Saturday, December 17, 2011

..:: sAtU KiSaH mEnYeNtUh eMoSi kU ::..

assalamualaikum....

suka saya nak kongsi satu cerita yang saya dengar dari suami saya pada petang semalam.... suami saya bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Pilah, sebagai Penolong Pegawai... petang semalam, katanya dia didatangi seorang lelaki bersama dua anaknya.. seorang berumur 5 tahun..(perempuan), yang seorang lagi beruur 7 tahun (lelaki)...

bapanya tadi datang untuk meminta bantuan tempat tinggal.. sebab.. katanya dia dihalau oleh saudaranya.. kerana dia hanya duduk menumpang sahaja disitu... sebab dia dihalau adalah kerana dia baru sahaja keluar dari penjara atas kesalahan menghisap dadah... itu, adalah hukuman untuk dia bau undang-undang.. kita sebagai manusia, angan pula menghukum dia...

seterusnya, suami ku bercerita, lelaki tadi mempunyai 2 orang anak... kedua-duanya masih kecil.. seorang perempuan, dan seorang lagi lelaki... suami ku kata, sungguh comel anaknya yang perempuan itu.. kerana matanya kelihatan bundar.. namun pun begitu, kata ayahnya lagi.. tiada siapa yang berani menyentuh anak-anaknya itu.. memandang anak-anaknya itu seperti selonggok sampah yang sangat jijik.... kenapa...? kerana anak itu dijangkiti HIV positif...

subahanallah.... aku betul-betul terkejut dan berasa sangat sayu... kasihan pada kanak-kanak itu.. dia tidak berdosa... dia tidak bersalah... dia telah dilahirkan begitu... bukan salah dia... kata ayahnya tadi, ibu mereka juga meninggalkan 2 beradik itu kerana menghidap HIV.. ibunya lari bersama anaknya yang sulong kerana hanya anak yang sulong sahaja tidak dijangkiti HIV...

kemana perginya belas kasihan dan kasih sayang seorang yang bergelar IBU...?? Ibu yang mengandungkan... ibu yang melahirkan... sampai masa di biarkan sahaja anak itu begitu sahaja... sungguh-sungguh saya rasa sayu.. bergenang juga air mata ini ketika mendengar cerita itu.... lagi yang meruntun perasaan ku, anak-anaknya masih belum makan.. hanya bersarapan meggi pagi itu... lantas, suami ku menasihati, supaya dia membawa anaknya pergi makan dahulu sebelum pulang... kemudian, meminta kebenaran saudaranya tadi untuk bermalam hannya semalah lagi... supaya keesokkan pagi-pagi barulah dia boleh ke kuala lumpur...

suamiku juga telah memberi dia sdikit bantuan dalam bentuk wang tunai... dan memberi alamat rumah kebajikan untuk penghidap HIV... pesanan terakhir suami ku padanya, supaya dia tidak mensia-siakan anaknya itu...

itulah lumrah manusia di dunia ini... apa yang aku dan suami ku dapat lakukan adalah, hanya berdoa semoha lelaki tadi terus berubah... mendidik anak-anaknya supaya dia akan senang dikemudian hari... amin...

Thursday, December 15, 2011

..aPe pUn, AkU ReDhA ::..

assalamualaikum....

sepanjang hujung minggu lepas dan sehinggalah minggu ini.. semuanya rasakan bagai tak ingin dikenang lagi.... akukah yang bersalah dalam semua perkara yang terjadi..? tiba-tiba dia datang untuk bertanyakan padaku adakah aku mempunyai perasaan tidak puas hati dengan dia?

akhirnya, terucaplah kesemua perasaan yang aku dan dia rasakan selama ini... katanya aku banyak berubah.. berubah kah aku...? akukah yangberubah...? entahlah... dimanakah silap semua ni...? aku tak mengetahuinya.. jujur aku katakan.. aku lelah... terguris dan terluka dengan semua kata-kata yang dilemparkan pada ku... akhirnya... semua kesalahan dilemparkan kepada ku walaupun mulutnya menuturkan bukan hendak menyalahkan semuanya pada ku...

ape yang aku nilai.. semuanya adalah disebabkan terlalu menyimpan perasaan yang tidak puas hati terhadap ku... lama kelamaan, inilah jadinya... bagi ku, yang sudah tu sudahlah.. aku tidak mahu memikirkannya lagi... tetapi dia tidak... dia bukan seperti aku... dan aku juga bukan seperti dirinya...

aku adalah aku... aku kenal diriku siapa dan bagaimana aku membawa diri ku ini... hanya orang-orang tertentu yang betul-betul mengenali diriku sahaja yang memahami siapa aku yang sebenarnya... entahlah... entahlah... itu sahaja yang dapat aku katakan... puas sudah aku mengingat kembali.. dimana silap ku... bila aku berubah..? penat.. tersangat penah menahan perasaan ini...

sehingga ke hari ini, aku masih dipersalahkan.. walaupun bukan aku yang mengutarakan perkara itu, nama ku tetap dibabitkan... aku jugak disalahkan... ya allah... hina sangatkah diri ku..? buruk sangat kah aku...? KAU saja yang mengetahui semuanya tuhanku... aku serahkan semuanya pada-Mu.... kau tunjukanlah kebenaranya.... walau ape pun.. aku redha...

