bagaimana kamu melupakan dia bila dia berbuat kesalahan, melainkan bagaimana kamu memaafkan, bukanlah bagaimana kamu mendengarkan, melainkan bagaimana kamu mengerti, bukanlah apa yang kamu lihat, melainkan apa yang kamu rasa, bukanlah bagaimana kamu melepaskan, melainkan bagaimana kamu bertahan.

Saturday, August 09, 2008

..:: diri saya dan tempat kerja ::..

assalamualaikum...
hmm... ni cerita terbaru tentang diri saya dan kawan tempat kerja... alhamdulillah... tak lama lagi saya bakal bergelar isteri orang.. insyaallah... kalau tak ada aral, bulan oktober nanti saya bakal melangsungkan pernikahan saya dengan orang tersayang... hmmm. banyak jugak persiapan yang perlu dilakukan... apapun, alhamdulillah... setakat ni, barang2 dah pun siap dibeli...
hmmmm.... cerita tentang tempat kerja pulak... sekarang tengah sibuk dengan persediaan diri untuk perlawanan bola jaring antara hotel-totel... eeeeiiiiiiiiiiii......!!!!! takutnyeeeee....... dah lah tak pernah masuk ape-ape perlawanan untuk bole jaring ni.... hmmm.. dalam minggu ni, seminggu terus kami berlatih.... maklumlah.. pemainnya ramai mak-mak budak.... paling muda pun 21 tahun.... bayangkanlah macam mane nak berlawan nanti... tapi... kate orang semangat tu penting... walau apa keadaan sekalipun... team work penting... minggu ni hari tu.. kami berpeluang berlawan dengan team-team yang bagus2... pemain kebangsaan... pemain wakil sekolah... hmm.. lawan dengan orang yang biasa main.. mestilah kami kalah... tapi tak ape... dari permainan tu, kami belajar macam mane untuk meniru strategi diaorang...
penat... sakit-sakit badan pun ye jugak... maklumlah... saya pun dah setahun tinggalkan aktiviti lasak... badan dah manja... mane taknya.... kerja duk dalam aircond... makan sedap.... hai..... bertambah beratlah nak berlari...
apapun, seronok memang seronok... semua yangd atang berlawan dengan kami, mengajar kami beberapa strategi untuk berlawan dengan tenang... tengoklah.. khamis 14 ogos 2008 ni perlawanan yang sebanar... harap-harap kami menang.... doa-doakan ye.... amin......

Friday, June 27, 2008

..::yAnG PaLiNg CoMeL ::..

Assalamualaikum.....
hmm... nilah yang paling comel... anak sedara yang paling nakal, paling kuat mencubit dan paling kuat menggigit... ha...ha...ha... namanya... MOHD ADAM BIN ASRIN. Memang nakal... tak boleh cakap nakalnya....
tapi, bagi saya, nilah anak sedara lelaki yang paling comel.... jaga pun senang... bila bangun tidur tak pernah menangis...
sekarang adam dah mula belajar bercakap... hmm.. tapi jarang dapat jumpa dia... apapun... love adam sangat..





Tuesday, June 17, 2008

..:: SAtU tULaNg rUsUk SuAmi AdALaH uNtUk iStERiNyA ::..

Cerpen percuma untuk kita menilai maksud yang hendak disampaikan........

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih.. lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.

Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responsnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 'Sayang ku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh menaip di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut. Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complex tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencari mu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kuku mu dan memandikan mu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menyelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajah mu."

"Tetapi sayang ku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air mata mu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayang ku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintai mu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Air mata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayang ku... biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidup mu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun.. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.
copy from e-mail..
on 17/06/2008

Monday, June 16, 2008

..:: Fahamilah hati seorang wanita ::..

