Wednesday, August 30, 2006

..:: indahnya andai tak ada yang terluka ::..

hmm... semua orang dalam kehidupan ni ada harapan dan impian masing-masing... tapi kadang kala kita tak dapat kecapi harapan dan impian yang kita nak tu... apa alasannya.....?
bila bercakap pasal ni.. saya teringat satu kisah tentang kehidupan saya.... bagi saya inilah satu kisah yang tak mungkin akan dapat saya lupakan.... setiap hari saya menitiskan air mata kerananya.... semuanya kerana sebuah " cinta ".....
saya tahu.. ada orang kata cinta itu indah... ya... memang indah.. seandainya cinta itu tak dikhianati... dan tak ada sesiapa yang terluka kerana cinta... tapi kiranya cinta itu dikecewakan dan dikhianati... ? terlalu sakit rasanya nak menanggung kesedihan yang datang bertamu dalam hati kita.... terlalu payah untuk kita memaafkan orang yang mengkhianati cinta kita... terlalu payah untuk kita meluputkan segala kenangan antara kita dan dia.....
indahnya andai tiada yang terluka..... itulah harapan setiap insan yang bercinta dalam dunia ni... namun hakikatnya... bagi saya.. seandainya kita bersedia untuk menerima sebuah cinta dari seseorang... waktu itu sebenarnya kita perlu juga bersedia menerima kekecewaan seandainya berlaku.... kita perlu ingat.. tak semua yang kita impikan bahagia.. akan datang dengan senang..... dalam kebahagian yang datang tu terselit juga sebuah kedukaan sebenarnya...
terpulang kepada kita macam mana kita nak menghadapi kedukaan yang bakal datang tu.....

hmm... entah kenapa fikiran saya melayang untuk berbicara tentang ini sebenarnya.....
saya pernah lihat kekecewaan yang menimpa seorang sahabat baik saya satu ketika dulu...
waktu pertunangan nya tak seindah yang diimpikan.... ketika ini saya terkenangkan dia.. sebabnya hari ni dia tamat latihan sebagai inspektor polis.... sepatutnya saya bertemu dengan dia hari ni... tapi tak kesampaian kerana dia terpaksa balik semula ke kuala lumpur... so... mungkin 11 hbln ni saya akan bertemu dia...
saya ingat lagi... masa mula-mula dia putus tunang dulu... mmang dia merana... tuhan saja yang tahu setinggi mana simpati saya pada diri sahabat saya tu.... setiap hari menangis... setiap hari soalan yang sama dia tanya pada saya... " apa salah dia...??" pada mulanya saya boleh memberikan pandangan... jangan salahkan diri dia sendiri.... tapi.. semakin hari semakin banyak soalan yang sama di ajukan.... waktu tu lah... apabila dia menitiskan air mata.. saya juga akan turut menitiskan air mata.... memang sakit menangung kelukaan... tak lama selepas itu.... saya pula yang melalui kesedihan itu... bila dikenangkan kembali... memang sakit... jika sahabat saya itu diinggalkan atas sebab mempunyai orang ketiga... saya pula dihukum tanpa sebab...
tanpa sebab yang saya tahu... sakitnya hanya tuhan saja yang tahu...
hmm... tapi sekarang, saya lebih tabah untuk menghadapi segala kemungkinan yang mendatang... terutama berkaitan dengan perasaan...