Monday, December 12, 2011

..:: LeBiH bAiK DiA pErGi ::..

assalamualaikum...

this is for december... hampir 2 minggu saya tak dapat nak update blog ni... ape nak buat.. note book terpaksa dipinjamkan kepada my lovely hubby... ksian die.. banyak urusan kerja yang perlu dia sattlekan...

hhmmm.....
akhirnya... dia akan tinggalkan tempat ni.... siapa..? adalah... 2 umat manusia yang berada didalam office aku yang sering membuatkan aku dengan sahabat ku seorang lagi setiasa berkecil hati dan macam -macam perasaan yang kami rasa... ape yang saya ingin katakan, tidak sabar rasanya untuk merasai pemergiannya.... zalim ke saya jika itu yang saya ucapkan..?

sebenarnya... tak dapat nak saya ceritakan perasaan saya ketika ini... terlalu pedih.. sedih dan.... entahlah... ape yang saya tahu, saya tak sabar menunggu hari perpisahan kami... kalau setengah orang, akan sedih dengan pemergian kawan satu pejabat... tetapi bagi aku kali ini.. tidak... perasaan ku tak sama seperti waktu perpisahan dengan seorang kakak yang dulunya dia bekerja disini.... waktu itu aku betul-betul terasa akan pemergiannya.. sedih... tetapi pemergian 2 umat manusia ini seperti aku harapkan.... kenapa...?

mungkin kerana sikap mereka... yang lepas, aku dah lupakan... namun kadang kala perasaan ku sering terusik dengan sikap-sikap mereka yang sering menyisihkan aku dengan seorang lagi sahabat ku... ape salah kami sebenarnya..? jika hendak diikutkan, mereka berdua yang lebih menyisihkan kami berdua.... entahlah.... perasaan ini semakin terasa sewaktu aku didalam perjalanan dari rumah paklong ku...

semalam..... aku dan suami ku membawa ibu dan bapa ku kerumah paklong ku kerana paklong ku membuat kenduri kawin anaknya... dan semalam juga adalah pertandingan congkak yang kami rencanakan untuk tahun ini... aku dilantik untuk menjadi juri serta pemerhati... seperti yang dinajnikan acara pertandingan akan bermula pada pukul 1 petang... sewaktu perjalanan, aku menerima massage dari salah seorang 2 umat manusia itu tadi.... dia meminta aku melewatkan waktu pertandingan dari pukul 1pm ke pukul 3pm... atas alasan, kereta dia ibunya bawa dan pekerja yang bekerja diwaktu pagi masih belum selesai tugasnya...

ape ni...? kenapa pada hari pertandingan baru nak cakap perkara seperti itu..? sedangkan 4 hari sebelum pertandingan aku telah bertanyakan perkara itu kepadanya.... dia sendiri yang berkata.. siapa yang ada dulu.. bertandinglah dulu.... aku berpegang pada kata-katanya... dan aku juga telah menyusun masa aku pada ketika itu.... pantang aku betul orang mengubah plan last minit.... itu yang aku telah belajar sewaktu didalam MPP dulu...

aku un membalas message dia... aku katakan yang pukul 3pm itu terlalu lewat.. aku akan mulakan pertandingan dala pukul 2pm... dua membalas... "oklah kalau mcm tu.. tengoklah sape yang ada nanti..." ape maksudnya berkata macam tu..?

aku membalas lag..." akak tunggu jelah sape2.. tapi kalau ta ada sape-sape, akak baliklah nanti.. kau uruskanlah nanti... akak ada hal petang ni.. mintak maaf sangat2...." aku juga mengatakan, barang pun ada pada nya ketika itu kerana waktu itu aku masih lagi belum sampai ke tampat kerja ku dan aku tidak tahu langsung yang barang-barang tersebut berada dialam almari tempat dia menyimpan barang... sewaktu aku sampai di office, aku pun mencari barang2 tu... setelah aku jumpa, aku pun menyiapkan tempat pertandingan tersebut....

namun... perkara itu bukan habis setakat itu sahaja... dia membalas.." pe masalah akak ni.. sape yang handel congkak buka saya yang handel, dalam meting kata macam mana ari tu? handel lah sampai habis.. pikir akak je ada hal.. saya tak aada hal?"

jujur aku katakan.. sewaktu aku mendapat message tu, kemarahan ku memang meluap-luap...
kalau nak ikut kate dalam metting, dia lebih bersalah didalam perkara ini.. sesuka hati dia nak tukar masa permainan... sesuka hati dia nak cakap aku mcam tu... dia ingat aku ni ape..? dia lebih pentingkan diri sendiri.... bukan aku.. sekurang-kurangnya, aku tetap menjalankan tugas ku.. aku datang untuk selesaikan tugasku... salah ke jika aku menyerahkan pada nya sedangkan itulah rancangan dia sebenarnya.... kalau ikutkan hai, memang aku maki dia depan-depan... dah lak tak reti berterim kasih.. ini cakap aku seperti itu...

lepas ni.... apepun nak berlaku kat kau, kau uruskan lah sendiri.... kau lupe.. selama ni kalau kau susah, siapa yang lebih membantu... aku dah cukup jelas menjalankan tugas aku sepenuhnya... bukan macam kau.. yang lebih melepaskan tangan apabila masalah timbul... tuhan tu maha adil dan maha mengetahui niat dihati masing-masing... lebih baik dia pergi... itu lebih baik...