assalamualaikum...
hmm.. kali ni, saya nak bercerita tentang seorang yang dinamakan wanita.. hmm.. sepanjang saya mengenali dia, saya dapati dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan, ada pendirian sendiri, murah hati... dan macam-macam lagi...
kita kat dunia ni tak ada manusia yang sempurna.. macam tu jugaklah wanita yang saya kenali ini... tapi.. cukup dengan saya katakan, hatinya tulus... bukan kerana saya bekerja dibawahnya.. menjadi orang kanan nya.. mengetahui semua kehendak dirinya bila dia dipejabat.. memang kadang-kala ada juga kesilapan yang dilakukan... itulah namanya manusia...
baru-baru ni, saya terkejut bila dengar dia menitiskan air mata... walaupun pada zahirnya dia kuat... tapi hatinya sunyi... sunyi dari kasih sayang yang bernama lelaki.. yang bernama suami...
setiap wanita didunia ini ingin disayangi... berkahwin... mempunyai keluarga sendiri... biarpun berkahwin dalam usia yang agak senja.. namun perkahwinan itu bukan hanya untuk mendapatkan zuriat.. tetapi lebih kepada kasih sayang dan belaian...
subahanallah.....
tak terkata banyaknya rasa simpai saya pada dirinya... mungkin inilah waktu-waktu yang dihitungnya untuk menerima kehadiran seorang teman hidup... walaupun dalam usia yang sudah lanjut... namun.... keinginan dihalang.. ditentang... akhirnya pergolakan berlaku didalam keluarga sendiri....
menitis sudah airmata wanita walaupun hatinya selama ini begitu kuat menahan segala dugaan...
entahlah... sebab itu, kadang-kadang kita perlu mendengar luahan dan keluhan hati insan seperti ini... dengar segala sebabnya mengapa insan itu menjadi pilihan hatinya...
dalam dunia ini tak ada manusia yang suka ditipu... tak ada manusia yang suka dikecewakan...
semua manusia berhak memperolehi kasih sayang...
hmm... moga-moga insan disekeliling nya cubalah memahami hati seorang wanita ini...
selamilah hatinya... dengarilah rintahan kesunyian nya... dia pun berhak memperolehi bahagia.. seorang suami... biarpun ikatan itu nanti tidak diserikan dengan zuriat...

Friday, April 25, 2008

..:: binatang kesayangan saya ::..



Assalamualaikum... hmm.. comel tak..??? comel kan..?? saya suka sangat kat kucing... bagi saya, kicing adalah binatang yang paing istimewa... comel... manja... mudah dengar kata... dan yang paling istimewa, dia jugak akan memahami mood kita bila kita bersama dia... saya ada terbaca beberapa artikel.. yang mengatakan, kadang2 kucing boleh jadi tempat kite meluahkan maalah atau bercerita pada dia tentang apa saja yang kita rasa... walaupun dia tidak dapat menyelesaikan masalah kita dan berkata-kata balik pada kita, namun percayalah.. sesungguhnya dia memahami apa yang kita rasa.....



saya selalu membelai kucing saya yang dirumah bila saya rasa kesunyia... sedih... marah... ada jugak fakta mengatakan bahawa kucing juga sangat sesuai diusap oleh orang yang mengidap darah tinggi...sebab bila kita usap kucing, dia akan rasa lebih manja dan bertambahlah mengada-ngada.... walaupun, saya memang sayang sangat kat kucing.. hm.. sepajang hidup saya, dah banyak kucing yang saya bela... diruma, bukan saya seorang saja yang ska dan sayangkan pada kucing... malah ma.. ayah.. dan abang-abang saya... pernah ada seekor kucing yang saya bagi namanya nani.. nak kata dia jantan bkan.. nak kata dia betina pun bukan. yang nyata, dia memang tak suka pada kucing jantan... tapi dia jugak tak pernah beranak... manja.. memang manja... satu hari dia demam. sejak tu dia selalu tidor dalam bilik air... macam2 cara kai buat untuk tgk dia sihat.. tapi tak dapat jugak.. satu malam tu, dia tidor dalam bilik air lagi... dah pagi tu, bila ayah saya bangun untuk solat subuh kami tengok dia dah tak bernyawa... dia mati dalam keadaan menyarap... sedih sangat bila tengk dia macam tu.... satu lagi cerita tentang kucing yang pernah saya bela... saya bagi namanya binggo.. ada dua.. dan dia lahir satu ibu .sekor lagi saya bagi nama cikey.. binggo.. selalu gaduh dengan kucing lain... satu hari dia cedera teruk kat bahagian pipi..... saya sapu ubat dan bawak dia ke klinik... tapi doc kata dia dah kena barah sebab luka dia dah sampai ke dalam daging... sebab dia selalu garu... entah macam mana, satu hari dia hilang.. tak balik2... kami sekeluarga tahulah dia dah mati... sebab orang tua2 kata, kicing yang tahu kita sayangkan dia... dia tak akan nak tunjuk dia mati depan kita.. hmm. itulah serba sedikit cerita saya tentang kucing.. saya masih ingat.. masa saya last semesta di kolej... matapelajaran public speaking.. saya buat tentang kucing... best sangat... masa tu, saya nak tutup speach saya... saya buat cerita tentang kucing yang penah saya bela.. seronok sangat.. bila ada yang tahu kucing yang saya bela tu mati.. semua muka macam sedih... hmm. apapun, saya happy sangat.. sekarang, saya dah bela lagi seekor kucing... lepas yatim hilang.. saya bela lagi seekor kucing.. yang saya bagi nama atan... setiap hari, saya mesti belai dia.... bila saya kat ofis, saya akan selalu ingat atan.. kadang-kadang rasa tak sabar nak balik umah dan bermain dengan dia... tengok gambar tu... comel kan...??? sape yang tengok mesti rasa geram sangat....

