Assalamualaikum...
Last saya update blog ni bulan april.. tu masa saya masih bersama-sama dengan menti sales saya mastura melaksanakan tanggungjawab dalam bahagian sales... sepanjang aku kerjasama dengan dia, aku tak pernah punyai masalah perasaan... maksud aku dalam menjalankan tugas sebagai mentor kepada sales coordinator ni...
tapi sejak kebelakangan ni, perasaan aku sering terusik... entah kenapa mudah sahaja membaca gerak geri insan yang selama aku kenali dirinya ku panggil dengan panggilan manja.."adik"... jujur ku katakan, aku merindui saat-saat dulu... kami bertiga selalu gelak ketawa walau dalam ape juga masalah yg kami hadapi...
tapi kini, semuanya telah berubah... "adik" dah tak macam yg aku kenal mula-mula dulu... dah jauh... sensetif... tidak lagi mesra seperti dulu dengan kami... kenapa begitu mudah dia berubah..? kalau nak dikatakan dia terasa hati dengan aku, aku boleh katakan bahawa aku 10x lebih terasa dengan sikapnya ketika ini... entahlah... mungkin tuhan tu sengaja ingin aku berperasaan seperti ini terhadapnya... kerana aku ada dengar ura-ura yang dia akan bekerja di tempat yang lain... mungkin ini caranya supaya perasaan ku ini tidak terlalu sedih dengan pemergiannya nanti...
namun, percayalah... aku akan merindui gelak ketawanya... senyumannya.. gurau sendanya... dan bebelan tanpa hentinya setiap kali mempunyai masalah dengan bahagian kitchen...
tuhan... kau maha mengetahui.. mungkin... biar saja tempat ini yang ketahui semua rasa isi hatiku.. tapi... dalam diam aku sedih... dan kecewa... bukan mudah utk aku ungkapkan perkataan "adik" untuk diri seseorang... tuhan.. kau sahaja yg tahu.. sayangnya kakak ini kepada adiknya... biarlah... :(
No comments:
Post a Comment