Tuesday, November 22, 2011

..:: SuKaR UnTuK aKu FaHaMi ::..

assalamualaikum....


pagi tadi...

masuk office ok jer... cam biasa rutin harian bila aku masuk office... bukak bilik big boss.. ambik kunci dan lakukan tugas harian aku... huhuhu.. masak air... buat neslo panas... sarapan dulu sebelum mulakan tugas...


hari ni...

my boss masuk office lah... lame tak jumpe dia... al-maklumlah.. boss aku MC satu bulan.. operation lutut... jalannya masih terhincut-hincut... hohoho... dah berumur.. mcm tu lah...

tapi..tapi... hari ni dia tak kacau aku.. dia masuk office diam je.. tak ade panggil-panggil aku... selalu sikit-sikit.. laila...laila...laila... heeeiiii... naik rimas lak aku... hahahahahaha... ape nak buat.. dah namanya PA bos.. macam tulah... actually... my bos ni seorang yang sporting jugak lah... hehehe... alhamdulillah... dapat bos yang macam tu...


okkkeeeeyyyyy...

tinggalkan dulu pasal office... sebenarnya hari ni bukanlah nak cerita ape aktiviti aku hari ni... tapi lebih kepada nak meluahkan rasa kesukaran untuk aku fahamkan sifat dan ragam manusia yang berada disekeliling aku sekarang ni... mane tak nya... aku bukanlah nak puji diri sendiri atau nak bercakap besar... sepanjang aku aktif dalam MPP di kolej dulu.. macam-macam aku dah lalui.... dan aku punya pengalaman dari sekecik-kecik program sehinggalah sebesar-besar program... hehehehe...


adalahhhh...

2 orang staff aku yang dilantik oleh kelab HSMSBN ni sebagai AJK sukan.. plan nak buat satu program pertandingan indoor dan outdoor games... just simple-simple game jer dan BBQ dinner konsep portluck just for suke-suke... so.. after metting dengan AJK yang lain.. kami semua bersetuju... aku sebagai ahli jugak tak ketinggalan untuk memberi dorongan dan sokongan...


tapi...tapi...

tetibe jer dengar ade pulak mulut longkang yang bercakap dan komen yang bukan-bukan... tak setujulah buat kat dalam kawasan hotel... buat kat luar lagi seronoklah... dan macam-macam lagilah yang aku dengar.... naik meluat pulak aku dengar... dah kite plan yang simple-simple namanye.. tentulah sesimple yang mungkin... ini tidak.. berangan-angan mak jenin pulak nak buat besar-besaran.... apelah punya orang...


hari tu....

masa buat pelantikan AJK, bila lantik dia.. dia tak nak... ni bila orang dah plan.. banyak cerita pulak... tak faham manusia macam ni... rupe-rupenya... bila di invistigate sikit.... cerita yang sebenarnya.. dia dengan penuh perasaan membangkang supaya bbq dinner konsep portluck tu dibuat didalam kawasan hotel disebabkan dia tak nak buat kerja nanti.... APELAH MASALAH KAU YANG SEBENARNYA mAnGkUkKkKkK....!!!!


kalau kau tak nak buat semua tu..than, tak payah buat keja... ko datang bawak badan ngan mulut longkang ko tu.. makan je ape yang tersedia.. tak payah nak bangkang habis-habisan.. ramai lagi orang lain yang sudi menolong untuk uruskan semuanya... ingat orang yang kat dalam ofice ni tak tau buat keja ke? kau teruskan lah dengan perinsip hidup kau yang entah macam hape-hape pun aku tak tahu nak ertikan tu....(senang sikit kerja aku)... ayat yang dalam kurungan ni lah yang selalu kau ucapkan bila terlalu banyak alasan yang kau berikan...


ayat leser aku...

"patutlah kerja kau...jawatan kau... sampai situ je tuhan tu nak bagi.... sebab yang kau tahu... kau nak kerja yang selalu menyenangkan kau... tak nak langsung bersusah payah sikit..."