..:: ku pujuk hati yang terluka ::..

hmm....
hari ni sattle kan semua surat untuk sekolah, jabatan pendidikan dan unit trafik berkaitan dengan konvoi kemerdekaan nanti... lepas ni harap-harap tak akan ada masalah lagi dengan mana-mana pihak... penat tau.. terkejar-kejar dan tertunggu-tunggu... apa nak buat.. dah nasib kita.. kalau tak suruh dan tak bagi arahan, nanti kerja dia orang tak jalan... walau macam mana sekali pun dia orang uat aku terluka, aku tetap cuba pujuk hati aku ni untuk stay dibelakang diaorang semua... kalau aku hilang semangat, bermakna semua jugak tak dapat uruskan kerja...
anyway..... semalam untuk aku melepaskan tension aku masuk satu kelas yang lecturer nya buat tayangan untuk assignment student dia... kebetulan waktu tu aku tak ada kerja nak buat..... so... aku pun layanlan satu filem inggeris... tajuk dia... " LIFE IS BEAUTIFULL " ceritanya agak menariklah... banyak perkara yang boleh kita pelajari dan ambik iktibar dari cerita tu... bagi aku... aku lebih memfokuskan kepada perhubungan seorang bapa dan anak nya tu... cerita tu berkaitan dengan perang dunia kedua... sibapa ni ditahan di penjara.. masa dia di tangkap, dia bersama anaknya... so.. terpaksalah bawak anak nya tu masuk penjara jugak... sibapa ni tak nak anaknya tu tahu perkara yang sebenarnya berlaku.. so... dia menipu anaknya tu dengan mengatakan dia ke tempat tu ( penjara ) untuk memasuki satu permainan game.. banyak lah konflik yang berlaku.. puas si bapa mereka-reka cerita...
hmm..
kalau saya nak cerita semuanya ka sini.. nanti panjang lebar pulak... kalau anda semua nak tahu apa kesudahan cerita tu.. tengoklah cerita tu.. " LIFE IS BEAUTIFULL ".... walau apapun, semalam terpujuk jugaklah hati ni dengan menonton cerita tu.. ada unsur2 lawak dan sedih jugak lah... so.. kalau nak tahu macam mane ceritanya.. beli CD key...

Tuesday, August 29, 2006

..:: first time nangis sebab projek ::..

hmm.. ari ni aku rasa sedih sangat...
bukan ape... kenapalah dengan partner projek aku ni..
selalu kalau dia tak datang dia infom aku awal2..
jadi senanglah aku nak cover dia... ni tak.. tetiba je senyap..
aku sms tak jawab... bila call tak dapat...
walau apapun, bagilah tau... aku ni bukannya tunggul....
aku jadi tertunggu-tunggu.... bencinya... macam ni....
so... terpaksalah aku present sensorang...
nasib baik tak banyak kena komen dengan penyelaras projek aku...
sabar....lagi...
hei... dalam minggu ni dan minggu lepas... ramai sangat yang
mencabar kesabaran aku ni...
mentang-mentanglah aku ni cepat lembut hati...
tapi... macam aku pernah kata dekat seseorang...
jangan cari kemarahan aku dan jangan cabar kesabaran aku..
setinggi mana pun aku sabar.. kalau dah nak meletup tu... meletup jugak...
jangan pulak masa tu nak menyesal...

..:: bakal jadi kak long ::..

~ si comel nursofia balkis ~

Monday, August 28, 2006

..:: persiapan sambutan bulan kemerdekaan kolej ::..

~ si cantik manis ~


~ pameran nikmat kemerdekaan ~

..:: aktiviti lepas habis program sekolah labu ::..

setelah penat main bowlling..

nak main bowlling.....

awek-awek cun... :>

..:: program sekolah labu ::..


masa siap-siap nak pergi

..:: i have no words ::..

entahlah... tak tahu macam mane lagi nak cakap... serba salah dibuatnya...
bila ditegur.. tarik muka.. merungut... kate kita ni asik nak cari salah dia je..
tapi dia tak pernah nak faham yang kita ni nak menegur dan nak mengajar
apa yang dia buat tu salah..bila tak ditegur.. nanti susahan orang lain....
aku ni pulak dah lah sibuk dan pening fikirkan passl projek.. bila aku
tak ambik endah, semua kata aku ni lepas tangan...
ingat aku ni suke2 je ke nak lpas tangan...??
entahlah... payah nak cakap kalau orang yang keras kepala dan degil ni...
dah tak tahu apa lagi perkataan yang aku nak guna untuk nasihat kan diaorang ni...
sabar kat hati ni.. tuhan je yang tahu...