Monday, April 21, 2008

..: mY BeSt FrIeNd wEdDiNg ::..

assalamuaikum.. hmm.. kalau dilihat gambar bawah ni.. senang hati saya.. saya turut merasa bahagia.. melihat sahabat baik saya meraikan hari bahagianya bersama insan tersayang.. dia bukan sahaja seorang sahabat pada saya.. malah saya sudah menganggap dia seperti saudara saya... bila dikenang kembali, 2 tahun yang lepas.. terlalu banyak air matanya tumpah gara-gara seorang lelaki.. subahanallah.. tak dapat saya bayangkan saat-saat dia menempuh kesedihan dan kekecewaan yang melanda diri nya... masih terniang-niang ditelinga saya bagaimana raungan hati dan perasaannya setelah mengetahui lelaki yang baru ditunanginya tak sampaipun satu minggu, ditangkap di disco dan disahkan 80% positif dadah.. nak lagi bekas tunang nya itu adalah seorang anggota polis...
entahlah.. nasib dan takdir masing-masaing yang telah ditentukan oleh Allah... alhamdulillah... sahabat saya ini jugak adalah seorang yang tabah.. bayangkan.. bertapa sayangnya dia pada bekas tunangnya itu.. dia tidak pernah percaya akan setiap cerita yang orang lain sampaikan pada dia.. tapi segala kepercayaan yang dberikan selama ini hancur berkecai... akhirnya setelah dia sendiri melihat dengan matanya, barulah dia percaya... saya masih ingat.. waktu saya bersama dengannya dalam saat-saat dia kecewa, memang sedih.. saya pun turut sama-sama menitiskan air mata melihat kesedihan yang ditanggungnya...
ttapi kini... alhamdulillah.. saya sendiri melihat kebahagiaan yang baru diperolehi.. disaat dia meraikan hari bahagianya.. saya juga turut berada disampingnya... sekarang.. dia berjawatan sebagai inspaktor polis.. segala kedukaan yang bertamu dalam dirinya kini telah berubah kepada saat yang bahagia.. dan tidak lama lagi dia akan menimang cahaya mata pula... doa saya untuknya, semoga dia akan kekal bersama insan yang disayanginya dan bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin...

Saturday, April 12, 2008

..:: Kekuasaan ALLAH dan jangan DERHAKA ::..

Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel. aku duduk sebelah ibu, Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku .ibu Bila merajuk. yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan. yang paling cepat marah..ibu Bila takut. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk. yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon. Ibu
Bila seronok. orang pertama aku nak beritahu.Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu!
"Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. IbuYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk. Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok. aku cari pasanganku Bila sedih. aku cari Ibu
Bila berjaya. aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal. aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti. aku bawa pasanganku Bila sibuk. aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ... aku ingat pasanganku Selalu. Ibu ingat kat aku Bila..bila. aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. .aku nak talipon Ibu Selalu .aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
RENUNGKANLAH...
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wanguntuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan puncukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratussebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidakberkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidaksempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

..:: CeRiTa SaM & DoL ::..