- eNd -

Monday, November 21, 2011

..:: RaSa TiDaK DiHaRgAi AkAn keHaDiRaN ::..

assalamualaikum...


tadi...

sambil-sambil aku buat kerja.. sambil-sambil minum neslo panas... sambil-sambil buat report gaji.. aku jelajah blog aku sendiri... saje mate ni bace-bace ape yang pernah aku coretkan dalam blog aku sendiri... lantas aku terbaca satu comment untuk coretan aku tahun 2007 yang bertajuk ..:: DiHuKuM TaNpA SeBaB ::..


ada satu comment yang akhir katanya mengatakan dia pernah merasa tidak dihargai dalam setiap kehadirannya didalam hidup seseorang.... pernah tak kite semua rasa sebegitu..? jawapannya... YA..!! aku juga pernah merasai perasaan itu satu ketika dulu... memang teruk sangat rasanya pada ketika itu.. ibarat diri kita ni macam...macam... entahlah.. payah untuk diibaratkan dengan kata-kata...


perasaan...? mestilah sedih gila... cuma tak sempat nak gila je waktu tu... boleh diktakan hari-hari aku menangis kerana itu...


tapi...

walau apa pun yang berlaku saat itu, aku masih punya keluarga... sahabat dan teman-teman karib yang sentiasa memberi sokongan buat aku meneruskan kehidupan seharian ku... yang penting... aku perlu menyibukkan diriku dengan aktiviti dan sentiasa ketawa supaya aku melupakan terus akan dirinya...


alhamdulillah... syukur... sehingga waktu dan saat ini, aku tidak lagi memikirkan tentang dirinya...


peace..

..:: LePaSkAn SeMuA DiSiNi ::..

assalamualaikum...

hari ni, isnin 21hb Nov 2011...

masuk2 office je, aku terus duduk kat meja aku yang tersangatlah strategik... hehehehe... ambik kunci, bukak pintu bilik boss aku than baru ambik kunci untuk bukak loker belakang seat aku.. keluarkan my lovely note book ant than masukkan my handbage kat dalam locker tu... hohoho...

hhmmm... air panas untuk buat neslo panas for my breakfast pagi tu... bekal nasi goreng aku keluarkan dari bag yg sentiasa aku bawa setiap kali aku pegi kerja... hehehehe.... pas tu. ape lagi.. keluarkan barang-barang yang ada dalam laci meja aku...

than aku check pulak log book setiap department yang tiap-tiap pagi semua supervisor hantar.. on my table... hehehehe... dah itu rutin harian aku.. nak buat macam mane... kadang-kadang naik juling mate membaca report yang dia orang tulis dalam log book... al-maklumlah... tulisan masing-masing ada yang macam cacing sakit... sakit mate aku... rase nak bukak kelas menulis jer... hehehehehe....

air dah masak.... neslo panas... nyam..nyam.. nasi goreng.. dah habis aku makan sambil-sambil check log book yg menyakitkan mata tu... pas tu, tengah menikmati neslo panas, sambil tu tangan ni gatal lak.. on notebook yang comel ni.. ape lagi... blog lah.. hohoho.. tab lain.. FB.. tengok ape yg setiap hari kengkawan aku repekkan dalam FB masing-masing...

selesai sudah... aktiviti pepagi masuk office...

semak benda lain lak... ada billing belum buat.. tunggu.. my staff acount tak siap cashering lagi... mungkin ada lagi billing yang lain perlu dibuat... huhuhuhu... sambil-sambil tu... alamak..!!
21 haribulan? 23 hb dah closs account... gaji time...

so.. apelagi... kumpulkan semua OT, Claim and night audit report... ni yang selalu buat aku pening kepala ni... cop..! buat keja dulu... nanti baru sambung cerita... ape aktiviti aku sepanjang hari ni.. sampailah pukul 5pm nanti...

TQ bace...

Saturday, November 19, 2011

..:: bUkAn AkU pEnTiNgKaN DiRi sEnDiRi ::..

assalamualaikum...


Luahan perasaan aku sekali lagi... aku plan nak pergi tempat lain hari ni..

tapi alih-alih jadi lainlah pulak...

adalah.. sorang staff kat tempat keja aku ni.. hari tu

dengar kaki dia patah... so, mc lah beberapa hari..


hari tu, aku dah plan.. dengan staff-staff aku yg nk pergi melawat dia..

last-last tak jadi.. semam my manager hangin satu badan..

sebab..

ye lah.. kite semua sedia maklum yang kalau kite bekerja,

pas tu mc pulak.. so.. mc namanya duduk rumah.. tak boleh pergi mana-mana..

ini tidak.. aku tahulah dia baik sangat dengan sorang staff pempuan aku ni..

hari-hari berjemput dan hantar balik..


alih-alih.. sakit-sakit ni pun dia masih nak hantar dan jemput pempuan tu...

(aku tak tahu kenapa aku rasa bengang sangat)

kalau setakat mc tu disebabkan demam, tak ape lagi.. ini tidak..

kaki berbungsuk(bersimen) masih ada hati nak memandu kesana kemari..

kalau rasa kaki tu ok, baik dia datang keja je...

(kenapalah aku cakap macam mni..?)


entahlah.. sebelum ni, aku tak macam ni..

sejak kebelakangan ni, aku semakin terasa...