Thursday, August 24, 2006

..:: kelamkabut hari ni... nak nangis pun ada jugak::..

hmm....
hari ni aku TERPAKSA buat kerja orang lain...
payah betul dapat anak buah yang manja dan tak boleh ditegur....
kerja semua nak bersuruh... tak cakap tak buat..
nasib baik aku tak gantung diri hari ni...
mana lagi nak uruskan projek....
pening..pening...
apalah nasib YDP tahun ni...
kalau aku dulu... mesti dah kena amuk dengan ketua......
nasib.. nasib...
tengah2 betulkan paperwork diaorang...
timbul lagi satu masalah yang besar....
waktu tu aku rasa degupan jantung aku macam dah berhenti...
terus hilang kata-kata.... tak tahu macam mane nak berfikir lagi dah...
tapi nasib baik masih boleh betulkan keadaan...
apapun.. hari ni bagi aku satu pengalaman untuk berdepan dengan orang yang selama ini..
lebih dikenali dengan sifat kedekutnya....
hmm.... tak kira... nanti dia orang kena ganti lunch aku hari ni
yang terpaksa aku abaikan.... semata-mata nak siapkan paperwork diaorang....

Wednesday, August 23, 2006

..:: tak faham ::..

kenapalah manusia ni suka menyusahkan manusia lain...?
tak faham aku... ini lah payahnya..
aku ni kalau boleh tak nak tengok orang2 disekeliling aku
susah hati... tapi dia orang ni pulak suka menyusahkan aku...
masing2 ada tanggungjawab yang perlu dipikul...
tapi macam tak tahu kenapa harus pikul tanggungjawab tu...
kita lakukan sesuatu bukan cuma kerana terpaksa...
tapi dah kalau itu tugas yang kita perlu lakukan...
jangan lah pulak kita susahkan orang lain....
payah...payah...
yang sorang nak macam ni... yang sorang lagi nak macam ni...
lama2 kita yang ditengah2 ni jadi gila...
gantung diri....
penat sangat bila berhadapan dengan orang yang kerenahnya macam ni punya rupa...
sabarlah hati.....
tapi.. sabar ni ada jugak tahapnya...
aku ni tak suka nak marah orang...
tapi bila sekali aku marah orang... lain pulak jadinya karang...
sebab bila aku marah.. semua perkataan akan keluar...
tanpa aku sedari....
bukan sengaja...
tapi kalau itu yang dia orang nak aku buat..
jangan sesekali usik kesabaran aku ni....

Tuesday, August 15, 2006

..:: bicara yang sepi untuk diri ini ::..

A woman's worth:
be careful if u make a woman cry,
because God counts her tears.
" A woman came out of a man's rib
not from his feet to be walkedon,
not from his head to be superior over,
but from his side to be equal...
under the arm to be protected and..
next to the heart to be loved....."
_________________________________________________________
jika ditanya hati insan ini
apa yang ia tahu...
ia akan berkata...
" aku tau aku menyayangi mu...
aku tau aku tak mampu membenci mu...
aku tau satu hari aku akan kehilangan mu...
dan aku juga tau aku tak pernah melupakan mu...."
" aku hanya tidak mengetahui kenapa ini perasaan ku,
mungkin kerana aku adalah aku..."
__________________________________________________
..........................sukar untuk kita menjaga hati setiap
insan yang hadir dalam hidup kita.. indahnya andai tiada yang terluka,
tiada yang tercalar pedih, menangis sedih................

