Assalamualaikum...
kali ni aku betul-betul rasa sangat menyampah bila datang office... entahlah macam yang penah aku kata sebelum ni, keadaan sekarang dah tak macam dulu... dia mula berubah sejak kehadiran orang baru dibelakangnya.... mengapa dia begitu mudah berubah..? katanya dia penah terasa hati dengan aku.. tapi tak pulak nak bagi tahu atau tanya aku ape sebabnya..? sebelum ni, kite mesra.. tapi sejak kebelakangan ni..? aku seperti musuh pada kau... ada saja kau pamerkan rasa tidak puas hati kau tu pada aku...
dia lupa agaknya... teman barunya tu, aku yang bawa kesini.. supaya dia berteman... punyai teman rumah... dari seorang, jadi tiga pun sekarang... lupakah dia bahawa aku yg berusaha untuk merengankan bebannya..? kenapa aku pula yang harus dipersalahkan.. inilah kata orang.. habis sepah, madu dibuang... kebaikan ku sudah tidak ternilai lagi dimatanya bila dia sudah punya orang baru.... kalau nak dikatakan dia berkecil hati dengan ku, aku 100x berkecil hati dengan sikap nya...
tuhan tu maha adil dan kaya.. satu hari akan kau tahu siapa yang benar... mulai hari ini akak ku padamkan panggilan adik untuk diri mu... ape pun yang bakal berlaku selepas ni, bukan lagi urusan aku... kalau kau rasa kau lebih bijak, lebih arif, lebih pandai dan serba-serbinya kau yang hebat... pergilah kau jauh dari pandangan mataku... yang ak tahu, selama ini aku tak pernah membina jurang antara kau dan aku... kau yang memulakan segalanya.... aku pun tak pernah merasa iri hati dengan ape yang kau perolehi....
manusia.. memang macam ni... sering tak puas hati dengan ape yang dia dapat... terpulanglah.. bagi aku, ape yang aku perolehi sekarang ni, atas usaha aku sendiri...dan rezki yang tuhan kurniakan untuk diri ku.... aku sedar aku bukanlah manusia sempurna...
tuhan.....
ampunkan dosa-dosa ku...
tabahkan hatiku... dan cekalkan diriku untuk menempuhi semua dugaan yang kau berikan untuk diri ku ini... jauhan insan2 yang berhati busuk yang berada disekeliling ku ketika ini... biarlah aku dengan tujuanku yang sebetulnya.... dan kau berikanlah keinsafan untuk dirinya supaya berubah kepada kearah kebaikan... amin..
No comments:
Post a Comment