(meluat/menyampah/bosan dan sesukutu dengannya)..


sebab...

bila niat aku baik, orang selalu salah ertikan..

anggap ape yang aku cakap, buat adalah sebab aku ni dengkikan mereka...

apelah nasib aku ni... sedih sangat-sangat rasanya...


sebabtulah aku rasa tak ada hati nak pergi melawat sesiapa..

hari tu mungkin.. tapi masa tu itu niat aku sepenuh hati...


hari pertama aku nampak dia dengan sihatnya memandu

untuk menghantar kawan baik dia.. hati aku dah berdetik..

bukan dia tak tahu tentang undang-undang tu... tapi sahaja buat-buat tak tahu..

nanti, bila ada yang mempertikaikannya, pasti terasa hati..

marah... cakap macam-macam..


entahlah.. aku ni bukan nak pentingkan diri sendiri..

tapi, setiap kali aku buat ape yang terbaik untuk mereka semua,

tak pernahpun dihargai.. malah dicaci...

sedih... memang tersangatlah sedihnya...

kecewa betul bila ada orang ganggu plan aku..

hari lain tak boleh ke nak pegi..?

penatlah macam ni... asyik aku je yang kena mengalah...

sampai bila..?

biarlah.. kadang-kadang orang tak tahu ape dan tak

pernah nak faham.. ape yang kite rasa... :(

ape nak buat.. nasib.... tunggu jelah.. waktu berubah..

aku akan pergi jauh.. dari sini...

mungkin itu yang lebih baik...

..:: kAtA SuArA HaTi, KeNaNgAn iTu AdA uNtUk DiKenaNg... ::..




Assalamualaikum...

Pada yang tahu, ini adalah status saya semalam di wall FaceBook... bila hati sunyi, inilah yang akan kita sentiasa fikirkan.. 'KENANGAN' member baik saya comment kat FB, katanya.. itu sahaja yang ada untuk dikenang... ape lagi kalau bukan kenangan... B.E.T.U.L..


Setiap kali perasaan saya terusik di office, saya sentiasa teringatkan kawan saya... satu-satunya kawan saya yang sentiasa ada sewaktu saya sama-sama bekerja di Hospital Tuanku Ampuan Najihah... Suka, duka, sedih, gembira kami harungi sama-sama... Umur kami sebaya.. Kali pertama saya bertemu dengan dia, sewaktu sama-sama lapor diri di Pejabat Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan untuk jawatan Pegawai Khidmat Pelanggan Sambilan.. Disitulah kali pertama saya menemui dia dan berkenalan dengannya... Dia menumpangkan saya untuk melaporkan diri terus ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah... Secara jujurnya, saya terhutang budi padanya...

Saya besama kawan baik saya 'Yusfarawahida'


Ni...di atas ni... tulah kawan baik saya sewaktu sama-sama bertugas di HTAN, K.Pilah.... Kemana saja kami pasti berdua.. Saya memahaminya.. Dia juga memahami saya... Kami tak pernah berselisih faham... Sebabnya, kami telus.. jujur.. dan sentiasa berbincang atau bersuara dalam apa juga masalah... 'My BeSt fRiEnD' miss you soooooo.... much...


bilalah agaknya kami akan bertemu lagi.. walaupun dia hanya duduk di kuala pilah saat ini, namun aku tidak punya waktu berjumpa dengannya... terlalu sibuk dengan urusan-urusan harian... hujung minggu, aku ke Pedas, rumah mak mertua ku... sebab hujung minggu sahaja waktu aku berikan manja anak ku buat ibu dan ayah mertuaku... dari amirah baby sehingglah amirah sudah berumur 2 tahun 4 bulan... semakin bijak, nakal dan petah bercakap...


masa ni hari-hari terakhir kami menjalankan tugas di HTAN.. sebabnya Kontrak kami tidak disambung lagi... Sedih sangat... :(

di sebelah ni, kami bersama
SN Fatimah. Kami panggil dia kak Tim...memang sporting habis... dialah yang paling baik dan
best waktu bekerja dan yang paling rajin... huhuhuhu.. puji melambung nampaknya... Kak Tim.. kena belanja makan ni... heheheheh..





Apepun, ni semua kenangan lalu.. bersama-sama mereka.. menjalankan tugas... walau macam mana payah pun untuk kami hadapi, tapi sentiasa sabar waktu tu... yang seronoknya waktu tu, walau pun kami penat, tapi kami happy dengan kerja kami... selalu tolong orang... bila orang rasa pertolongan kami tu menyenangkan mereka, mereka akan ingat kami sampai bila-bila... apa yang saya dapat tahu, bila kami berdua sudah tak bertugas disitu lagi, kami sentiasa ditanya oleh pesakit-pesakit yang datang membuat rawatan.. terutama pesakit yang pernah kami bantu... hhhmmmmm.... rinduuu....



































Thursday, November 17, 2011

..:: aPa YaNg AkU RaSa ::..

Assalamualaikum....