..:: nak nagis rasanya ::..

hmm... thanks to kak nile...
bagi sokongan kat aku...
sabtu present kat depan penyelaras projek...
hai.... apelah nasib... malam tu, sistem tu elok je berfungsi...
tak ada masalah lansung...
kite pun berkobar-kobar lah nak present...
tetiba.............
dia boleh buat hal pulak kat depan...??
bila masukkan input, dia tak keluar...
sakit betul hati....
tapi nasib baik lah penyelaras tak mengamuk depan tu....
nak nangis pun ada masa tu...
tapi tahan jelah...
atlis aku dengan member aku lebih baik dari group yang lain...
group yang lain lagi banyak kena komen....
sabar je lah....................................................!!

..:: sebuah ungkapan untuk renungan ::..

" persahabatan datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,
walaupun mereka telah dikecewakan... kepada mereka yang masih ingin bersahabat,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya... dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan...
mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bersahabat dengan orang yang salah..
sebelum bertemu dengan orang yang tepat...
kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu...
hanya DIA yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2-NYA....."
Catatan Hati:
kelip2 senja

Thursday, August 10, 2006

..:: pembentangan sabtu ni ::..

hee... tatutnya....
pembentangan pertama untuk projek sabtu ni.....
macam manelah agaknya kan..??
hari ni je kepala dah sakit semacam..
sebab dari pagi tadi dok mengadap je...
kalau tak buat mcam tu... keja tak siap pulak..
hmm... pagi tadi anak-anak buah aku baru balik dari gunung senyum...
kesian diaorang...
aku tak dapat join program diaorang..
sebab sibuk dengan projek...
mesti seronok kat sana...
tak apalah...
yang penting... anak-anak buah aku berjaya menganjurkan program tu...
risau jugak sebenarnya... takut ada apa-apa yang berlaku...
biasalah.. darah muda...
cepat naik angin...
apapun... i love all my MPP..

..:: semua tentang kita ::..

waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawa mu
tuk kabuskan semua sepi dihati..

ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang msa yang indah
saat kita berduka
saat kita tertawa

teringat disaat kita tertawa bersama
ceritakan semua tentang kita..

Wednesday, August 09, 2006

..:: si comel adam ::..

hmm... semalam abang aku yang angah tu balik.... seronok sangat dapat main dengan baby boy dia ADAM.. comel sangat.. tapi... baby tu asyik lelap mate je.... tak nak jaga lansung...
aku pun ape lagi mengusik je dia... biar dia tak boleh tidur...
heii... geram betul dengan pipi dia yang tembam tu.. comel sangat...

Monday, August 07, 2006

..:: memori ::..

kasih sayang terdapat disini..
walau dalam kesamaran..
kenangan paling manis tetap terukir
walau dalam kesunyian..

kasih sayang datang
walau seketika dan sementara..
tapi tetap meninggalkan satu kemesraan..
dalam kerinduan
terselit kemesraan
dalam kerindauan
tersemat ingatan..

bertapa aku inginkan kenangan itu..
sentiasa disisi..
tetapi aku hanya manusia biasa..
takdir penentu segala nasib kita..
mengajar aku erti
kasih sayang,
kerinduan.. dan
persahabatan...

..:: tentang seseorang ::..

~ uNtUkMu TeMaN ~
Disini kita pernah bertemu
mencari warna seindah pelangi
ketika kau menghulurkan tanganmu
membawa ku ke daerah yang baru
dan hidup ku kini ceria..
kini dengarkanlah dendangan
lagu tanda ingatanku..
kepadamu teman agar ikatan
ukhwah kan bersimpuh padu
kenangan bersama mu
takkan ku lupakan walau
badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa..
mengapa...
kita ditemukan..
dan akhirnya.. kita dipisahkan
mungkinkah menguji kesetiaan
kujujuran dan kemanisan iman..
tuhan berikan daku kekuatan..
mungkinkah kita terlupa
tuhan ada janjinya
bertemu berpisah kita
ada rahmat dan kasihnya
andai ini ujian..
terangilah kamar kesabaran
pergilah gelita hadirlah cahaya..
___________________________________________________________
" .... if may take only a minute to like someone,
only an hour to have a cruch on someone
and only a day to love someone...
BUT, it will take a lifetime to forget someone ...."