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
SAM:Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Monday, April 07, 2008

..:: . bErApA LaMa lAgIkAh...HaRuS AkU BeGiNi.... ::..

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
.
. 2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli
! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
.
. 3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan mata
nya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sud
ah bertambah.
.
. 4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
.
. 5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti æSelamat Pagi,
'Selamat Hari Minggu, æSelamat Tidur,Take CareÆ, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza,bukan ôaku CINTA padamuö, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
.
. 6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.
.
. 7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
.
. 8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi
bukan orang yang mencintai kamu.
.
. 9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu
- kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
.
. 10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
.
. 11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS good luck untuk memberi semangat kepada kamu.
.
. 12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
.
. 13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
.
. 14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

. 15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar jauh dimata, jauh dihati?
.
. 16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
.
. 17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
.
. 18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-
hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
.
. 19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
.
. 20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
.
. 21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolak
nya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya.
.
. 22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
.
. 23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab
dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
.
. Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan
pernah mensia- siakan orang tersebutà kamu akan menyesal melakukannya!
.
.

..:: ucapan seorang kekasih ::..

Mahligai dibina dipuncak kayangan...
. Tempat singgah si burung helang...
. Hilang keluarga hilang kawan...
. Demi kasih untukmu seorang...
.
. Tengah berlari tetiba berhenti...
. Takut pada si anak kucing...
. Jika engkau berasa sepi..
. Jangan diimbas waktu riang...
.
. Ingin aku berpesan... kepadamu kekasih...
. Jika engkau merindui diriku..
. Hubungilah aku disini...
.
. Engkau tiba...
. Bagaikan pelangi...
. Tak bercahaya namun kau berseri...
. Tapi cukup.. menghiburkan hati ini...
.
. Bangau merajuk..terbanglah ia...
. Enggang memujuk jangan lari..
. Jika sekarang kau gembira...
. Ingatlah daku ketika sunyi...
.
. Kasih berpadu takkan renggang...
. Cinta sejati jadi panduan...
. Jika janji engkau pegang...
. Mengapa sekarang aku sendirian...

Friday, March 14, 2008

..:: BaHaGiA ::..

Ada saat di dalam kehidupanmu di mana kamu sangat merindukan seseorang, kamu ingin mengambil mereka dari mimpimu dan benar-benar memeluk dia. Berharaplah bahawa kamu dapat bermimpi tentang dia, yang bererti mimpilah apa yang kamu impikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah sesuai keinginan kamu, kerana kamu hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa yang ingin dilakukan.
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu bahagia.Selalu letakkan dirimu pada posisi orang lain. Jika kamu merasa bahawa itu menyakitkan kamu, mungkin itu menyakitkan orang itu juga. Kata-kata lepas dapat mengakibatkan perselisihan, kata-kata yang kasar boleh mengundang celaka, kata-kata yang tepat waktu dapat mengurangi ketegangan, kata-kata cinta dapat menyembuhkan dan menyenangkan.Permulaan cinta adalah dengan membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak membentuk mereka menjadi sesuai keinginan kita dengan kata lain kita mencintai bayangan kita yang ada pada diri mereka.Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dari segala hal. Mereka hanya membuat segala hal yang datang dalam hidup mereka.
Kebahagiaan adalah bohong bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.Mereka hanya boleh menghargai orang-orang yang penting yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta mulai dengan senyuman, tumbuh dengan ciuman dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati. Ketika kamu lahir, kamu menangis dan semua orang di sekeliling kamu tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, jadi ketika kamu meninggal, kamu satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling kamu menangis.Kerana kamu begitu berharga bagi orang di sekeliling kamu, tunjukkanlah cinta dari hatimu dan biarkan sekeliling kamu menyedari bahawa mereka bererti buat kamu dan kamu bererti bagi diri mereka.
..:: KUALITI DIRI ::..
KETULUSAN:
Ketulusan di tempat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan membuat orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin tidak akan dibodohi atau dibohongi. Orang yang tulus selalu mengatakan kebenaran, tidak suka mengada-ada, pura-pura, mencari-cari alasan atau memutar-belitkan fakta. Prinsipnya "Ya di atas Ya dan Tidak diatas Tidak". Tentu akan lebih ideal bila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi keluguan yang boleh merugikan diri sendiri.
KERENDAHAN HATI :
Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan, kerendah hati justru mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya yang mampu bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk. Orang yang rendah hati mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Dia mampu membuat orang yang di atasnya merasa selesa dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa dipinggir.
MURAH HATI :
Kemurahan hati sudah menjadi 'barang antik' dan sangat tinggi harganya. Zaman sekarang sungguh susah mencari orang yang murah hati yang bersedia menolong orang-orang di sekitarnya dengan tulus tidak memikirkan keuntungan peribadi atas bantuan yang diberikan Tidak diragukan lagi, orang yang murah hati akan dicintai dan memiliki banyak sahabat
POSITIVE THINGKING
Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kacamata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputusasaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada kekecewaan, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.
KECERIAAN :
erana tidak semua orang dikurniakan wajah ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan ekspresi wajah dan tubuh tapi sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang mampu menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia mampu mentertawakan situasi orang lain, juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.
BERTANGGUNGJAWAB :
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan sungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyedari bahawa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apapun yang dialami dan dirasakannya.
KEBESARAN JIWA :
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputusasaan.
EMPATI :
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga mampu menempatkan diri pada posisi orang lain.Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