Agak beberapa hari aku tak dapat blogging sebab hubby aku pergi kursu dan membawa sekali my love n qute notbook... FB pun dengan handfone... hehehehe...

11 November, 2011:

Ada sorang kakak kat tempat keja aku ni.. aku panggil dia kak ya.. kat tempat keja dan dalam ofis ni dia yang paling senior... so, memang lebih hormat kat dia ni... hari tu, dia panggil aku... sebenarnya sebelum dia tanya, aku dah tahu ape soalan yang dia nak tanya kat aku.... so, aku memang dah bersedia awallah...

dia tanya.. aku ada masalah ke dengan 2 orang lagi budak ofis aku tu..? aku lak tanya dia kenapa kak ya? kak ya tengak, aku macam ada masalah je dengan budak-budak ni... aku pun memulakanlah luahan perasaan aku... aku ni memang rasa betul-betul terasing.. terpinggir... dan teriasa hati... sebab aku tak tahu ape salah aku kat diaorang.. tetiba dah tak boleh bergurau macam dulu... aku dah cuba.. tapi yang aku dapat kesakitan hati yang melampau...

ape lagi daya aku.. aku dah cuba buat yang terbaik... tapi orang masih anggap aku ni jahat... jahat sangat ke aku ni? salah ke kalau aku jalankan tugas aku..? serba salah aku dibuatnya... kalau bukan aku yang cakap pun dah jadi isu... penatlah macam ni... dengan kerenah orang-rang yang berada disekeliling aku ni..

kadang-kadang aku rasa nak giveup terus... nak pergi jauh-jauh dari sini... tinggalkan tempat yang ering menyesakkan perasaan dan kepala aku ni.. dan kadang-kadangg aku rasa nak menitiskan air mata.. tapi untuk apa..? tak akan ada sesiapa yang boleh memahami situasi aku di tempat aku sekarang....

Tuhan...
aku terima dugaan yang Kau turunkan buat diriku.. namun, aku mohon ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk aku lalui dan hadapi dengan kuat...

-eNd-

Friday, November 11, 2011

..:: KoRbAn pUnYe CeRiTa ::..

Assalamualaikum...

Ni cerita yang baru je aku dengar dari staf-staf aku mase aku makan tengahhari tadi...
sebelum hari raya haji hari tu, big boss aku ade pesan kat one of my staff yang boleh dikategorikan dalam golongan yang berpendapatan rendah... bos aku pesan kat dia yang bos aku tu ada buat korban tahun ni... jadi dia amanahkan kat staff aku ni tadi untuk ambil daging tu dan edarkan kepada orang-orang miskin...

kebetulan... sebelum raya haji hari tu, bos aku ni masuk hospital.. operation lutut... jadi, dia tak adalah masa korban dijalankan tu...

sampai hari raya haji dan hari melakukan korban, staff aku ni tadi pun pergilah ke tempat dimana bos aku melakukan korban tersebut... TAPI... yang malangnya.. sesampai je staff aku disana, kakak-kakak dan anak-anak buah bos aku bagi tahu, yang mana daging telah pun habis... tapi tak tahulah... habis diedarkan kepada orang yang sepatutnya atau habis diedarkan kepada kaum-kerabat dia sendiri... Amanah entah kemana... harapan pun hancur berkecai...

kesian kepada staff aku yg datang kat tempat tu... kot ye pun, hulurlah sebungkus pada org yg datang tu... ini tidak.. boleh pulak dia suruh staff aku mintak dekat orang lain... apelah punye orang.... inilah dinamakan... tidak amanah... bos aku amanahkan ahli keluarga dia untuk edarkan pada orang miskin dengan bantuan staff aku tu.. tapi jadi sebaliknya.... konsep korban telah salah digunakan... tak faham aku dengan perangai kaum-kerabat boss aku tu... boss aku tu kalau bercakap pasal agama, memang hebat.. tapi keluarga sendiri HANCUR....

-eNd-

Thursday, November 10, 2011

..::BuKaN aKu YaNg MuLaKaNnYa ::..

Assalamualaikum....

awal hari ni aku sampai office... sebab, minggu ni aku berulang dari pedas.. hari ni, amirah akan kuar jenjalan ngan wan dia ke tampin naik bas... dah besar amirah... bilalah agaknya nak tambah sorang lagi ni... hehehehe...

minggu ni, terasa sangat pendek... hari ni dah hari khamis... aku bercuti 2 hari lah... isnin dn selasa hari tu.... semalam baru start keja... hehehehe... apepu, bila datang office, dah tak rasa seronok macam dulu... macam aku mula-mula masuk keja... macam aku mula-mula dapat sales macam mas.... ingat kan budak ni poyo... rupenya... dialah sales yang paling bagus aku penah jumpe... hehehehe... puji sikit je.. tak leh lebih-lebih....

semalam... nampak sangat.. dia dah tak nak bertegur dengan aku... bukan aku yang mulakan semuanya... dia saje yang mencipta jurang antara aku dan dia... entahlah... andai lepas ni, terjadi ape-ape padanya.. aku dah tidak boleh mencampuri urusan tu... biarlah dia sendiri yang menyelesaikannya... mulai hari ini, aku hanya akan tanya sahaja... itu je buat masa ni...