Friday, August 04, 2006

..:: macam-macam hal ::..

tadi.. jumpa penyelia projek...
heii.. selamatlah tak kena bambu macam ari tu..
atlist dia dah mula faham...
cuma aku dengan partner projek aku kena terang dengan lebih
mendalam tentang masalah yang kite orang hadapi...
pening betul...!!
bila depan penyelia aku tu, ok pula sistem yang aku buat..
rasa nak marah...je...
apa pun, masuk ari ni...dah 4 hari aku tak tido...
mata ni macam nak keluar je bila ngadap komputer...
macam-macam hal...

..::kEnAnGaN DeMi KeNaNgAn::..

~ deligasi MPP 2006 ~

~ tengah tunggu komuter ~


~ anugerah pendidik kolej ~

Thursday, August 03, 2006

..:: projek..Ooo..projek :..

hmm... hari ni dah khamis...
semalam penyelia jumpa... tapi belum tengok sistem yang
kite orang buat tu lagi...
jumaat ni.. dia nak jumpa...
takutnya........!!
isnin ni 7 hbln dah nak buat pembentangan pertama depan penyelaras projek...
yang aku pelik ni..
kenapalah lecturer-lecturer kat sini
tak bagi aku bertanya sangat kat sorang lecturer sistem tu..
bukan nyer aku suruh dia buatkan sistem aku tu...
aku cuma tanya beberapa perkara je yang aku tak tahu...
kesian pulak aku tengok lecturer yang cuba bantu aku tu...
nak buat macam mane... manusialah katakan....
bila aku bawak jumpa penyelia aku, tak nak pulak dia tolong tunjukkan...
balik-balik kate awak perlu cari...
memanglah kite orang cari...
tapi kalau cari tak jumpa... dan kalau jumpa pun buat tak dapat..
salah ke kalau kite tanya orang yang lebih pakar..
atlist.. dia boleh bagi pendapat atau cadangan...
entahlah....

Wednesday, August 02, 2006

..:: kEnAnGaN yAnG aKaN tiNgGaL ::..


..:: bilakah semuanya akan berakhir ::..

setiap hari ada je cerita...
tak tahulah bila semuanya akan berakhir...
semakin hari, semakin banyak perkara yang
harus difikirkan..
sekarang memang tengah sibuk sangat dengan
projek akhir...
harap-harap, semuanya akan berjalan dengan lancar...
tentang perkara yang satu tu...
entahlah... bila agaknya nak berakhir..
namun aku dah terfikir..
untuk menamatkan cerita yang
tak pernah sudah ini...
insyaAllah...

..:: Bermulanya disini ::..

assalamualaikum....

hari ni dah 2 ogos...
dah masuk 8 bulan pun dalam tahun 2006..
sepanjang bulan.. banyak cerita yang terlakar dalam hidup aku...
yang gembira... sedih... kecewa...
entahlah... dalam hidup ni kita tak boleh lari dari masalah..
tapi kadang-kala kita perlu juga melarikan diri dari masalah supaya tidak terlalu membebankan hidup kita...
aku pernah terbaca satu kata-kata dari sebuah coretan seorang ibu tunggal...
"jangan biarkan setiap masalah menghambat diri dan kehidupan kita.. kerana banyak lagi perkara yang perlu kita fikirkan selain masalah yang selalu kita fikirkan..."
sebenarnya... dalam hidup ni, hanya kita sahaja yang tahu bagaimana kehidupan kita seharian...
apa yang perlu, kita sentiasa berdoa kepada yang hama esa... supaya memberi kita ketabahan dan kesabaran sepanjang kita melayari kehidupan kita...
pokok pangkalnya, segalanya bermula dari kita jugak...