Friday, February 15, 2008

..:: gAnTuNg ::..

ku harus menemui cintaku
mencari tau hubungan kita
apa masih atau tlah b’akhir
kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa, ku harus bagaimana kasih…
sampai kapan kau gantung cerita cintaku
memberi harapan
hingga mugkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu
detik-detik waktupun terbuang
teganya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua
pasti gantungnya hubungan cinta denganmu
membuatku sakit hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu









..:: mY bAbY yOu ::..

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life's worth a thousand skies
You're the simplest love I've known
And the purest one I'll own
Know you'll never be alone
My baby you
Are the reason I could fly
And cause of youI don't have to wonder why
Baby you
There's no more just getting by
Though these words
I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

..:: TaPi BuKaN aKu ::..

jangan lagi kau sesali keputusankuku
tak ingin kau semakin kan terluka
tak ingin ku paksakan cinta ini
meski tiada sanggup untuk kau terima
aku memang manusia paling berdosa
khianati rasa demi keinginan semu
lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
karena takkan pernah kau temui, cinta sejati
berakhirlah sudah semua kisah ini
dan jangan kau tangisi lagi
sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
sejuta kata maaf terasa kan percuma
sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
semoga saja kan kau dapati
hati yg tulus mencintaimu tapi bukan aku

Saturday, January 12, 2008

..:: TaHuN bArU ::..

ASSALAMUALAIKUM....
lama betul saya tak update blog ni kan... semalam saya berpeluang seketika mengimbas cerita lama yang saya tulis sendiri dalam blog ni... tersenyum keseorangan bila saya baca apa yang saya coretkan dalam blog ni... hmmm... semalam saya berbual dengan seorang teman... tentang kisah lama waktu saya dialam student.. sebenarnya seronok jadi student ni.. nak lagi kalau banyak kenangan yang kita ciptakan sepanjang kita bergelar student... kadang-kadang saya terfikir nak mengulangi alam student tu lagi... pergi kemping dengan kawan2... buat program same2... bertekak dengan team pasal program.. macam2 lagilah... walaupun saat2 yang dilalui tu kadang2 rasa benci.. tapi terselit jua kenangan yang indah antara kami semua....
tahun ni... umur saya akan masuk 26 tahun... macam tak percaya yang saya bakal menjadi isteri orang tidak lama lagi.. rupa2nya, banyak lagi yang harus saya tempuh... agaknya macam mana kehidupan saya bila sudah bergelar isteri orang..?? hmm.. kadang2 takut pun ada.. tapi yang pasti saya selalu berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan saya... Amin...
harap2... saya dapat menenpuh semua daugaan yang bakal saya tempuh nanti... apapun.. ini saja masa yang saya dapat luangkan untuk mencoretkan sesuatu didalam blog saya.. insyaallah lepas ni jika berpeluang lagi...

peace...