Saturday, November 05, 2011

..:: Jeritan Hati ::..

Assalamualaikum...


kali ni aku betul-betul rasa sangat menyampah bila datang office... entahlah macam yang penah aku kata sebelum ni, keadaan sekarang dah tak macam dulu... dia mula berubah sejak kehadiran orang baru dibelakangnya.... mengapa dia begitu mudah berubah..? katanya dia penah terasa hati dengan aku.. tapi tak pulak nak bagi tahu atau tanya aku ape sebabnya..? sebelum ni, kite mesra.. tapi sejak kebelakangan ni..? aku seperti musuh pada kau... ada saja kau pamerkan rasa tidak puas hati kau tu pada aku...


dia lupa agaknya... teman barunya tu, aku yang bawa kesini.. supaya dia berteman... punyai teman rumah... dari seorang, jadi tiga pun sekarang... lupakah dia bahawa aku yg berusaha untuk merengankan bebannya..? kenapa aku pula yang harus dipersalahkan.. inilah kata orang.. habis sepah, madu dibuang... kebaikan ku sudah tidak ternilai lagi dimatanya bila dia sudah punya orang baru.... kalau nak dikatakan dia berkecil hati dengan ku, aku 100x berkecil hati dengan sikap nya...


tuhan tu maha adil dan kaya.. satu hari akan kau tahu siapa yang benar... mulai hari ini akak ku padamkan panggilan adik untuk diri mu... ape pun yang bakal berlaku selepas ni, bukan lagi urusan aku... kalau kau rasa kau lebih bijak, lebih arif, lebih pandai dan serba-serbinya kau yang hebat... pergilah kau jauh dari pandangan mataku... yang ak tahu, selama ini aku tak pernah membina jurang antara kau dan aku... kau yang memulakan segalanya.... aku pun tak pernah merasa iri hati dengan ape yang kau perolehi....


manusia.. memang macam ni... sering tak puas hati dengan ape yang dia dapat... terpulanglah.. bagi aku, ape yang aku perolehi sekarang ni, atas usaha aku sendiri...dan rezki yang tuhan kurniakan untuk diri ku.... aku sedar aku bukanlah manusia sempurna...


tuhan.....

ampunkan dosa-dosa ku...

tabahkan hatiku... dan cekalkan diriku untuk menempuhi semua dugaan yang kau berikan untuk diri ku ini... jauhan insan2 yang berhati busuk yang berada disekeliling ku ketika ini... biarlah aku dengan tujuanku yang sebetulnya.... dan kau berikanlah keinsafan untuk dirinya supaya berubah kepada kearah kebaikan... amin..

Thursday, November 03, 2011

..:: SeDaNgKaN pAnTaI LaGiKaN bErUbAh ::..

Assalamualaikum...

Last saya update blog ni bulan april.. tu masa saya masih bersama-sama dengan menti sales saya mastura melaksanakan tanggungjawab dalam bahagian sales... sepanjang aku kerjasama dengan dia, aku tak pernah punyai masalah perasaan... maksud aku dalam menjalankan tugas sebagai mentor kepada sales coordinator ni...

tapi sejak kebelakangan ni, perasaan aku sering terusik... entah kenapa mudah sahaja membaca gerak geri insan yang selama aku kenali dirinya ku panggil dengan panggilan manja.."adik"... jujur ku katakan, aku merindui saat-saat dulu... kami bertiga selalu gelak ketawa walau dalam ape juga masalah yg kami hadapi...

tapi kini, semuanya telah berubah... "adik" dah tak macam yg aku kenal mula-mula dulu... dah jauh... sensetif... tidak lagi mesra seperti dulu dengan kami... kenapa begitu mudah dia berubah..? kalau nak dikatakan dia terasa hati dengan aku, aku boleh katakan bahawa aku 10x lebih terasa dengan sikapnya ketika ini... entahlah... mungkin tuhan tu sengaja ingin aku berperasaan seperti ini terhadapnya... kerana aku ada dengar ura-ura yang dia akan bekerja di tempat yang lain... mungkin ini caranya supaya perasaan ku ini tidak terlalu sedih dengan pemergiannya nanti...

namun, percayalah... aku akan merindui gelak ketawanya... senyumannya.. gurau sendanya... dan bebelan tanpa hentinya setiap kali mempunyai masalah dengan bahagian kitchen...

tuhan... kau maha mengetahui.. mungkin... biar saja tempat ini yang ketahui semua rasa isi hatiku.. tapi... dalam diam aku sedih... dan kecewa... bukan mudah utk aku ungkapkan perkataan "adik" untuk diri seseorang... tuhan.. kau sahaja yg tahu.. sayangnya kakak ini kepada adiknya... biarlah... :(

Thursday, April 21, 2011

..:: AlHaMdUlIlLaH sEmUaNyA BeRjAlAn LaNcAr ::..

alhamduillah.. syukur...
kesemua function yang berlangsung semalam, berjalan dengan lancar.. bagi yang memberi kerjasama samaada secara langsung atau tidak langsung, diucapkan jutaan terima kasih... seronok sangat bila dapat function macam tu.. penat memanglah.. tapi, untuk sales.. alhamdulillah.. harap-harap point bulan ni naiklah.. group SUK, Group Bola sepak pahang.. dan USM Fc nye group...
alhamdulillah.. bulan ni sahaja, 3 group masuk... syoknyeer...
apapun, harap semuanya berjalan dengan lancar...

Monday, April 18, 2011

..: DeBaRaN bErLaLu ::..

alhamdulillah... hari ni, separuh dari debaran yang 2-3 hari lepas telahpun berlalu... bersyukur sangat-sangat.. bila mcm ni, teringat kata-kata seorang sahabat saya... "bekerja dalam team work adalah satu perkara yang penting.. bila kesemuanya berjalan dengan lancar, kita akan merasa puas dengan setiap ape yang kita lakukan.." banyak betulnya tentang itu.. saya akui.. setelah kesemua perbincangan dibuat untuk function yang bakal berlaku pada 20hb april 2011 ni, hati saya semakinn lega bila mendapat kerjasama dengan semua staff saya.. daha harapan yang tinggi menjulang, saya pohon agar segalanya berjalan dengan lancar... amin..

..: tAhUn 2011 MeMaNg mEnCaBaR ::..

salam tahun 2011..

tahun ni memang banyak cabaran yang sangat mencabar saya tempuh.. awal tahun hari tu 2 bulan saya tak bekerja.. pas tu saya dapat kerja kat satu tempat ni bagi saya memang menarik dan tempat yang paling best saya rasa sepanjang hidup saya bekerja... nama tempat tu 'CERAGEM'..

sebab ape best..?

yang menariknya kat situ, tiap-tiap hari saya boleh urut badan saya.. heheheh... selain dari tu, best jugak pada staff dan user-user yang datang buat rawatan kat tempat tu... hari-hari jumpa insan-insan yang sangat sporting dan hapenning..

namun..

tak sampai sebulan saya kerja kat CERAGEM, saya ditawarkan bekerja semula di Hotel Seri Malaysia Seremban.. waktu tu, tuhan je yang tahu bagaimana perasaan saya.. suke ada.. serbasalah pun ada.. setelah ditimbang-timbang, akhirnya saya pun membuat keputusan untuk menerima bekerja di Hotel Seri Malaysia..

dan sekarang, saya menjawat jawatan sbagai Admin/Sales Officer di hotel Seri Malaysia...

seronok bekerja?

nak kate tak seronok, tipulah.. sebab sape yang tak nak keja dengan gaji yang alhamdulillah syukur.. tapi dalam seronoknye.. terselit juga perasaan resah.. sebabnya...?

tanggugjawab yang saya pegang sangat-sangat besar dan berat.. kadang-kadang kalau fikir tentang takut, sumpah..!! mati hidup balik pun rasa nye tak nak terima jawatan tu... sebab saya tahu sejauh mane kemampuan saya dalam bekerja... memanglah saya ni kalau nak diikutkan, letaklah saya dimana-mana.. insyaallah, saya boleh lakukan yang sebaik mungkin...(bukan memuji diri sendiri ye..) tapi itulah kenyataanya... walaubagaimanapun, saya ni juga manusia biasa... pernah juga membuat kesilapan.. sehinggakan satu saat saya terasa amat-amat takut dalam membuat segala keputusan.. bukan senang kite nak jalankan 2 tanggungjawab dalam satu-satu masa... (sape yang penah buat keja Admin akan faham)... bila duduk di bahagian sales terutamanya, kite lebih banyak berusan dengan orang.. itulah yang paling-paling saya takutkan... sekali kite buat silap, selamanya kita dan orang-orang lain akan ingat... waktu tu pastinya segala macam perasaan akan timbul.. masyaallah....


"tuhan, pada mu sahaja ku serah segalanya..." inilah doa saya tia-tiap hari... berbekalkan semangat dan rasa tanggungjawab, saya pikul jugak amanah itu... dengan hati yang rela dalam paksa... Hehehehehehe... paham-paham je lah kenape saya kate begitu..


dah hari ini... sekali lagi jantung saya berdebar kencang... menunggu group saya untuk di checkinkan.. harap-harap segalanya berjalan dengan lancar dan terurus dengan baiknye.... dan sekarang ini, separuh debaran sudahpun berlalu... dan untuk pengetahuan semua, adakalanya saya tak lelap tidur bila memikirkan segala ape yang bakal berlaku.. ya allah.. sekali lagi perasaan takut tu bertamu dalam hati saya... andai adalah kuasa yang boleh ku hilangkan segala macam perasaan ini, alangkah baiknye...


jalan terkahir.. berdoa.. itu jelah.. amin...